MD JADI LARUT DAN FAMILI

Md Jadi, atau panggilan di kampong sebagai Mahadi. Walaupun dia pelajar 6 Sains, tetapi amat rapat dengan pelajar 6 Sastera. Sekampong dengan saya di Batang Melaka, malah ayah beliau dan ibu saya sekelas ketika zaman Jepun dulu.

Ayahnya pernah mengatakan kepada saya, "omak kau kalau sambung sekolah, tentu jadi cikgu". Orang pompuan zaman dulu, belajar setakat boleh membaca sahaja atau terpaksa berhenti dek kemiskinan. Ha ha.

Ayah Md Jadi seorang paling kuat dengan displin. Tak tahulah apa nak jadi kepada Md Jadi, jika ayahnya tau beliau pernah di halau ketika hari-hari terakhir dari asrama putra dulu.

Selepas malam beliau dihalau dan tidur di rumah Razak Kanapiah di Kandang, esoknya beliau tinggal di sebuah gerai yang berhadapan Sekolah Munshi selama seminggu sepanjang hari-hari peperiksaaan. Tauke gerai itu digelar Tarzan, katanya. Cerita ini langsung saya tak tahu sehinggalah kami berjumpa beberapa hari lalu bersama Mejar Basir.

Selepas keluar Munshi 78, beliau ke UPM. Selepas itu kerja di Felcra selama 2 tahun dan berhenti. Kemudian berhijrah ke Sabah membuat ladang sayur asparagus dan pelbagai sayur untuk ekspot ke Singapura.

Akhirnya beliau kembali ke Semenanjung dan menetap di Banting. Pejabatnya di Kajang dan terlibat dengan bisnes landscaping. Isterinya seorang guru. Nampak gaya anak-anak-anaknya ramai yang puteri. Mastura, bolehlah kau berbesan dengan Md Jadi. Ha ha.

3 comments:

Anonymous said...

Md Jadi putra dan puteri2 u like father like son

Anonymous said...

aku gen dominan ha hah ha

Anonymous said...

eh, asik gambar aku aje. Kalau nak berbesan, kene tunjuk gambar famili kau dulu. Baru adil.