Pertama, apabila Sahara 6 Sastera 2 mengatakan Razak Lajis dan Bakar Lajis adalah "saudara kembar". Rupa-rupanya mereka berdua sama bin dan sama Tingkatan Enam Sains sahaja. Saya percaya aja apa yang Sahara katakan. Malah saya minta gambar kembar mereka. 1-0. Nanti saya balas. Tunggu kau Sahara.
Kedua, dalam mencari siapa lagi nama puteri 6 Sastera 1, timbullah pula nama Siti Jumaah Osman yang menghantar emelnya beserta gambar suami dan anak-anaknya. Tanya Rohana, Maria, Rani, Mohd Han - semuanya tak ingat dan tak pasti. Bila tanya Mastura 6 sastera 2, dia kata mungkin budak 6 Sastera 1. Malah dia yakin sekali. Saya dah syak, ini mungkin tektik suami Siti Jumaah nak pekenakan kita. Maka saya call Suhdi untuk tengok gambar ini dalam blog, tetapi Suhdi beruzlah kat gua mana tak tahulah, tak dijawabnya telepon saya. Yang hairan, Mastura ada berjumpa dengan isteri Razak ni beberapa tahun lalu, tetapi tak ingat juga. Lomahhhh.
Akhirnya saya talipon sang empunya badan, bertanyakan adakah isteri kau bertugas di UPM. Dia mengelak menjawabnya. Lama-lama barulah dia mengaku.....Itulah Razak Husin 6 Sastera 2. Kononnya emel dia rosak di pejabat, maka digunakanlah emel isterinya untuk menghantar gambar dia sekeluarga.
Semalam, Bashir menyerang rumah Razak Husin pula. Sempat bergambar mereka berdua. Razak di sebelah kiri. Jaga kau Razak, kan ku lanyak-lanyak kau nanti.
Ini emel Bashir:
SAHABAT,
MALAM TADI GUA DARI MELAKA SINGGAH DIRUMAH RAZAK DI TAMAN SRI SERDANG. KAMI SEMBANG LAMA DAN PEKENA TEH TARIK. RAZAK NAK TIPU SURUH BINI HANTAR EMAIL N SURUH TEKA SIAPA DIA. I TENGOK KELUARGA RAZAK JUGA BERJAYA. 3 ANAKNYA DAH GRADUATE. ISTERINYA ADA MASTER DAN RAZAK SENDIRI ADA IJAZAH KOMUNIKASI. TAPI MAT SEORANG NI MACAM KAKI REMPIT DIA ADA MOTOR SUPER BIKE SUZUKI 900 CC. RAZAK JUGA TAK MAKAN TUA CUMA RAMBUT ADA PUTIH SIKIT.
2 comments:
Biar putih rambut jangan kepala licin. Jawab Ali
Yang penting hati mau baik be. Kepala licin tanda kaya atau kuat fikir. Ha ha
Post a Comment