ROHAYA DAN ROHANA SENIOR PENYAKAT

"Penyakat" itu bahasa orang utara. Petang ini saya terima emel dari adik junior kita dari Tingkatan Enam Bawah 78. Ya, Zaini Kamarudin, kini Hajjah Zaini. Beliau masih terasa "manisnya" deraan oleh si Penyakat Rohaya dan Rohana. "Jahat" betul kau berdua ya, menyakat Zaini sehingga kini beliau terkenang-kenang. Hayatilah cerita dari e-melnya:

Salam bang Ali,

Maaf dipohon kerana saya tumpang melihat blog munshiabdullah78 untuk sahabat2 6 atas 78.. Sabtu lepas saya dapat sms dari sahabat baik saya wahid razak dari penang maklumkan mengenai blog tersebut. Jadi saya cube2 untuk melihatnya. Rasa-rasanya ada juga topic mengumpat kami budak2 6 rendah sains 78. Mungkin abang2 dan kakak2 senior dah x ingat saya lagi.. saya Zaini Kamarudin bekas pelajar 6 rendah sains tahun 78 dulu. Kami budak2 kelas 6 rendah sains dulu rasanya tentu abg2 & kakak2 tahu kami ni kurang aktif dan segan untuk bercampur dengan senior. Tetapi kenangan kena buli dek senior tetap dalam kenangan ha.. ha.. lebih-lebih lagi kat asrama puteri kerana saya freshie pertama yang masuk asrama puteri.. Lunyai kena keje dek kak rohaya dan kak rohana kat tingkat 3. Kecut mecut bila dengar suara dia orang tu.

Macamane pun terasa rindu dengan suasana tersebut. Sekarang dah tua2 ni terasa lucu pun ada, anak-anak saya pun ketawa gelihati bila saya ceritakan kisah saya kena buli seperti kena joget cak kun cak (bila lori gendang cina lalu nak pergi jelutung) untuk dapatkan tandatangan dia orang.. Cerita untuk dapatkan tandatangan ni.. di sekolah pula yang suka buli tu abang Zaini Samani sebab nama kami kan sama, jadi dia selalu tanya kenapa nama saya ‘Zaini’.. sampai saya takut nak mintak tandatangan dia. Jangan marah abang zaini, itu cuma kenangan lama (jangan simpan dalam hati), He.. he. Nasib baik ada abg Abdullah Wahid tolong dapatkan tandatangan kawan2nya.. lega sikit.

Seronok + terharu + gembira tak terhingga rasanya abang2 dan kakak2 senior ada juga blog untuk melepaskan rindu mengenang kembali zaman persekolahan dulu. Saya sendiripun kurang mengingati senior2 ni.. Apa khabar kak rohaya, dulu (waktu baru lepas persekolahan) ada juga dia dan wahid datang ke kampong saya di Sungai Petai, Alor Gajah. Saya juga masih ingat kak rohana, kak mastura, kak nyarose, kak Jan, tapi abang2 senior saya kurang ingat al maklum lah kami dulu takut & segan nak tegur abang2 senior.

Akhir kata tahniah kepada abang ali kerana berjaya menyambung hubungan silatulrahim antara rakan-rakan semua. Semoga usaha murni abang itu memberi nafas baru kepada kami yang terasa terpinggir dari rakan-rakan lama.

Sekian, salam rindu dan ceria untuk semua.

Demikianlah emel dari Zaini yang menghimbau kenangan lama.Saya ingat sekali nama Zaini ini tetapi mungkin tak kenal jika terjumpa. Yang lelaki pun tak kenal, jika sudah 30 tahun tak berjumpa, inikan pula yang perempuan.

Bak kata Aziz Desa, Yang jauh kita dekat-dekatkan. Yang dekat kita mesra-mesrakan. Alangkah indahnya jika perjumpaan bekas pelajar Munshi 78 nanti, juga melibatkan adik-adik junior kita. Yaahoooo

1 comments:

Unknown said...

Masa tu siapa tak kenal nenek kita yang sorang ni. tapi semalam bila dengar suaranya sejuk hati tak macam tahun 78