MUKTAMAD REUNION

Maka dengan ini Majlis Bekas Pelajar-Pelajar Tingkatan Enam Atas 1978 Sekolah Menengah Munshi Abdullah mengistiharkan MAJLIS REUNION TINGKATAN 6 ATAS MUNSHI 1978 akan diadakan mengikut butiran berikut:

TARIKH: 10 HB MEI 2009

HARI: AHAD

JAM: 10 PAGI HINGGA 2 PETANG

TEMPAT: AYER KEROH D VILLAGE, AIR KEROH, MELAKA (TEL:06-2328000 UNTUK TEMPAHAN TEMPAT TIDUR JIKA BERHAJAT)

FEE: RM 20 SEORANG.

PENYERTAAN: BOLEH DATANG SEORANG, JIKA KHUATIR SUAMI/ ISTERI RASA TERPINGGIR NANTI.

JIKA NAK BAWA AHLI KELUARGA AMAT DI ALU-ALUKAN. PESAN KEPADA SUAMI/ISTERI ANDA, JANGAN HAIRAN JIKA MEREKA DILUPAKAN SEPANJANG MAJLIS TERSEBUT. JIKA DAH KHABAR AWAL-AWAL, BIASANYA MEREKA TAK KESAH. HA HA.

SILA BUAT BAYARAN PENYERTAAN DENGAN BANK IN KE AKAUN HAYATI HARON, CIMB BANK NO - 04010567597058. TIADA URUSAN PEMBAYARAN SEMASA MAJLIS REUNION NANTI.

SILA SMS KE HAYATI HARUN 012-6830041 SELEPAS BANK IN WANG BAYARAN.

TARIKH AKHIR BAYARAN IALAH 25HB APRIL 2009. LAGI CEPAT LAGI BAGUS UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN.

SESIAPA HENDAK MENDERMA PUN BAGUS JUGA UNTUK MEMBOLEHKAN KITA MENYEDIAKAN HADIAH YANG SEPATUTNYA KEPADA ORANG YANG SEPATUTNYA.

ANDA DIGALAKKAN UNTUK MEMBAWA SEBARANG HADIAH ATAU HAMPER UNTUK DIANUGERAHKAN KEPADA SESIAPA YANG SEPATUTNYA.

SEBARANG MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN TEMPAT REUNION SILA HUBUNGI ZAKARIA OSMAN 012-6815050.

SEBARANG MAKLUMAT PEMBAYARAN SILA HUBUNGI HAYATI 012-6830041

SILA WAR-WARKAN KEPADA SEMUA ORANG BERKAITAN.

Basir akan sms ke pelajar lelaki 6 Sastera 2.
Hayati akan sms ke pelajar perempuan 6 Sastera 2.
Zakaria akan sms ke pelajar perempuan 6 Sastera 1
Mokhtar akan sms ke pelajar lelaki 6 Sastera 1.
Zolkaply akan sms ke semua pelajar 6 Sains.

Jom kita bergerak kearah merealisasikan reunion ini. Hanya sekali sahaja dalam sejarah hidup kita. Berlebih kurang dan bertolak ansurlah dalam menjayakan program ini. Pokoknya kita berjumpa.

TQ kepada rakan-rakan kita sehingga kos perjumpaan kita dapat dikurangkan sehingga RM 20 sahaja, walaupun pada asalnya ialah RM 40. Jika ada yang masih tak mampu juga, boleh bisik sama saya untuk penajaan percuma. Ha ha. Betul ni.

Kepada geng perempuan di KL yang nak datang seorang tanpa suami, berpakatlah dengan Razak Husin sebagai driver khas pada hari itu.

Kita mahu semua datang lenggang kangkong membawa perasaan dan hati yang ceria pada hari tersebut.

SAYA AKAN DATANG SEKELUARGA. HIDAYAH SEKELUARGA. HAYATI SEKELUARGA. ADAM SEKELUARGA. BASIR SEKELUARGA. MD JADI SEKELUARGA. MERIAH-MERIAH. MASTURA DAN RAZAK HUSIN SAJA DATANG SEORANG. ROHAYA DATANG DENGAN CUCU SEKALI, BESTNYA DAPAT JUMPA CUCU ROHAYA. WOOO

PARA MALAIKAT AKAN MENDOAKAN KEAMPUNAN DAN RAHMAT KEPADA ANDA YANG BERJALAN DAN BERTEMU SAUDARA MUSLIMNYA KERANA ALAH SWT. TAK PERCAYA, TANYA SAMA AZIZ MAT YASIN. HA HA.

Klik lagu untuk anda semua.

9 comments:

Anonymous said...

ali dan hayati...minta telefon akdv utk conformkan function kita ni..sy da dapat quotation dr akdv tapi sy belum conformkan tarikhnyalagi....biasanya bila conform kena beri atau pay deposit sedikit....ingat ye.....urgent////

Anonymous said...

Awak conform jadi je Zek. Tang deposit tu, saya akan uruskan.

Anonymous said...

Nape le tarikh akhir bayaran tu cepat sangat. takkan le ari ni beritau, esok tarikh akhirnya. takut nanti ramai yang melepas nak hadir ke reunion tersebut sbb tak sempat nak depositkan duit... bukannya tak mampu. Apa kata kalau dilanjutkan hingga akhir bulan supaya dapat diwar-warkan pada kekawan yang lain. Ini pun hanya cadangan. Walaubagaimanapun aku kompom akan datang..insyaallah.

ALI MAIDIN said...

Sebulan tu bib.

Anonymous said...

sorry la beb.. aku ingatkan esok 25 april... dah tak sabau le nak gi reunion tu...maaf bebanyak...

Anonymous said...

Mansor itu maknanya kita ni dah tua dan pelupa dah separuh abad pun.

Anonymous said...

Inilah reunion yang paling murah yang aku terlibat. Yakinlah aku akan tawadu' dan zuhudnya geng-geng ni. Betul tu, bukan glamour yang penting, tapi keikhlasan bersahabat yang utama. Syabas Sheikh Ali!

Anonymous said...

bukan saja twduk dan zuhud sj tp kna ada sifat qanaah. mknanya mrasa cukup dgn hidngan yg ada. tp jk lapar lg gi le minum air tasik air kroh.that one grenti free......hahihu

ALI MAIDIN said...

Ramainya ahli sufi ni.