JIKA NAK MENGINAP KETIKA REUNION

Ini emel Hayati yang memberi info jika sesiapa nak menginap di resort tempat reunion kita pada 10 Mei nanti:

Salam.

Saya dah survey lokasi reunion kita. Pelan lokasinya akan saya beri kemudian. Check in 9 Mei 2009 jam 2.00 ptg, check out 10 Mei 2009 12.00 tgh. Boleh lewat check out hingga jam 6.00 petang, tapi kena tambah bayaran minima RM 20/= sebilik, kalau bilik besar lebih sikit agaknya.

Penginapan ada 2 jenis iaitu jenis motel dan chalet. Jenis motel: standard (2 org) 2 katil bujang RM100/=(offer), superior(2 org) RM130/=, family(4 org) 2 katil bujang, 1 katil kelamin RM160/=. Jenis chalet: standard 2 katil bujang RM 120.00(offer), Family; 2 bilik (saiz 2 kali dari jenis standard) RM 250/=.

Terdapat satu kolam renang; ada sudut kolam jakuzi, paras untuk kanak2 dan paras orang dewasa 5'. Ali, Mansor, dan Kharis tak boleh berendam pd paras dlm 5'. Kolam jakuzi tu saya booking untuk kawan2 perempuan. Lelaki tak boleh joint, haraaaam. Saya bercadang bermalam di sana, sebab suasananya nyaman.


Tak taulah masa reunion hiruk pikuk jadinya kalau ramai yg bermalam kat sana. Harap kawan2 yg luar Melaka dpt bermalam di sini, Kalau nak berhimpit anak beranak macam sardin, pandai2lah susun. Nak extra mattress, tambah RM 20/= tiap satu. Jenis chalet ruang biliknya lebih besar dari jenis motel. Kira OK lah dengan bajet kita yg sederhana. Kat KL tak dapat rate macam ni.

Minum pagi (10.30 pg) disediakan disebelah dewan, 2 jenis kuih & teh/kopi. Makan tengahari di ruang makan aircond yg dikhaskan untuk reunion kita je, tak campur orang luar. Menunya mengenyangkan, sesiapa yg nak bawa kuih2 sebagai tambahan desert amat dialu2kan. Konteks Zakaria Osman untuk dapat detail tentang penginapan ni.


9 comments:

Anonymous said...

Kharis kau baik bermalam, jalan kat kota tinggi ke melaka berliku2 , nanti kau mabok lambat sampai..

Anonymous said...

Dah bagus sangat tempat dan harganya. Marilah kita meraikan sambutan ke 50 kita semua. Kita ada 44 hari lagi. Datang jangan tak datang. Tentunya Ali, Basir, Hayati,Hasnah ,Zol Imam Razak K Razak H, Mastura,sharipah Nuri,Sahara, Hasnah dll yang telah memberi sumbangan kepada tujuan ini.Kita hanya boleh menghargai usaha mereka dengan hadir pada majlis tersebut. INSYALLAH.Hidup Munshi Abdullah.

kharis bahari said...

Janganle kau kutuk aku Mas. Ali Rustam punya driver nanti ambik aku tau.Muhyidin dah arahkan dia ambik orang-orang johon untuk ke Melaka.......ha..ha...

hayati said...

Cikgu Rashid & isteri, cikgu Hasan Jaalam & isteri dah ada yg sponsor untuk ke reunion kita ni. Ada sapa2 yg nak sponsor cikgu Mat Daud & cikgu Misti. Tawaran masih terbuka. Shamsudin & Md Jadi cepat2 jawab, kalau tak org lain bayarkan, nyesal tak habis awak berdua nanti.

md jadi said...

kalau cikgu mat daud sy rase mazlan la yang plg layak.. sb tu cikgu fav dye..siap dpat principle A lg dalam bm..kalau cikgu misti sy tk pasti.. kalau rosti sila cnfrmkan kdtangan dye..sy yg akan sponsor..ape cmment ko basir??

Basir said...

Setuju.Cikgu Rosti yang bagi hang penampar tu elok u sponsor. Jangan lupa juga janji kau nak bagi 1,000. Lagi banyak lagi murah rezeki.

hayati said...

Md Jadi, yg saya maksudkan cikgu Rosti lah. Betul ke nak sponsor. Jgn bila saya dah jemput, awak larikan diri. Tak larat nak lari kalau Basir kejar.

mastura said...

Pada yang datang dari jauh sperti Kota Tinggi dan Baling, dan Pulau Pinang pasti kan baki Touch n Go mencukupi.. Kharis kitaorang bimbang kau tersangkut kat palang toll ..He he

mansor said...

Sape-sape yang tinggal kat area muar, cuba cari cikgu Wahid Abd Hahman, 'cikgu superman' kita orang.. katanya dia tinggal di Muar. Kalau dia dapat datang lagi bagus.

*orang gelar dia superman sbb semua subjek sains- fizik, kimia, bio dan matematik form six di boleh ajar dan first time tahun 78, student sains munsyi dapat full cert... tahniah Yahya G dan Majezan.