DIMANA MAIMUNAH, FAUZIAH DAN ZALEHA?

Menurut Haris, Maimunah Baba 6 Sastera 1 kini bertugas di Melaka. Harapnya geng guru tolonglah bau-bau sikit di mana beliau ini. Dah dekat tu.

Menurut Karim pula, Fauziah Hashim 6 Sastera 1 bertugas di Rembau pula. Ye ke ni. Takkan Rohana Hashim tak pernah berlaga hidung dengan dia ni. Atau kedua-duanya buat-buat tak kenal aja.

Zaleha Abu, 6 Sastera 1 pula dikatakan di Mersing. Siapa boleh menggunakan teropong ajaib menjejaknya?

Fauziah Hashim masih berhutang dengan saya lagi. Tetapi hutang cerita. Ha ha. Cerita yang dibagitau dulu, masih tak habis lagi dikesahkannya.

Harap semua spy dan agen kita dapat mengesannya minggu ini.

Reunion pada 10 Mei, tempatnya akan dimuktamadkan pada Jumaat ini. Geng Melaka akan tentukan. Best punya tempat.

1 comments:

Anonymous said...

Aku dah konteks dengan kekawan aku di Mersing bertanyakan Zaleha. Tapi orang yang bernama Zaleha Abu bertugas di Mersing. Mungkin dah pindah kot.