ZAINI SAMANI DAN ORANG ASLI

Zaini Samani, jiran katil saya di asrama putera dulu, kini bertugas di BTN Melaka. Beliaulah yang menghasut saya untuk joint Persatuan Ugama Islam SMMA dan langsung terlekat sebagai Pengerusinya.

Bashir pernah berurusan rasmi dengan beliau di BTN.

Sebelum balik ke lubuk sendiri di negeri Hang Jebat, Zaini pernah bertugas di ibu pejabat LHDN, Jabatan Audit Negara dan di Jabatan Orang Asli. Hari-hari beliau lalu depan rumah saya di Sentul ketika pergi balik ke pejabatnya di Jabatan Orang Asli Gombak. Namun sekali pun tak singgah. Selamat kopi dan gula rumah saya. Kalau tak, tentu papa saya menjamu beliau selalu. Ha ha.

Zaini berkata syok bertugas di Jabatan Orang Asli kerana hati nuraninya terasa kepahitan, kesusahan dan kemiskinan orang asli. Ianya meningkatkan rasa kemaanusiaan kita atau orang Melaka suka menggunakan istilah 'jadi orang".

Satu peristiwa yang beliau tidak lupakan ialah membawa 44 orang asli dari Semenanjung ke Sarawak untuk satu program membina kualiti orang asli Semenanjung dengan sifat-sifat berkumpulan, bekerjsama dan setiakawan. Dia pun jadi macam Saidina Umar, takkan makan selagi orang asli tak habis makan dulu, kerana dia terasa mereka wajar diutamakan. Beliau juga terasa tidak puas hati kerana program mengislam dan mendidik orang asli dengan ajaran islam tidak digerakkan secara bersungguh-sungguh semacam puak misionari kristian lakukan di kalangan orang asli.

Walaupun satu jam bersama Zaini tengahari semalam, ianya menaikkan semangat saya dalam kes orang asli ini. Alangkah baiknya jika aku berkuasa. Ha ha ha.

Hayati perjuangan orang asli dengan klik di sini. Sistem audio tak berapa jelas tapi lama-lama ok.
(Gambar: Zaini di kiri bersama member kamcengnya Suhdi ketika reunion 1 Feb lalu)

6 comments:

Anonymous said...

Hi Zaini, kenapele payah sangat nak kontek. Ilmu ape anda pakai dan amalkan? he he he...

Anonymous said...

Nak simpan gi haji kot, tak pe nanti kita pakat2 top up 1,000 boleh guna 2 tahun. Mungkin dia pakai ilmu PJK ( per... jauh kedepan kot)

Anonymous said...

Kenapa talipinggang dah ke bawah pusat?

Anonymous said...

Tel je pej dia 06-2322580, gerenti di jawab. Kalau tak jawab, maknanya dia takda kat opis atau tgh dlm opis lagi satu tu atas urusan peribadi. Sebab talipinggang dah bawah pusat le Ris hp dia sukar dimasukkan dlm kocek seluar. Itu pengakuan Zaini bila saya buat soalsiasat kat pejabat dia tempohari.

Anonymous said...

Salam..kawan-kawan tengok gambar pun dah nampak tali pinggang kat bawah pusat..untuk makluman kawan-kawan aku ni masih makan masakan air tangan emak lagi...

Anonymous said...

Hi kawan-kawan, hari ini dalam sejarah. Akhirnya dapat juga aku bercakap dgn Zaini menggunakan petua Hayati di atas. Terima kasih Hayati.