SAARI MAT JELAS 6 SASTERA 1.

Ingatkan nak berehat dah. Mokhtar Ahmad pula membawa berita gempar. Selepas keluar gambar sebelah, baru beliau teringat pemuda di kiri sekali itu ialah Saari Mat Jelas dari 6 Sastera 1.

Mengikut beliau, Saari pun geng masuk lewat ketika Tingkatan Enam dulu. Beliau dah bercakap dengan Shaari dan Saari mengaku geng Munshi 78. Ya juga, kalau tidak, masakan dia ada dalam gambar itu.

Saari bertugas di pejabat Bendahari, ITM Melaka, Kampus Bandar. Dia bekerja di ITM sejak 1981 lagi.

Rumahnya dekat Bukit Beruang. Isteri seorang dan anak 5 orang. Tel pejabat 06-285 7046

Ketika di asrama dulu, beliau sebilik dengan Mohd Nor "Tongkoi", pelajar 6 Sains. Ha, siapa pula Mohd Nor ini. Tak ingat langsung dah.

Kalau gambar tu tak dimasukkan dalam blog ini, semua orang sudah lupa sama lu lah Saari oi. Nasib Bashir mengemel kepada saya. Orang penyengap memang sukar diingatkan. Kalau Zakaria Osman, semua oang ingat; tinggi, kaki bising dan kaki nyakat. Ha ha.

Selepas tamat Munshi 78, beliau pernah bertugas di Bangsar dan terjumpa Zakaria Jaafar yang ketika itu belajar di UM. Antara geng Munshi lain yang beliau pernah terjumpa ialah Zaini Samani, Redzuan, Adam, Mat Jadi dan Aris. Mereka saja tak ingatkan aku, katanya. Baiklah lu orang call Saari tu...Ha ha. Malah Saari selalu bertanya di mana saya kepada seorang Pensyarah di UITM, Melaka tu, kebetulan sebelah kampong saya tetapi sama masjid solat jumaat. Wau, kira-kira Saari dalam diam-diam sentiasa ingatkan kawan-kawan Munshinya.

Apa pun seorang lagi geng Munshi 78 sudah terjumpa dan diingat kembali. Meriah reunion kita nanti. Bashir dan Zakaria Osman dah tak sabar menunggunya. Eloklah engkorang berbincang dengan Sham, Rani, Norsir dan YB Mat Sirat tu. Jangan lupa tarikhnya kena pastikan Haris Bahari dan Zainudin boleh hadir.

No HPnya 019-377 9899.

Dari kiri: Saari, Zakaria Jaafar, Mat Jadi, Mazlan, Bashir. Yang terlindung tak tahu.

2 comments:

Anonymous said...

Hai Saari setiap hari kau lalu di kampung ku, nape dah 31 tahun baru muncul. Hang juga tuntut ilmu Mona Fendi kot

Anonymous said...

Orang yang terlindung ialah Ahmad Osman...junior kita orang Batu Gajah, Merlimau.