Kini Rosnani bertugas di Pejabat Kemas, Selandar Melaka. No Tel: 06-525 2425.
Walaupun saya sekampong dengan Rosnani Yus, tetapi tak pernah berjumpa dengan Rosnani di kampong. Ketika ayahnya berkhidmat sebagai polis di Batang Melaka, ada ketikanya terjumpa dan berbual dengan ayahnya tetapi saya tak cuba-cuba bertanya khabarnya Rosnani. Woo, baik punya orang. Malah abang iparnya juga rakan sebual dengan saya selepas solat maghrib di masjid tetapi saya malu nak tanya hal Rosnani. Bila dia kahwin, kemana dia selepas Munshi, berapa anak dan lain-lain langsung di luar pengetahuan saya. Tetapi hal keluarga ibunda Rosnani sampai juga ke pengetahuan saya sikit-sikit. Yang paling saya ingat ialah adanya majlis masuk "suku" keluarga ibunya ke satu "suku' dalam masyarakat di Batang Melaka. Maklomlah masyarakat Batang Melaka mengamalkan adat perpatih!!!
Ketika di Munshi dulu, setiap kali naik bas pulang semula ke asrama, biasanya kami satu bas tetapi tak pernah bersembang. Ros duduk depan sekali dan saya pula duduk di belakang sekali. Bila kami bertembung di sekolah, tak pernah sapa menyapa. Baik punya orang kampong. Ha ha.
Hari ini Rosnani bercakap dengan saya macam kawan lama yang amat rapat. Wooo, dia tahu gerakan saya di mana dan bila. Hantam sajalah labu...
Rosnani ada seorang adik lelaki bernama Rosli yang terpaksa berkerusi roda kerana kemalangan jalan raya. Kini adiknya menjalankan bisnes jahitan rasanya. Ketika pilihanraya 99 dulu, adiknya itu begitu "power" mengarah bebudak kampong mengikut arahannya walaupun dari kerusi roda!!

Hari-hari Rosnani akan lalu di hadapan rumah ibunda saya ketika ke pejabatnya. Dia tau setiap biji durian yang gugur di laman rumah ibunda saya. Ha ha.
Rosnani mempunyai 5 orang anak dan yang paling tua berumur 19 tahun. Lambatlah lagi jadi nenek macam Rohaya.
Saya bercadang nak bertanya dimana Rosnani dengan ibunya di kampong selepas semua pelajar 6 Sastera 2 berjaya dikesan. Biarlah Rosnani, orang terakhir berjaya dikesan dan yang akan mengesannya ialah saya sendiri. Tetapi Bashir sudah berjaya menjejaknya hari ini, kira oklah tu. Gua tabik sama ini Tuan Mejarlah!!!
Gambar: Dari kiri: Zainab, Fauziah Ayub, Rohani (arwah), Rashidah, Jamilah, Faridah Ngah, Hasnah, Rohayah, Hayati, Saodah, Rosnani Yus, Sawiah, Lelee, Umi Kalsom, Norliah, Norlida dan Saripah Nuri).
0 comments:
Post a Comment