6 SAINS 1 SMMA 1978

Md Jadi menjadi penyelamat maruah 6 Sains 1, SMMA 1978 kerana beliau masih menyimpan gambar kelas berkenaan.

Menurut Mansor dan Razak Kanapiah, nama pelajar seperti berikut:

Berdiri dar kiri: Razali Baharum, Ramli Ahmad, Rohaizan, Baharudin Baba, Johari Mohamad, Darussalam, Yusof Che Mat, Md Jadi, Tamaie Said, Rahmat, Mansor Kasim, Zakaria Semail.

Duduk dari kiri: Majezan Yaakop, Zolkaply Yunus, Razak Kanapiah, Yahaya Ghani, Mulyati, Cikgu Wahid Abd Rahman, Nor Rohaizah, Yahaya Sharif, Alias Nayan, Abdullah Wahid, Razak Lajis, Mokhtar Salleh

Maka, berapa orang lagi yang belum dikesan?

18 comments:

Anonymous said...

Rupa sendiri pun tak boleh cam. Rasanya saya berdiri no 4 dari kiri. Yang duduk no 3 dari kiri pakai cermin mata tapi tak de cermin.

Anonymous said...

kalau silap tolong betulkan ya..
berdiri dari kiri...
Razali Baharum, Ramli Ahmad,? , Baharudin,?, Darussalam, Yusof Che Mat, Md Jadi, Tamaie Said,?, Mansor Kasim, Zakaria Semail.
duduk dari kiri...
Majezan Yaakop, Zolkaply Yunus, Razak Kanapiah, Yahaya Ghani, Mulyati, Cikgu Wahid Abd Rahman, Rohaizah, Yahaya Sharif, Alias Nayan, Abdullah Wahid, Razak Lajis, ?. Harap dapat kenalpasti yang lain.

Anonymous said...

Rasanya ini kelas 6 sains 1. Kelas sendiri pun dah lupe ke.

Anonymous said...

Berlagaknya yang pakai cermin mata tu. Mcm kes 6a2 je Razak Husin suka pakai cermin mata hitam. Yang heran dulu pakai cermin mata sekarang tak pakai pulak.. Kau Jawab Razak Kanapiah

ALI MAIDIN said...

Lu orang kena bersidang bersama. Semua dah luntur ingatan dan kabur mata. ha ha

Anonymous said...

Pelik betul. Rupanya aku masa tu lebih gila dari orang gila kat Tanjung Rambutan. Pakai cermin mata tanpa kaca, macam memancing dalam baldi. Atau jangan-jangan macam Superman, pakai spender sebelah luar. Aku pun tak ingat macamana sekarang ni aku boleh siuman balik. Ish! Kalau blog ni aku punya, memang aku edit gambar tu. Tapi tak payahlah, nanti gila semula....

Anonymous said...

Sambung lagi, dalam gambar, yang tidak dikenal oleh Mansor ialah Rohaizan (berdiri 3 dari kiri), Johari (5 dari kiri) dan Rahmat ( 3 dari kanan). Yang duduk hujung kanan sekali ialah Mokhtar. Entah! Ye ke? Kelas ni sahih 6 Sn 2.

Anonymous said...

Ketua kelas ini ialah Nor Rohaizah dan penolongnya Mulyati. Cikgu Chua Hon Tam tanya kami, "Kenapa kamu lantik dua perempuan ni jadi ketua2 kamu?". Kami jawab, "Mereka berdua ni bukan ketua2 kami, tapi orang suruhan kami, untuk hantar bukulah, macam-macam lagi." Lalu menolehlah mereka berdua ni ke belakang, dengan jelingan masam.

Anonymous said...

Yang mana satu Md Nor Tongkoi!.

Anonymous said...

Ini kelas 6 sc 1. kelas fizik. Ada 2 mak dara.

Anonymous said...

Mana satu yang betul. Razak K kata ni gambar 6 Sn 2, Baharudin kata 6 Sn 1. Gambar awak berdua dari kelas yg sama. Siapa nak sahkan mana yg betul.

Anonymous said...

Mokhtar Saleh pernah jumpa saya atas urusan resmi. Dia kerja Petronas Tg Kling, tak tau kalau dah pindah tempat lain ke. Mokhtar Ahmad tolong kesan dia, sama2 kerja Petronas.

Dah lupa... said...

6 Sn 1 ke 6 Sn 2?. Dahlah tua, lupa pulak tu. Jangan sampai nak ke Air Keroh besok, pergi ke Hitam. Nasib koranglah....

md jadi said...

Diorang ni pakat nak glamer aje. Asal nak bergambar aje semua nak mencelah. Bukan kira 6Sn1 ke 2 ke, tak gitu geng? Aku rasa 6 sn2 ni.. aku pun lupa.

LOMAH DEN said...

Setelkan problem, talipon cikgu kelas masing2. Apa punya orang kamu 6 sains.

hayati said...

Saya dah buat soal siasat. Disahkan ini kelas 6 Sns 1. Kelas yg paling nakal dalam tkn 6, dan murid yg paling nakal dalam kelas ni? Cuba teka.

oraang batang ai said...

Ti nama bapa orang tu larut bin lambat

keturunan hang li po said...

Aduh, apa betul akukah itu?