ISHAK DAN ANUAR MASIH INGAT DAKU

James Bond Norsir Sharif memberi info no talipon Ishak dan Anuar Mohamad. Kedua-duanya 6 Sastera 1. Saya pun menalipon mereka malam ini sebaik sahaja sampai KL semula selepas merayau kat Melaka tengahari tadi untuk makan tengahari dengan Zaini Samani dan Hajjah Hayati Harun serta minum petang di rumah Hj Rani Embi.

Tiada masalah bila saya mengatakan kepada mereka bahawa saya kawan Munshi 78. Ishak terus meneka suara saya, "Ali Maidin tu" katanya.

Manakala Anuar pula mengatakan bahawa ia masih ingat Ali Maidin Batang Melaka, yang rumahnya atas bukit. Dia pernah bertugas dan pergi makan kenduri di Batang Melaka dan bertanya di mana rumah saya. Dia lebih baik dari saya kerana dia ingat saya selepas keluar Munshi, manakala saya terus lupakan dia. Sori broter, aku belanja kau cendol nanti.

Alhamdulilah kekawan lelaki taklah mudah kabur ingatannya kerana kaum lelaki tak ada masalah putus saraf macam orang perempuan kerana orang perempuan selalu bersalin sehingga banyak urat saraf putus. Ha ha. Betul ni oi, jangan tak caya lak.

Ishak bertugas di Jabatan Perancang Bandar Melaka. No Hpnya 013-6937337.

Anuar Mohamad bertugas di Risda Melaka. No Tel rumahnya 06-2684562.

Yang jauh kita dekat-dekatkan. Yang dekat kita rapat-rapatkan.

Ku hadiahkan lagu ini untuk Ishak dan Anuar. Klik KU RINDU MU WAHAI SAHABAT KU...

1 comments:

Anonymous said...

Org lelaki janganlah nak cari lagi yg belum putus urat bila tengok isteri dah banyak putus urat.Betul tak Suhdi.