Blog ini ialah blog anda semua. Saya hanya mencatat cerita yang ditiup angin yang sampai ke telinga saya. Jika betul cerita itu, betullah apa yang saya catat. Jika saya rasa pelik, maka saya akan cross check dengan kekawan lain pula. Kena jadi CIA kekadangnya.
Anda boleh emel cerita yang anda tahu. Atau anda boleh buat komen di bahagian comment di akhir sesuatu posting.
Saya mengalu-alukan gambar anda dan famili anda. Baru blog ini sempurna kerana mengabadikan semua profail bekas pelajar Tingkatan 6 Atas, SMMA 1978.
Apa kedudukan antara kita sekarang bukan isunya. Yang penting, kita pernah sebumbung, pernah belajar bersama, pernah merasa kerenah guru yang sama, pernah bergaul dengan kekawan yang sama, pernah makan nasi kawah di asrama yang sama, pernah bersama dalam persatuan, pernah naik bas yang sama, pernah ke bandar yang sama dan tahu sikit-sikit cerita cinta hindustan yang mungkin masih manis sehingga kini. Ha ha.
Memang saya tak tahu apakah perubahan minda anda sekarang. Saya terlalu berhati-hati dengan anda. Di sekeliling saya ialah guru, kakitangan kerajaan, usahawan, suri rumah sepenuh masa, anggota keselamatan, ahli politik dan 1o1 profesyen lagi. Semuanya disatukan oleh sejarah lama yang sama. Prof Syed Naguib Al Attas mengatakan, antara unsur utama yang meyatukan kita ialah sejarah yang sama.
Sejarah yang sama menghasilkan nostalgia yang sama. Jika pahit dulu, kini menjadi manis untuk dikenang. Jika manis dulu, terasa sedap untuk dihadam dan dibicarakan berkali-kali lagi.
Masih ramai yang sepi dengan panggilan talipon. Adakah mereka terlalu sibuk atau tak sudi mendengar suara kita. Atau cemburu sungguh ke suami mereka. Ha ha. Rasanya tak mungkin. Dah 50 tahun dah. Dah bercucu dah. Orang Melaka kan mesra alam. Yang dah bercakap talipon rasanya akan mudah datang ke majlis reunion kita nanti. Tetapi ada yang langsung tak mahu bercakap. Apa kita nak buat ya.
1 comments:
Kalau kuat persahabtan kita berjumpalah dengan kehendakNya . Sejarah tak akan berulang . Kalau ada pun tak akan sama. Tak payah risau wahai Ali .Siapa lagi yang akan berkongsi suka duka kita ? Sekurang-kurang blog dan reunion ini boleh menceriakan hidup kita dipermulaan usia emas ni. Kalau nak makan sate kajang sila kan bila-bila masa...Kedai saya betul-betul disebelah Mydin Kajang..Razak Kanapiah tau..
Post a Comment