BADARIAH LAJIS BERJAYA DIHUBUNGI

Saya berjaya bercakap dengan Badariah Lajis 6 Sastera 1. Gambarnya memang tak ada dalam gambar kelas 6 Sastera 1 kerana pada ketika itu beliau tidak suka bergambar.

Selepas tamat Munshi beliau bertugas di pelbagai Jabatan Kerajaan kerana mengikut suaminya. Antaranya ialah Jabatan Arkib Negara, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Kesihatan.

Kini beliau bertugas di Jabatan Kesihatan Port Dickson. Apabila saya menyebut nama Rashid Ahmad yang kini juga berada di PD, Badariah masih mengingat nama Rashid tu.

Beliau amat gembira dengan reunion kita ini. Suaranya masih macam dulu-dulu juga. Saya perasan suaranya kerana kekadang saya rajin juga menyapanya dalam kelas walaupun beliau dikategorikan sebagai insan pendiam.

No Tel Rumah Badariah: 06 -651 2566

No Tel Pejabat Badariah : 06-647 3288

0 comments: