BERI IDEA REUNION ANDA

Pelbagai reaksi diterima terhadap program reunion kita pada 10 Mei 2009, jam 10 pagi hingga jam 2 petang. Tempat sekitar Air Keroh dan di mana, belum dimuktamadkan.

Ada beberapa idea yang saya terima.

Pertama, tiada caj, dapatkan penajaan. Maka dengan ini, tawaran penajaan dibuka selama 7 hari dari sekarang. Anda juga boleh berusaha mendapat penajaan dari sesiapa yang patut. Bukan kerja saya nak meng"pau" sesiapapun. Saya memang tak reti buat kerja itu. Sebab tu jika saya ajak orang berjumpa, poket saya mesti berisi. Kalau tak, berjam-jam tak balik-balik le nampaknya, nunggu siapa nak bayar dulu. Ha ha.

Kedua, buat program di tempat yang paling murah, pokoknya berjumpa. Makan ala kadar aja, jangan mati tak makan pada hari berkenaan itu sudah le. Makan pun order dari kekawan dan bayar kepada mereka sahaja. Siapa yang bersedia menjadi caterer pada hari itu, sila angkat tangan.

Ketiga, buat di hotel dan datang seorang sahaja, tanpa melibatkan suami/isteri dan anak. Yang penting sesama kita sahaja yang berjumpa dulu. Jika caj makan RM 40 pun taklah membebankan. Ha ha.

Saya buka idea dan cadangan lain.

Hanya satu minggu sahaja idea dibuka. Lepas tu kita akan muktamadkan. Hidayah kata, Aiman tak kesah, 30 tahun hanya sekali je nak jumpa beramai-ramai. Ha ha.

8 comments:

Anonymous said...

Saya dah sms semua bekas pelajar perempuan 6 sastera 2 yg dlm list, sebab tu timbul 3 cadangan ni. Saya ikut keputusan ramai.

Anonymous said...

Aku dah kata dah, aku tetap datang seorang.Lelaki yang ada bantal peluk boleh tinggal, tetapi org. pompuan yang ada balak polok macam mana?. Tambah lagi yang tak bolih memandu. Kesian dia. Abeh camno ni!!!

Anonymous said...

Namanya REUNION -pertemuan semula. Kalau dulu 1978 seorang je ,sekarang mungkin berdua dan anak2. Adalah lebih molek hadir dengan keluarga baru, datang dengan ikhlas dan diadakan ditempat yang selesa serta tidak membebankan semua. Untuk mereka yang ingin menderma dipersilakan khususya membantu rakan2/keluarga yang kurang bernasib baik. Tempat yang ideal di Melaka kerana semua kita berasal dari Melaka. Terima kasih.

ALI MAIDIN said...

Aku boleh semua. Tak hendak jumpa pun tak apa. ha ha.

Anonymous said...

Bos jangan lah merajok , buat je. Orang beriman mesti di uji. Kita orang setuju je. Sorang atau ramai terserah lah. Macam reunion rumah Rohana okey juga sambutannya. Ali buatlah keputusan...

Anonymous said...

Anonymous hang ni siapa. kita dahlah 31 tahun tak jumpa jangan guna nama samaran je. Saya agak u ni Mohd Amin. Tak rugi kenalkan diri pada kawan2. Komen hang bagus2 juga. Jawab ye sahabat.

Anonymous said...

Buat aje kat mana-mana asalkan kat Negeriku Melaka. Aku rindu juga kata Melaka. janganle marah....dah lama beno tak balik.

Anonymous said...

Haris kau tau tak peta air kroh. Kalau dah lupa nanti suruh mas emailkan. Kalau tak ingat juga lalu high sampai high merlimau ikut jalan lama. sampai balai Polis Kandang kau singgahlah rumah sahara/ razak dia boleh tunjukkan.Kalau dia takde terus sampai masuk Perigi Hang Tuah kau boleh nampak petandanya