ARBAEYAH 6 SASTERA 1

Biduan Munshi 78, Arbaeyah 6 Sastera 1 telah dikesan oleh Rohana Hashim pada pagi ini. Walaupun saya telah berjumpa Arbaeyah pada akhir tahun lalu di rumah Samiah, tetapi saya telah kehilangan alamat rumahnya.

Yang kelakarnya Arbaeyah kini bertugas di SJK Tamil, Tampin, di mana sekolah ini juga Rohana pernah mengajar. Pusing-pusing kat situ sahaja kekawan Munshi kita ini agaknya. Selepas puas mereka berbual, baru Arbaeyah tahu yang menaliponnya ialah Rohana Hashim. Beliau sangkakan kawannya bernama Rohana Aziz yang pernah sekelas dengan mereka satu masa dulu. Sabar aja le.

Malangnya di sekolah Arbaeyah dan rumahnya tidak ada internet. Beliau akan ke rumah adiknya untuk melihat kita semua dalam blog ini. Jangan pengsan sudah le tengok Marhamah tu. Ha ha, gurau aja Marhamah oi.

Arbaeyah kini tinggal di Kg Taboh Naning berhampiran dengan tol Simpang Empat, Alaor Gajah. Puas beliau meronda dan berpindah tempat kerja kerana mengikut suaminya. Yang terakhir saya terdengar, beliau pernah bercuti tanpa gaji kerana mengikut suaminya bertugas di luar negara. Harap Arbaeyah bagilah gambar-gambar di luar negara yang bergambar dengan Mat-Mat Saleh pula, bukan macam Basir yang bergambar dengan mak we hitam tu. Ha ha.

Seingat saya, Cikgu Rashid spoting dengan Arbaeyah yang mengambil bahagian menyanyi di RTM Melaka pada 1978 dulu. Mengikut Sahara, Arbeyah pernah sampai ke tahap suku akhir pertandingan lagu klasik di RTM. Untunglah suami Arbeyah ye, akan didodoi oleh Arbaeyah setiap malam sebelum tidur. Ha ha. Suami Arbaeyah spoting orangnya ketika saya berjumpa di rumah Samiah dulu.

Jika majlis reunion nanti, harapnya Arbaeyah nyanyikan untuk kita sebuah lagu. Baru meleleh air mata Rohana, Mastura dan Hidayah kita. Woo.

No HPnya 012-658 3306

(Gambar: Duduk dari kiri no 3 ialah Arbaeyah)

7 comments:

Anonymous said...

Aku pernah mengiringi Arbaeyah menyanyi lagu Bunga Tanjung , dengan gitar kapok, di pentas Dewan Munshi. Entah-entah dia dah lupa.

Anonymous said...

Ha ha, ingatkan Razak Husin buat macam tu, tetapi budak sains pula ye

Anonymous said...

Masa bintang Rtm Arbayah nyanyi lagu "Romi dan Juli" dan "Tuhan Ku" Meleleh kalau dengar .. Arabahyah pakai baju ...uh... Bila saya jumapa dia di Kajang Hgh School, sempat mengajar anaknya di tempat tusion saya. Dia kata "itu zaman jahiliyah" Razak Kanapiah juga hampir nak terjatuh cinta dengan Arbayah. Hu hu gara2 pemuzik n penyanyi mengahayati habis. Arbahyah da bercucu kot. Razak k kawin lambat... kempunan kah,kah,kah. Jangan marah tok imam...

Anonymous said...

Datuk Ali saya Karim bila tengok gambar masa muda rasa
seronok pulak.

Anonymous said...

Abd Karim, nostalgia itu kan indah walaupun pahit.

Anonymous said...

Kalau jumpa nanti aku nak suruh Arbayah nanyi lagu tamil la... mesti dia pandai cakap keling.
Drpd Amin.

Anonymous said...

Mandai-mandai kau Mastura, mano ado.....
Albaeyah tu hebatlah! Bikin gelak dia saja.