Cara menulis dalam comments:
1. Klik comments.
2.Tulis catatan anda dalam kotak.
3. Klik name/url diruang kotak kecil tu.
4 Isi nama anda di ruang name.
5. Klik continue.
6. Klik post comment.

Salah seorang dalam gambar ini ada seorang senior ketika engkorang 6 Rendah.
Inilah gambar AJK Asrama Putera SMMA 1978, tampan belaka. Gambar dari koleksi Md Jadi Larut.
Md Jadi menjadi penyelamat maruah 6 Sains 1, SMMA 1978 kerana beliau masih menyimpan gambar kelas berkenaan.


Ini lapuran Mansor Kasim selepas kacau Razak Kanapiah:
Hanim berjaya bercakap dengan Jamilah Hashim 6 Sastera 2 sebentar tadi. Jamilah tinggal di Putrajaya seperti yang dijangka oleh Basir tempohari.
Seorang lagi calun ahli syurga. Nampak semua anaknya puteri sahaja. Sebelah ialah gambar Saari Mat Jelas, 6 Sastera 1. Saari tak sempat bergambar dalam kelas 6 Sastera 1. Geng semazhabnya ialah Zakaria Jaafar, Mat Aris dan Mokhtar Ahmad; lambat joint 6 Atas. Yang hairannya saya ingat Zakaria, Aris dan Mokhtar tetapi lupa langsung akan nama Saari. Tak patut sungguh saya. Sori ye Saari. Nanti saya belanja pasembor Penang.
Menurut Saari, Salamah Nekmat 6 Sastera 1, kini bertugas di SK Ramuan Cina Melaka. Harap Norsir pastikan ya..
Ada 4 orang geng Munshi 78, yang jadi Polis.
Keempat, Baharudin Baba, 6 Sains, kini di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Oleh kerana sudah ramai yang bercerita hal-hal berkaitan dengan Cikgu Mat Daud, maka saya pun nak bercerita hal saya dengan dia pula. Jeng jeng jeng...
Semalam Mohd Razak Kanapiah menghimbau kesah lamanya dengan Mahadi atau Md Jadi Larut, 6 Sains SMMA 1978. Baca emelnya:
Saripah Nuri kembali menyaingi Basir untuk menjejak rakan-rakan kita yang ghaib.
Assalamualaikum wr. wb,
Bila saya baca kisah kena rotan beramai-ramai saya pula nak luahkan perasaan saya sebab kena buang asrama tanpa kesalahan. Kejamnya Warden asrama pada masa itu Cikgu Rosti.
Ceritanya begini. Pada suatu malam di hari-hari terakhir kita menduduki peperiksaan STPM 1978, Cikgu Rosti masuk ke setiap dom. Tujuan dia masuk ke setiap dom itu ialah untuk mencari siapa yang menghisap rokok. Ketika dia masuk ke dom saya, adalah beberapa orang rakan dalam tu. Kami tidak menghisap rokok dan kehadiran Cikgu Rosti tidak digentari. Kami selamba aje.
Cikgu Rosti bertanya ada sesiapa yang menghisap rokok dalam dom ini. Kami jawab tiada. Kemudian dia tanya saya "Awak ada menghisap rokok?" Saya jawab ada Cikgu, sekali sekala. Masa bila awak menghisap rokok?, tambahnya lagi. "Lepas makan, kadang-kadang lepas minum", jawab saya bersahaja. Bila dia mendengan jawapan saya dia terus buat keputusan "Awak dibuang dari asrama".
Saya tidak menunjukkan reaksi takut dengan hukuman itu. Sebabnya masa itu hanya tinggal satu atau dua kertas STPM yang belum saya duduki dan saya boleh berulang dari rumah dengan motorsikal. Keesokan harinya saya kemas barang saya dan sayapun meninggalkan asrama. Ada beberapa orang rakan yang menyaksikan peristiwa tersebut dan mereka bersimpati dengan saya sebab saya tidak merokok semasa dia datang ke dom. Dia bertanya sama ada saya ada merokok.
Pada hari penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang, setelah saya menerimanya dan keluar dari dewan saya terserempak dengan dia. Saya tidak menegur dia dan tidak menunjukkan reaksi benci terhadap dia. Itulah kisah saya.
Kalau nak kenal saya sekarang ni, ada gambar Pak Haji yang saudara Basir poskan dalam Blog ini. Gambar diambil ketika saya, Saudara Ali dan Saudara Basir minum di kawasan Cheras baru-baru ini. Mereka berdua yang minta saya ceritakan kisah kena buang asrama ini.
Wassalam.
Haji Zakaria Haji Jaafar.
Jadi jujur pun payah juga ya. Makan tuan. Ha ha.
