KAMISAH IBRAHIM 6 SASTERA 1


Kamisah Ibrahim 6 Sastera 1 orangnya pendiam di dalam kelas. Lantaran itu sukar saya menggambarkan wajah dan namanya. Norsir dan Rani yang masih selalu berjumpa dengan beliau di Melaka. Berliku juga hidup kawan kita ini.

Akhirnya Kamisah menalipon saya setelah berkali-kali dia tak menjawab call saya. Takut juga dia, kok kok bosnya menalipon.

Menurut Kamisah, selepas tamat Munshi beliau ke USM. Dia perasan Mohd Amin juga di USM tetapi tak pernah bersapa. Entah-entah Amin pun tak perasaa beliau. Tamat USM beliau mengajar di Melaka. Kemudian berpindah mengajar di Ampang dan Shah Alam Selangor kerana mengikut abang atau kakaknya. Selepas itu berpindah semula ke Melaka sehinggalah sekarang, mengajar di SM St David, guru kanan Bahasa Melayu.

Kamisah perasan saya bertanding pilihan raya 1995, tetapi katanya kat Tebung. Ha ha. Mana ada ada Parlimen Tebung daa. Yang ada ialah Parlimen Tampin. Apa pun kira oklah, sipi sipi kata orang. Hanya Rohana Hashim sahaja yang hantar kad raya selepas beliau tahu saya kembali bertanding pilihan raya di Gemencheh pada 1999 dan memberi nombor teleponnya. Hidayah nampak gambar saya kat pokok getah sepanjang perjalanan Tampin-Gemencheh tetapi sikit pun tak hantar duit derma kempen pilihan raya. Ha ha. Nasib daku, apa nak dikata.

No HP Kamisah 012-3805107. Kalau lambat jawab, biasa le.

(Gambar: Baris Tengah; Kamisah dikatakan no 3 dari kiri. Entah betul entah tidak. Dia sahaja yang tahu. Ramai yang tak yakin dengan ingatan masing-masing)

1 comments:

Anonymous said...

Saya perasan awak Kamisah....! Tak ingat ke saya yang suruh geng saya oriented awak dekat Blok Pengajian Bahasa ...? Masa tu awak tunduk aje.... Malu ke takut ke, tak tau le saya. Tapi saya tahu awak memang pemalu orangnya. Awak kata orang Sabah dah dok tunggu ? Tak jadi ke sana ke ? Adik ipar awak (Sulaiman) yang bagitau saya masa di Balik Pulau dulu. Saya kena posting Sabah. Seronok juga, tapi tak lama.