NORLIAH PULA DIKESAN

Kali ini giliran Hidayah Bahari menunjukkan bakatnya mengesan sahabat Munshi 78 pula. Mangsa hendapannya ialah Norliah 6 Sastera 2. Selepas dia membelek-belek gambar Norliah maka sahlah Norliah itu ialah kakak ipar kepada adik ipar Hidayah punya adik. Faham ke? Hantam sajalah labu. Maka bercakaplah Hidayah dengan Norliah pada malam tadi akan hal kita sekarang yang sedang menjejak bekas putera puteri Munshi 78.

Norliah bertugas di TNB Melaka dan kini telah menjadi nenek bercucu dua orang. Yahoo, makin ramai nenek dalam geng kita kini. Bukan Norjan dan Rohaya sahaja.

No HPnya 012-6141 467.

Mari kita serang dia beramai-ramai. Ha ha.

(Gambar: Berdiri baris tengah dari kiri: Zainab, Fauziah Ayub, Rohani (arwah), Rashidah, Jamilah, Faridah Ngah, Hasnah, Rohayah, Hayati, Saodah, Rosnani Yus, Sawiah, Lelee, Umi Kalsom, Norliah, Norlida dan Saripah Nuri).

5 comments:

Anonymous said...

Norliah tak tamat tkn 6 dulu, terpaksa berhenti awal sebab dah ada org pinang. Mak bapak dia nak cepat terima menantu.

Anonymous said...

Orang lawa yati cepatlah di pinang orang . Kita ni puas mandi bunga baru di pinang orang .He he Wahai Editor Ali n Mejor Basir segera siasat siapa yang paling cepat dan paling corot kawin. Jawab Ali.

Anonymous said...

Ade sorang yang masih membujang hingga kini. tunggu...................................

Anonymous said...

kenangan lame.....biar la berlalu pergi....
reallity hari ini hidup bahagia....di samping keluarga....kenangan lame jgn diungkit.....biar la tinggal kenangan....jumpa di ayer keroh....

norliah said...

kenangan lame.....biar la berlalu pergi....
reallity hari ini hidup bahagia....di samping keluarga....kenangan lame jgn diungkit.....biar la tinggal kenangan....jumpa di ayer keroh....