JUMPA GURU KETIKA MELONTAR DI JAMRAH

Rani berjumpa Cikgu Hassan Jaalam ketika melontar di Jamrah pada musim haji 2002/2003. Yang hebatnya cikgu tu yang menyapa Rani dahulu, maklomlah Rani kan famous dengan kegiatan puisinya.

Nak dijadikan cerita, pada lontaran pertama, cikgu Hasan begitu sukar memasuki lorong melontar kerana ramainya orang. Maka Rani pun membantu cikgu Hasan memasuki lorong untuk melontar dan dengan mudah dapat melontar.

Pada lontaran ketiga sekali lagi mereka bertemu. Cikgu Hasan sudah melontar tetapi Rani belum boleh melontar lagi kerana gagal masuk ke kawasan melontar. Kali ini cikgu Hasan pula yang membawa Rani melontar dan dengan mudah memasuki lorong melontar pula.

Sengaja Allah mentakdirkan begitu supaya cikgu dan muridnya berkasih sayang antara satu sama lain di tanah sucii. Rani akan mengesan cikgu Hassan Jaalam untuk di bawa ke majlis reunion kita nanti. Ha ha. Zakaria Osman akan membawa cikgu Jaafar pula. Baru terangkat bib. Siapa pula yang nak mengesan cikgu Mohamad Daud. Hidayah le. Ha ha.

3 comments:

Anonymous said...

cikgu md daud umah kat sebelah petronas peringgit umah gafar baba..sebelah restoran lama kenangan semalam n sebelah used car..dia buka tadika...dekat 1 km je dg umah sy..sy menyampah tengok cikgu ni...berbulu semua rambut tgk muka md daud...

Anonymous said...

kalau skrg cikgu md daud tunjuk samseng dia lg, jwb nya terlentang la cikgu ni kene penampar pusaka hang jebat melaka...malaon betul la bila ingat perangai cikgu md daud ni...aku tak le tgk muka dia sampai nari..tetapi fikir balek, kita kena berbaikx2 semula dan tak le putus silatur rahim krn allah murka pd hamba yg memutuskan silatur rahi..subhanallah !!!!!!!! allah u akbar !!!!! takbir !!!!!

Anonymous said...

Kalau nak senang menjejak Cikgu Hassan Jaalam,pergilah ke pekan Tampin.Klinik Yahya tu kepunyaan Dr.Yahya abang Cikgu Hassan Jaalam...Ana orang Tampin tapi Ana seganlah. Zakaria boleh pegi tanya kot. Alor Gajah KeTampin tak jauh kan.Masa lunch tu kau pegi kejap ye Z..