MOHD RAZAK KANAPIAH 6 SAINS

Akhirnya Mohd Razak Kanapiah 6 Sains mengirim emel bercerita sedikit kesah perjalanannya selepas Munshi beserta gambar sekali. Tanpa gambar ini, jika bertembung pun, saya tak akan kenal. Wajah beliau ketika Tingkatan Enam dulu pun saya tak cam. Pelajar 6 Sains ini telah menambahkan tugas kemasyarakatan dengan menjadi imam di kawasan kediamannya. Baca emelnya:

Assalamualaikum Sheikh

Saya hantar gambar single je. Cemburu juga dgn Razak Husin tu. Sedikit tentang jalan hidup. Lepas Munshi, saya kerja Lab Asst di JSAS, UPM setahun. Lepas tu buat Dip Sains & Pend dan jadi guru di SMK Laksamana, Kota Tinggi. Aris tahu la tu. Ajar Fizik. 7 tahun di sana.

Kemudian tukar ke Selangor, SMK Taman Tasik, SMK Tinggi Kajang dan sekarang di SK Bandar Teknologi. 18 tahun ajar Fizik, sekarang ajar Sivik.

Masa di UPM sentiasa bersama dengan Razak Husin dan sekejap dengan Albaeyah. Jumpa juga Nor...? tak ingat, seorang dari hanya dua bunga di 6Sn2 dulu (sorang lagi Mulyati). Nor...ni dia buat Ijazah Sains & Pend..

Di UPM juga saya join ROTU sampat dapat sepaku. Lepas tauliah menyembunyi diri. Kalau dikerah besok jadi Hamas, boleh juga.

Kalau datang ke Taman Jasmin, Kajang, tanyakan orang rumah Imam 1, tu rumah sayalah tu. Saya nak seru kawan-kawan yang namanya Mansor Kassim, Rohaizan, Mokhtar Salleh, Yusof Tanjong Keling dan lain-lain dari 6Sn2 dapat timbulkan diri melalui blog Tuan Shaikh ni.

Terima kasih. Assalamualaikum WW. Jumpa lagi.
Mohd Razak b Kanapiah
012-6557362.

Siapakah Nor.. yang disebutkan oleh Razak ini. Dia lupa ke atau buat-buat lupa. Jelmakanlah diri anda ya Nor.. Terima kasih cikgu Razak. Ramai sungguh orang bernama Razak dalam Munshi 78; Razak Lajis, Razak Husin dan Mohamad Razak Kanapiah

Bila pula Mulyati dan lain-lain pelajar 6 Sains nak respon kepada blog ini? Nampak sangat pelajar 6 Sains lebih menyembunyikan diri walaupun Zolkaply sudah memaklomkan kepada mereka. Entahlah... Kita kan keluarga yang besar. Kalau tak kenal, marilah berlakon macam kenal juga. Ha ha. Saya bercakap dengan Razak Kanapiah ini macam kenal 30 tahun, walaupun haram jadah tak tak kenal mukanya. Ha ha. Sesekali guna ayat orang Melaka lak.

7 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum tuan Imam,
Masih kacak lagi nampak. Nak tunggu gambau kawan-kawan pakai serban.

Anonymous said...

Asalamualaikum Imam. Aku baru teringat bahawa engko juga bekas orang Melaka yang dicampakkan ke Kota Tinggi. Kau dah cau dari KT, aku masih melekat kat sini sebab bantal peluk aku orang KT. Jadi tak perlulah aku merayau-rayau lagi. Walau apapun jangan amalkan selalu balik kampung jalan malam, nanti kereta rosak macam dulu kat Bandar Tenggara......macam kau cerita kat aku dulu......

Anonymous said...

Memang keta aku pernah rosak tengah malam tu, tapi bila pulak aku cerita kat engkau Ris? Otak aku dah tersumbat, tak ingat. Nanti kita jumpalah kat kubu batu tu, lepas pencen.

Anonymous said...

Hoi imam Razak dan cikgu Kharis bantal pelok tu dapat dari mana tak kesah yang penting dia dipelok setiap hari. Jangan tukar bantal pelok atau tambah bantal pelok..Hu hu . Baru ada sabit kat tengah belakang terpacak..Cubalah..

Anonymous said...

Hai orang pompuan ni sensitif betul. Janganlah nak menafikan hak orang lelaki pulak. Tak mau payung EMAS ke?. Amacam pendapat tok Imam kita.

Anonymous said...

Dalam syurga esok Allah cabut sifat cemburu. Tu yang bidadari keliling pinggang pun dia tak kisah. Dunia ni jangan... Jadi salengkau pun dia sanggup.

Anonymous said...

Itu kalau adil masuk lah syurga, kalau main kayu tiga masuk neraka hangus kau...