GURU MUNSHI HAMPIR DIKESAN

Ada berita baik. Guru-guru Munshi semakin hampir dikesan. Kali ini Hj Rani menjadi agent James Bond pula.

Cikgu Hassan Jaalam tinggal di kawasan perumahan kat belakang Jaya Jusco. Isterinya Pengetua di Sekolah, dimana Norjan mengajar. Entah Norjan tahu entah tidak.

Cikgu Jaafar, Zakaria telah jumpa di masjid berhampiran MITC.

Cikgu Rashid berada di Muar. Beliau dah bersara dan membuat rumah di tapak tanah bapa mertuanya.

Cikgu Mohamad Daud sama taman dengan rumah Hidayah di Melaka.

Cikgu Tan Geografi kemungkinan sudah berhijrah ke Australia, mengikut suaminya.

Puas hati kau Mastura oiii. Wajib belanja aku sate tapi selepas 15hb Mac dan sebelum 22 Mac tau. Razak Husin dah terliur tuuu.

1 comments:

Anonymous said...

Cikgu Kamisah, guru kesayangan Dato' K yg ngajar Sejarah Dunia tinggal kat Taman Bertam Jaya,Cheng. Boleh le ajak dia sekali, masa reunion nanti.