ROTAN BERAMAI-RAMAI

Satu malam dalam tahun 1978 di Asrama Putera SMMA....

Selepas habis studi malam di kelas, semua penghuni dengan hormatnya di persilakan berkumpul di hadapan asrama.

Warden sedang bersedia dengan rotan khas. Dia mendakwa terpandang asap rokok berkepul yang kononnya dihisap oleh salah seorang penghuni asrama. Beliau meminta orang berkenaan mengaku segera.

Mana ada orang nak mengaku dengan serta merta.

Warden memberi amaran, jika tak ada orang mengaku, semua penghuni akan dirotan. Hatiku terdetik " nampaknya hari ini aku terpaksa menjadi Hang Jebat. Takkan aku nak kena rotan kerana kesalahan orang lain". Aku juga terfikir "Takkan Zaini dan AJK asrama pun akan kena rotan juga malam ini"

Suasana tegang dan cemas. Akan berlakukah rotan beramai-ramai pada malam ini. Warden membilang satu, dua, tiga dan ....

Muncullah adik junior Tingkatan Lima mengaku menyedut asap rokok. Tak silap aku namanya Hanifah. Maka hukum hudud rokok pun berjalan. Warden menyebat sekuat hati. Nampak sungguh dendamnya. Macam tak ada belas kasihan dek sebatang rokok. Aku pun tak tahu adakah setimpal kesalahan hisap rokok dengan hukum sebatan sekuat-kuatnya.

Masih terasa ngilunya sehingga sekarang. Hanya sejarah...

Entah siapakah mengingat peristiwa itu.....

Mokhtar pernah terjumpa warden itu semasa Mesyuarat Agung PIBG di sekolah anaknya. Tetapi Mokhtar buat tak tahu aja. Ha ha.

1 comments:

Anonymous said...

Sekarang bila anak remaja kita sendiri yg masih bersekolah menghisap rokok, apa perasaan kite ye. Seronok dan rasa bangga ke?