Assalamualaikum Shekh Ali.
Izinkan aku membangkitkan kawan-kawan 6 Sains yang masih tido dengan email kali ni. Kawan-kawan, tak sangka tahun 2009 ni sempena masing-masing kita baru berusia 50 tahun (setengah abad) dapat dihubung semula melalui blog Tn Ali ni.
Istimewa lagi 2009 ni ialah kalender tahun ni saling tak tumpah dengan kalender tahun kita lahir (1959) dulu, terkecuali Razak Husin, dia "muda" setahun. Ini bermakna, kalau tak tahu hari apa kita lahir, tengok saja kalender tahun ni, hari jadi kita jatuh hari apa. Kalau hari mati kita pun jatuh hari tu lagi elok, jadi catatan sejarah unik.
Mansor Kasim, Razak Lajis, Ramli Ahmad, Rohaizan dan Tamaei. Ingat lagi tak Pulau Besar? Ijan terperangkap atas batu masa air pasang, balik petang terus jadi arang. Engkau orang membanting padi kat sawah bapak aku tiga hari. Adik aku kawin, kita tido malam lima orang pakai satu selimut. Mat Jadi, Mansor, Ijan kena tendang asrama tengah malam buta, kan tido rumah aku malam tu. Esoknya mak aku bagi makan nasi, bila engkau orang balik, mak aku kata, "Anak cina tu dah duduk rumah orang Melayu, makan sambal belacan… dia." - Mak aku ingat Mat Jadi tu anak Cina. Mat Jadi pun di UPM, berbuka puasa dengan rokok, alahai Mat Jadi.
Masa di asrama Munshi, Hj Nasir dan Jamil Kasim (junior T5) buat bubur kacang, makan satu dom. Rupanya santan diperah pakai ketayap Hj Nasir, bila masing-masing tahu semua muntah. Banyak betul kenangan nak cerita.
Niat aku nak bagi kau orang budak-budak 6 Sains respon. Hey……. responlah. Untuk tahun ni je kita jadi remaja balik sekejap, tahun depan tua le balik. Kan begitu Shekh Ali?
Assalamualaikum.W.W
(Gambar: Md Jadi and geng)

21 comments:
Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, untuk aku yang termuda setahun kalau mati dalam tahun ini, akan mati syahid.
Amin.
Macam mana hang muda setahun cerita sikit, malah ada kawan2 kita juga yang lebih tua setahun.
Yang tua yang datang lambat ke Munshi.. He he Kena terajang dari kedah , Asarama penuh, Alam shah, Jitra , Melawan dan Dakwah kot. Yang muda tu tak sabar2 melompat darjah macam teror sangat..Razak Husin jangan berlagak mati syahit kalau kuat merempit dan pacak. Anak murid aku selalu ceta sapa mati merempit mati tak beriman dan macam gantung diri.. Hu hu hu
eh aku pun muda setahun la..
aku kan 6.1.1960
Razak Husin jangan lah perasan dengan perkataan "muda" tu. Mat Jadi memang aku comfirm. Muda ke, tua ke, sedekahkanlah AlFatihah kpd rakan-rakan kita yg....... AlFatihah.
Rujuk pada gambar, duduk paling kiri sahlah Tamaei, dan duduk paling kanan mungkin Rohaizan (Ijan)
Mansor dah menyahut malam ini. Mengajar di Durian Daun, keliling pompuan oi. Ujian ujian... Ha ha. Kok .....
Razak kau ingat tak Rohizan ayahnya meninggal jatuh dari pokok kelapa . Kesian kan. Dia saudara ayah ku kg Pulau. Ayah saya pun disemadi dikampong pulau. Rohizan pun memang muka sedih....Dulu bila balik dari asrama saya selalu satu bus. Bus Ton Fung. Asah Johar,Maimunah, Maznah, Rohaizah, Jamilah Yusuf, Tijah, Mazlan dan lain2 dari masjid tanah dan kuala sg baru riuh rendah dalam bus.Yang paling bising ialah Mazlan. Bila tiba Tanjung keling ada budak sain turun sapa ek kau kenal tak razak?
yang turun di Tg Keling tu anak didik mona fendi kot
Taklah Basir, yang sebenarnya Yusof, dia sorang je budak sains Tanjung Keling. Tapi sekarang ni bukan budak lagilah. Alah... Yusof tu masa tengok filem ABBA The Movie dengan aku bulan puasa, dia mentakedarah burger dalam panggung, habis kau pecah tembelang... jaman jahiliah le..... Yusof dimana kau?
