CIKGU KITA PUN DATANG REUNION

Setakat ini kekawan Munshi kita sudah berjaya menghubungi Cikgu Rashid dan Cikgu Hasan Jaalam. Mohd Amin dan Rani Embi sudah bercakap dengan mereka. Hanya Cikgu Jaafar yang masih belum dikesan. Harapnya rakan-rakan di Melaka dapat menjejaknya.

Reunion besar-besaran hanya bermakna dengan kehadiran bekas guru kita ini. Baru umph. Jangan ada yang melompat-lompat depan mereka macam tahun 78 sudah le. Ha ha.

Oh ya cikgu Mohamad Daud macam mana ya. Walaupun tahu mereka tinggal di Taman Seri Mas, Batu Berendam, tak ada siapa yang berjaya menjejaknya. Tarak patut u orang semua.

Mastura akan siapkan hadiah khas untuk 4 orang guru kita tu. Harapnya special le. Jangan kau buat lupa dah le Mastura oi.

Kita kena hadir jam 10 pagi untuk berkenalan antara satu sama lain. Cikgu-cikgu kita akan hadir jam 11. Majlis perbarisan mengenal murid akan dibuat. Ketua kelas Haris dan Yaakob kena hafal nama bekas pelajar untuk diperkenalkan kepada guru kita tu. Jangan malukan company jika tak hafal nama nanti. Ha ha.

11 comments:

orang gurun said...

Oh kalau kelarga cikgu Jaafar masih ada di duyung. Anak buahnya Faridah Khalid dudlu tahun 1998 pernah mengajar di sekolah Men. Air Molek. Alah junior kita juga.

ALI MAIDIN said...

Melake mane ade gurun? Ha ha ha

mastura said...

Orang gurun ni mesti orang pelarian , dia takut dikesan oleh Mejar Basir.. Jangan tak tau semua rahsia ada ditangan Ali dan Basir. Hantar je jet berani mati kat orang gurun ni .. Keluar lah dia. Hai Roy dan Hasnah jadi orang apa pulak? Sembunyi...

orang gurun said...

Salam cikgu Mastura
Saya bukan orang pelarian lah, orang Malaysia. cuma sekali-kali nak tanya cikgu takkan tak tak ingat gurun yg paling panas di dunia .Aca..acah dah tua ni biau lebihkan manis dalam fikiran(masa tgk blog) kurang gula dalam makanan. Itu belum lagi buangkan garam dlm masakan tambahkan ingatan dlam tulisan.....cantik tak

cikgu mastura said...

Gurun yang paling panas Gurun Sahara.. ka ka ka Entah2 beranak musim panas... Senang dikesan oleh Cikgu ni. Dah naik darjah ke ? Dah pandai komen buat nama samaran lagi... Caya la .Gara-gara orang tua 50an ni berblog, bukan anak tuan Ali je jelous anak saya pun binggung tengok emak dia.. Buang tebiat kat komputer... Jumpa di reunion...

UK said...

Hei cikgu Mas, Hasnah dan roy sembunyi dalam selimut comfort..bukan selimut putih tau....

mastura said...

Hasnah tu senyap ada makna. Buat kata Razak Husin "tak tahu komen rupanya" ha ha ha

Zolkaply Yunus said...

Tak nak jemput Cikgu Rosti Mistam, cikgu Razalli Baharom dan Cikgu Razak Che Ngah ke?

Mat Spy said...

Rosti dan Razali bukan guru kita, just warden aja.

razakhussin said...

Aku tak kisah dengan cikgu yang lain kerana tak banyak kenangan. Aku cuma rindukan cikgu Md. Daud aje. Kalau dulu marah,benci,meluat tetapi dah tua-tua ni bertukar pula kepada rindu,kasih,sayang dan rasa bersalah le pulak! Apalah hadiah yang patut aku bawakan untuk Cikgu Md. Daud ye?

hasnah said...

Razak /mas/UK ..pandai kau kata aku tak tau komen le, menyorok le ye ,Buktinya sekarang aku dah pandai tau, Apa pun TQVM pada kau orang semua sebab cabar aku macam tu tau.. nasib baik le cepat pandai walau umur dah sebegini..