RAMAI MAZHAB "TAK INGAT DAH"

Sesiapa yang dah lupa nama atau wajah rakan-rakan sekelas atau setingkatan janganlah kecewa. Tempoh masa 30 tahun adalah satu jangkamasa yang lama. Ada yang sudah pencen, beruban puteh, bermenantu dan ada yang bercucu dah. Ada juga yang keliru. Suami Rohaya pernah bertugas di Tampin dan kenal dengan seorang rakan saya semasa di Tingkatan Lima dulu yang bertugas sebagai Penghulu. Beliau menyangka rakan saya itu adalah saya sendiri. Oleh kerana kawan saya tu beristeri dua, maka saya pula dikatakan beristeri dualah. Ha ha. Kalau betul, kan best. Boleh joint kelab kawan kita yang seorang tu. Wooo.

Petang semalam, saya menerima emel dari Norhizan Mahtob 6 Sastera 1 atau nama timangannya Jann yang mengaku dengan jujur bahawa beliau termasuk golongan "mazhab tak ingat". Baca emelnya:

Salam,

Maaf kerana lewat balas e-mel. Bukan tak mau bercerita, tapi masa tak mengizinkan untuk berbicara di alam maya.

Semalam hari terakhir Jann bersama peserta kursus setelah sebulan kami bersama. Beginilah kalau jadi kuli. Okey, apa nak cerita ya...rasanya perjalanan hidupku tak seindah kawan-kawan.

Sebenarnya Ali, Jann memang tak ingat ramai kawan-kawan kita. Ampun! bukan sombong, tapi memang kurang mengenali mereka. (Jangan beritahu mereka ya) Hanya beberapa orang saja yang Jann masih ingat rupa atau nama. Puas ku belek gambar yang ku simpan, tapi ingatan tu masih pudar.

Setiap pagi akan ku buka blog kita ni dan cuba mengimbau kembali cerita dan kenangan bersama rakan-rakan tapi rasanya tidak banyak kenangan yang dapat ku pungut. Mungkin masa tu Jann dengan dunia sendiri dan hingga kini daku masih di dunia terasing...memang rasa sungguh terasing antara ribuan kawan yang pernah ku kenali. Sedari kecil daku merantau hingga ke saat ini. dan entah esok lusa daku akan merantau lagi.

Rasanya rakan-rakan lain pun macam tak begitu mengenali Jann. Seperti yang berlaku pada Mejor Bashir....Tak apalah... Yang pasti Rohana, Sahara, Norlida, Rosnah Mat Isa dan Juita yang pernah ku jumpa. Opss!..juga Mokhtar Ahmad itu pun akhir 80an atau awal 90an...

Cuma tahun lepas di rumah Ana Seremban, Jann dikenalkan semula dengan Suhdi dan isterinya...pun puas ku putarkan semula wajahnya di zaman persekolahan....masih kelabu! kemudian muncul semula Zakaria Osman hanya sempat berbicara di telefon, Mokhtar Ahmad sempat bertanya khabar dan minggu lepas Hasnah telefon.

Hmmm, perjalanan selepas Munshi??? Ringkas ajalah ya.

1981 mula bertugas di Angkasapuri kemudian 1993 ke RTM Sabah.. Disember 2000 kembali ke Angkasapuri. Mac 2005 di RTM Langkawi. 2006 ke JPM Putrajaya dan 2007 IPPTAR . La ni sedang menunggu untuk di hantar ke mana tak pasti lagi. Mungkin balik ke Melaka???? harap-harap.

Okeylah Ali, jangan marah ya, sebenarnya u pun Jann masih tak ingat macam mana orangnya masa di kelas dulu...walau pun hari-hari ku baca bolg Munshi....walau apa pun, usaha u ni Jann tabik hormat....terima kasih...Nanti jumpa, Jann belanja satay Kajang ya..
Gambar tak payahlah ya...takut-takut orang mengucap panjang pulak nanti...bayangkan yang indah-indah ajalah macam mana Jann ni........kan u pandai meneka...akhirnya, sembah salam takzim buat isteri dan rakan-rakan semua ya.

JANN

1 comments:

Anonymous said...

bukan tak ingat, dah banyak kali berselisih tapi masih tak kenal kerna ramai yang dah makin comel