TK bebanyakla Razak tumpangkan aku tido rumah engkau. Lepas tu aku duduk hotel depan sekolah. Bila bapa aku dtg, aku dok library. Mana la dia tahu aku kena tendang asrama.
Itu 30 tahun dulu. Skrg aku bapa misali he he he..
asskm, sy org rumah md jadi nak tumpang sekaki. Ooo barulah sy tahu cerita muda suami sy. Masa mengayat sy dulu, bukan main berlagak alim, tak sangka....
Nakal-nakal dulu pun tak buat yang haram. Rokok, semua yang belajar kat Azhar lagi hebat berasap. Balik dari Mesir, mengajar keliling masjid. Wooo.
Kalau ayah Mat Jadi tau dulu, rasanya tangan Md Jadi dah tak ada la ni. Ha ha.
sy sporting ajer he he he...
Geng2 masih ingat lagi tak bila wayang cerita cina Kong Fu, semua yang tengok kena beli cermin mata hitam plastik untuk elak replek .. Apa lagi balik dari tengok wayang baru dapat biasiswa lagi semua menayang cermin mata hitam lelaki lalu kat asrama puteri. Razak Husin mesti ada dia memang suka cermin mata palsu. He he. Masa tu bukan cerita ABBA saja Sartuday Ninght Fever , Travolta apa lagi budak perempuan menghias lah fail dengan gambar mat saleh tu. Yang lelaki pulak seluar kecik dan besar macam loceng gereja. Tengoklah gambar2 u all. Kaki seluar kembang semacam..
Md Jadi hang ada aroma tersendiri. Banyak sangat komen dan cerita lama bila kamu dikeluarkan dari kepompong. Cuma kita tunggu hang dapatkan pula Mazlan tentunya kita dengar lagi banyak cerita menarik dari kawan2 nanti. Hai Mazlan bila lagi hang nak muncul jangan sampai aku guna ilmu MOSAD/FBI/CIA.
Kawan-kawanku dan isteri masing-masing, maafkan saya kerana menerbitkan kisah silam yang keruh. Sebenarnya sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang hebat-hebat pun mempunyai sejarah jahiliah yang hitam, tetapi setelah mereka Islam, mereka juga menceritakan sesama sendiri, tertawa, menangis, tetapi menjadi bertambah kuat pegangan mereka. Saya harap kita pun begitu juga. Saya pun siapalah dulu. Dan masih ada yang tanya juga, "Zak, engkau masih menggitar lagi ke?". Saya jawab, "Tidak!"
Md. Jadi, ingattak masa kau bawak baldi isi buku ganti beg ke sekolah. Lepas tu bawak radio bukak kat tengah padang.
Jangan tak tau Asia isteri Firaun dijamin masuk syurga. Lelaki tak payah nak naya kat pompuan , kalau jahat mana pun silelaki pompuan masuk syurga jugak....Razak kau pernah kata Allah itu indah dan seni itu mendekatkan diri kita dan membesarkan Allah.. Tak gitu...? Masa saya diMekah budak2 Arab syahdunya menyanyi membesarkan Allah.. Dia main alat musik juga..
Mastura ni asyik memandai je kerjanya.
razak mana kau hilang selama ni. keliling kampung aku cari kau. baru ni kau muncul. dah lama tak dengau cerita ttg kita dan kekawan masa muda. cuma cerita-cerita lama yang dapat kembalikan nostalgia ketika belajau kat munshi. yang tak dapat lupa ialah peristiwa kena tendang hostel masa exam week. kalau tak kena tendang dulu mungkin tak jadi orang kot. nasib baik ada kawan baik. kalau tak mungkin tidur masjid kot. satu yang aku masih ingat sampai hari ini ialah bila kita orang sampai kat rumah razak, dan selepas terangkan kat mak dan bapa razak, apa lagi maka dan bapa dia pun bukan main marah lagi kat warden tu. katanya... apalah warden ni tak pikir ke halau budak-budak ni malam-malam. kalau jadi ape-ape sapa yang susah. minggu periksa pulak tu.. uhhh bukan main bangga lagi kita orang sbb ada yang backing. nak tau warden tu sapa.. itulah cikgu rosti yang aku selalu jumpa dalam mesyuarat karnival pendidikan. dan bebudak yang kena tendang tu ... kau cari lah sendiri. siap tolong bapak razak banting padi lagi. nak jaga hati beb.
Post a Comment