MANSOR KACAU RAZAK

Ini lapuran Mansor Kasim selepas kacau Razak Kanapiah:

Assalamualaikum Li...

Seronok juga dapat melayari blog kita. Tadi dapat sembang panjang ngan Razak Kanapiah. Terkejut beruk dia bila aku call. Macam tak percaya agaknya... sempat juga mengimbau kenangan lalu.

Tak sangka juga ada kawan yang dah jadi imam yang baca khutbah setiap Jumaat dan hari raya. Cuma yang belum katanya menikahkan orang. Katanya dari menikahkan orang lebih baik dia yang menikah lagi... hawau...Ingatkan nak suruh bawa borang banyak-banyak masa reunion nanti.. kensel. tak pe le..

Cuma yang aku heran mana lagi kekawan lain dari kelas sains 1 & 2. takkan le tak ade masa nak keluar sekejap dari pertapaan demi untuk reunion kita... cuba kita bayangkan, selepas 30 tahun dalam kesibukan masing-masing dengan keluarga dan karier, mana jangka kita dapat berkumpul semula.

Takkan le tak boleh luangkan 5-6 jam untuk jumpa kekawan lama. Lepas ni tak tau bila pulak kita dapat berkumpul bersama. Keluarlah kalian semua.. jom kita meriahkan blog ini dan reunion kita nanti

Mansor

(Gambar: berdiri dari kiri: Razali Baharum, Ramli Ahmad,? , Baharudin,?, Darussalam, Yusof Che Mat, Md Jadi, Tamaie Said,?, Mansor Kasim, Zakaria Semail.
Duduk dari kiri: Majezan Yaakop, Zolkaply Yunus, Razak Kanapiah, Yahaya Ghani, Mulyati, Cikgu Wahid Abd Rahman, Rohaizah, Yahaya Sharif, Alias Nayan, Abdullah Wahid, Razak Lajis, ?.)

7 comments:

Anonymous said...

Mansor tunjukkan wajah kamu,jangan cakap aja.

Anonymous said...

Keras perut aku tahan ketawa kat ofis ni baca komen di atas. Kita ni macam hantu dah. Wajah tak nampak, suara tak dengar, tak alih-alih tulis...je. Dulu marah anak-anak chit-chat. Sekarang sendiri pulak hari-hari respon kat blog. Masa Mansor call, perkataan2 awalnya macam orang tak kenal, macam orang takut. Tapi bila aku mula ketawa, semua suasana bertukar menjadi tahun 78. Macam "Back To The Future". Oleh itu siapa nak rasa muda balik (sekejap) joinlah reunion!

Anonymous said...

Hoi Mansor dan Imam Razak cubalah guna bahasa melayu standard sikit . hawau, lahabau, besau, ..kalau lah blog ni dibaca oleh bush or osama malu lah...kita.. bilakala pulak kau orang berdua nak berjumpa ..memang ada yang kena benam..kita tengok je ye

Anonymous said...

Ada yang ketawa depan pc tengok blog macam orang gila... gara-gara reunion tak jadi keja ..Banyaklah kau punya "Back To future" Razak hoi. Da suruh jadi imam jadi je lah. Kat sek tinggi kajang sapa yang jadi tukang bunuh lembu korban tu,bila kau da pindah ke sek lain da tak de lah orang berkorban.. Dulu cikgu2 siap main kutu korban,..ha ha aku nak tengok kau menikahkan orang pulak..

Anonymous said...

Aku ada sijil menikahkan orang. Tapi sijil ni khas untuk menikahkan yang dah berpangkat suami sahaja. Yang memohon: baaaanyak-banyak, yang dipanggil temuduga: sedikit-sedikit, yang layak: jarang-jarang, yang jadi: kaddang-kaddang.

Anonymous said...

Geng geng lelaki janganlah rapat sangat denga juru nikah ni. Tak pasal2 ada isteri yang di hukum gantung kerana membunuh..Selangkau pun jadi..

hayati said...

Yang kesiannya, tak ada imam yg sanggup nak nikahkan Razak K lagi. Bukan Razak K saja, dengan tok2 imam sekali kena Selangkau.