MANSOR KASIM MENYAHUT

Mansor Kasim, 6 Sains keluar dari alam pertapaannya dan menyahut seruan reunion kita. Baca emelnya yang sampai ke blog ini:

Assalamualaikaum Li,

Tahniah atas kewujudan blog utk ex munshi '78. Boleh jugak mengimbau kenangan lebih 30 tahun lalu. Walaupun mungkin kekawan dah lupa kat aku, namun nama-nama kekawan khasnya 6 Sn 1 kebanyakannya masih segar dalam ingatan.

Tetapi setelah beberapa kali melayari blog hanya beberapa kerat aje yang rajin menulis. Yang lain-lain masih menyepi. Apa pun terima kasih dan salam ingatan pada kekawan yang hantar sms ttg reunion kita.

Razak Lajis, Zolkaply, Ramli Ahmad, Usop Che Mat, Yahya Sharif, Alias & Mulyati ada gak jumpa sesekali, Md jadi dan Hanim ada jugak call lepas dpt sms ttg reunion, Razak Kanapiah punya coretan dalam blog ada juga baca tapi yang lain lain spt Rohaizan, Tamaie, Zakaria Semail, Mansor Ismail, Rohaizah, Baharudin Majezan, Yahaya Ghani dan lain-lain kekawan kite dari 6 Sas 1 & 2 tak tau lagi rupa macam mana.

Harap-harap blog yang diwujudkan akan diteruskan.... Tahniah. Aku tabik pada kau... mansor 019-6633461

p/s gambau nanti lain kali aku attachkan.

Jika Mansor tak hantar gambar, jika bertembung nanti, rasanya tak kenal. Ha ha. Baik kau orang hantar gambar segera wahai sahabatku.

9 comments:

Anonymous said...

Mujur kau sebut nama aku, aku ingat kau dah lupa. Kalau tidak, aku nak benamkan kau dalam kolam Air Panas, Bemban tu. Rindunya aku dengan kau ni.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Bang....

Saja nak tanye ... adeke tingkatan 6 sains nama Tamie atau Tamai dan nak kepastian juga binnya.Sebabnya saya memang kenal rapat dengan seorang bernama Tamai , binnya Said.Orang Tehel. Dia sekolah Munshi dulu ke?. Tahun sama dengan kita ke?.. Kalau betul dapatkan kepastian kerana dia sakit........ dan kawan mengajar semasa lum kahwin dulu.

Ok dapatkan kepastian dari bebudak rakan 6 sains...

T.Kasih

Anonymous said...

Waalaikum salam Sir,
Betullah tu. Kawan kita tu Tamaie bin Said. dengau cerita dia tinggal di Sri Kesang. Jalan nak gi ke Felda Kemendor. Dulu ada gak jumpa dia Tapi la ni sejak aku bermastautin di Masjid Tanah, lama tak jumpa. Tapai walaubagaimanapun nanti aku cuba dapatkan contact no. dia.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. sahabat .. Ali n Mansor.

No.telefon Tamai Said HP 017- 7173765. Tinggal Sri Kesang sama dengan Md Amin 6 Sastera 2.
Seorang lagi sedang aku kesan zakaria semail ,ikut kata tamai kat SK Duyung. tengok esok aku cuba jejaki.

Anonymous said...

Betul Norsir, Tamai tu budak Munshi. Masa aku join Munshi, dia dah pergi maktab. Kami pernah berbual tentang perkara tu dulu. Dia tinggal betul-betul di belakang rumah aku. Nanti aku akan cuba ajak dia ke reunion kita. Drpd Amin.

Anonymous said...

Hai Amin mana gambar kau? Asyik sibuk menyamar Anonymous je . Basir kau ajarlah si Amin ni. Aku dah naik darjah pasal komputer ni . Si Ali yang mengajar. Dia kata sehari selembar benang...Suruh anak dia ajar . Ka ka

Anonymous said...

Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain kapan.

Anonymous said...

kawan-kawan 50an ni dah makin rancak berkomen-komen.Bestnya banyak betul noltagia. Teruskan dan yang masih tidur dan tak mesra IT belajau-belajau ye.

Anonymous said...

Hasnah senyap je , tak pandai tulis komen rupanya. Keja kat kilang komputer.. Buka kelas tusyen nampaknya. Mengajar orang tua2 ..Senyap ada makna rupanya...