KENANGAN LAMA NORLIDA BABA

Selepas Khatijah Kassim berjaya dikesan, rakan lama sekelas dengannya Norlida Baba amat merinduinya. Baca emel Norlida Baba yang saya terima semalam:

Salam En Ali,

Saya sms kathijah tapi tdk berjawab, mungkin kathijah sibuk melayanani anak dan suaminya.Kathijah adalah salah seorang sahabat karib saya semasa di SMMA.Kathijah yg puitis sering menulis sajak2 yg jiwang. Kali terakhir bertemu kathijah sekitar tahun 1984 ketika katijah berkerja di Telekom Jalan Tandang. Selepas itu lost contact walhal dengar cerita suami Kathijah berkerja di TNB jln Bangsar dan tinggal di kuartes TNB tak jauh dari Angkasapuri. Terkini Kathijah tinggal di Pantai Dalam sahaja terlindung di Bukit Putra Angkasapuri dan mungkin sebab itulah saya tidak dapat mencarinya.

Disini saya sertakan gambar ketika di SMMA dulu. Diharap dapat mengembalikan ingatan Kathijah kepada saya.

Gambar 3 org.
(dari kiri : Norlida,Kathijah dan Rohaya)


Sekian email ringkas dari saya. Insyaallah jika ada masa saya email lagi.

Norlida Baba.

4 comments:

Anonymous said...

Ini sajak tijah yang masih aku ingat.. Dua tahun aku di sini , berlari meninggalkan jejak-jejak di pantai , yang menjadi mainan ombak-ombak. Di sini lah jua kota ria , menjadi keriangan.. yang lain aku da tak ingat.. Aku pun jiwang juga tapi tak pandai bersajak mcm tijah. Dulu Tijah merindui seseorang...He he TST .Jawaplah Norlida,Roy,Tijah.

Anonymous said...

Jelingan Norlida masa tu mengoncangkan Dewan Munshi. he.he

Anonymous said...

Amboi comelnya kau orang. Jelingan yang menusuk kalbu. Agak-gak berapa kg kau sekarang norlida?

Anonymous said...

Sudah lah kau Kharis kelas kita banyak yang comel n cute kau cari orang kota tinggi jugak... Penatlah tijah jiwang2 menulis puisi..siap tullis kat bantal dan tilam.. hu hu hu