PERSEMBAHAN SLIDE

Mohd Amin dan Basir mencadangkan satu persembahan slide yang mengandungi kenangan gambar lama semua bekas pelajar SMMA 1978 pada majlis reunion 10hb Mei akan datang.

Dengan ini, anda dipelawa menghantar koleksi gambar yang anda simpan.

Sila emelkan kepada saya alifx59@gmail.com. Minta bantuan anak anda jika tak berapa mahir menghantar gambar melalui emel. Ha ha.

Jangan lupa sahkan kehadiran ke reunion kita dengan membuat bayaran RM 20 seorang sahaja ke akaun Hayati.

Jumpa lagi minggu hadapan, saya mau makan angin ke Surabaya selepas letih mengejar anda semua. Nasib ada Basir, Hayati, Norsir, Saripah Nuri dan lain-lain membantunya. Sambil itu saya nak jumpa orang Indonesia yang berwajah Arab di sana. Ha ha.

8 comments:

putri balqis said...

happy holiday with famly n happy hnymoon. jgn lupa ole2 dr surabaya untk saya........ya pak. ke surabaya riangmbira ......... balik mlaysia macam2 dbawanya ....... snyum penuh ktawa , hilang pnat semua .........

Anak jati melaka said...

Bagus idea ni, nanti kita semua boleh ketawa, malu dan tak percaya diri kita ketika usia 19 tahun. Kalau anak-anak datang lagi bagus. Sebagai koleksi saya cadangkan setiap mereka yang hadir diberikan satu salinan CD gambar-gambar lama tersebut. Kalau perlu dikenakan sedikit bayaran. Apa kata kawan-kawan lain, tolong beria idea.

orang gurun said...

buat poskad besar kalau boleh ada tandangan kita semua. Beri kat cikgu kita jambangan bunga untuk isterinya. Pakaian wanita baju kebangsaan. lelaki batik. Biau nampak majlis kita ni rasmi. Nanti insyallah kalau jumpa lain kali minta lelaki pakai baju Melayu. Kali ni jangan bahaya.

hayati said...

Bila pakai baju Melayu siap bersampin, lelaki akan ambik kesempatan. Di kelentongnya isteri kononnya pegi reunion dan tak boleh bawa pasanagan, padahal berjabat tangan dengan Razak Kanapiah.

Orang UK said...

Hei Hayati kau ni macam dah bagi idea kat kaum lelaki pulak.habis la suma pakai idea yati macam cara P.Ramlee nak kawain lagi.mana butang baju melayu aku pah..........

hayati said...

Ini bukan bagi idea kat org lelaki lah, tapi bagi ingatan kat org pompuan je. Mana tau ke arah usia emas ni, tiba2 ada kawan kita yg dapat hadiah payung emas.

tok ompak said...

Hai cucu-cucu tok semua,kan tok dah cakap payong emas .Itu satu lagi khazanah emas.Tapi lupo Telok emas tempat Darussalam dulu.....Cepat--cepat cu lagi bagi tau perkataan emas nanti atok beri hadiah cepu emas

hayati said...

Senang je tu. L emas. C emas. K emas. Ha... berapa banyak cepu tok ompak nak bagi saya?