JUNIOR 6 RENDAH SAINS MENJEJAK ANGKASA

Sebentar tadi saya menerima emel dari Abd Wahid, junior 6 Rendah Sains 78 yang mengejutkan jantung saya. Nasib baik saya tak ada sakit jantung.

Ketika di asrama dulu, ada 5 orang junior 6 Rendah Sains yang rapat dengan saya iaitu Abd Wahid, Khairuddin Anuar, Abang Karim, Mohd Ello dan Mustafa Din Subari.

Abdul Wahid seorang guru di Pulau Pinang yang kini ditempatkan di PPD.

Abang Karim seorang guru di Kuching, Sarawak.

Khairudin Anuar menjadi Pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Mohd Ello tak tahu dimana. Yang pasti jadi "orang".

Mustafa Din Subari pula kini sebagai Ketua Pengarah National Space Agency(ANGKASA) menggantikan Dr Mazlan.

Kesemua mereka telah dimaklomkan tentang blog kita ini. Moga mereka menghantar gambar terbaru mereka.

(Gambar: Dr Mustafa Din Subari)

1 comments:

Anonymous said...

Dr Mustaffa plse confirm. Ada seorang Dr Tentera namanya Mohd Ello pangkat Brig Jeneral kini bertugas di Hospital Angkatan Tentera Lumut juga rakan anda.Kalau tak Silap Dr Ello orang Bachang dan pernah bertugas bersama saya di Kuala Lipis Pahang tahun 1988 -1990.