BASIR: 'MALACCA DE TOUR' (1)

Semalam Tuan Mejar Basir meronda sakan bandar Melaka. Beliau sempat menziarahi beberapa orang sahabat lama Munshi 78. Baca laporan melalui emelnya yang saya terima malam tadi:

Hai Ali


Pagi tadi aku telah bertemu 2 orang kawan 6 Saatera 1 yang hilang sejak 31tahun lalu. Mereka adalah Saari Mat Jelas dan Abd Karim Harun. Nampaknya mereka ni masih steady lagi dan berjaya dalam kerjaya masing2 sebagaimana yang telah dimaklumkan terdahulu. Pejabat Abd Karim di Lembaga Tembakau Bt Hampar terlalu hampir dengan rumah Zakaria Osman Bt Jambu , Hayati Harun di AKMAL dan Zaini di BTN Melaka. Nampaknya geng Munshi ni makin hampir antara satu sama lain.


Petangnya pula saya berjaya menemui seorang lagi 6 Satera 1, Jaamat Alimat di Pejabat Bernas. Kalau kita ingat pejabat Jaamat ini berhampiran dengan SK Men Munshi berhadapan MARDI Melaka (laluan pelajar asrama pergi sembahyang jumaat). Saya terperanjat melihat saiz Jaamat sebagaimana yang digambarkan terdahulu oleh Mokhtar. Sama2 kita lihat gambar rakan kita ni. Jaamat ni dah terlalu comel.


(Gambar: Dari kiri: Shaari Mat Jelas, Karim Harun dan Basir)

0 comments: