ADA PENGINTIP OI

Ini lapuran terbaru dari Norlida Baba melalui emelnya pada malam tadi:

Salam kawan2.

Siang tadi saya menerima panggilan dari adik kita yang paling junior. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Fauziah Nikmat yang ketika itu berada di tingkatan 1 khas dan sedorm dengan saya. Saya ingat2 lupa maklumlah.......Tapi terus mengaku mengenalinya, beliau begitu teruja dan cemburu kerana rakan seangkatan kita 78, mempunyai blog dan bakal mengadakan reunion.

Katanya dia sering mengikuti blog kita,beliau juga membayangkan betapa kita tidak sabar untuk bertemu di reunion yang tentunya meriah.Beliau juga berharap rakan2 seangkatannya dapat mewujudkan blog agar dapat berkongsi cerita dan mengibau kembali indahnya zaman persekolahan.

Disini saya turunkan number telefon pejabatnya 0322821634 di bangsar. semoga dengan ini rakan2nya yang terbaca blog ini dapat menghubungi beliau dan seterusnya menjalinkan semula sillaturahim sesama mereka.Kita jumpa nanti di reunion 10 mei.. InsyAllah...

NORLIDA BT BABA


Tak sangka ada pengintip blog kita ni ya. Nasib adik junior kita. Moga-moga ramai lagi pelajar Munshi yang membuat blog rakan seangkatannya. Selepas itu kita boleh buat satu lagi HIMPUNAN BEKAS MUNSHI YANG TERBESAR PULAK. Ha ha.

1 comments:

mansor said...

Ali ni nampaknya dah dapat sayap burung hantu. Kalau kau orang tak caya cuba kau orang tengok masa postingnya pukul 2.02 pagi. Keras sungguh usaha moderator kita ni... tahniah. dan untuk pengetahuan semua keahlian reunion kita semakin bertambah, kerana tadi aku dah dapat bercakap dengan Mat Noor Tongkoi @ Mat Noor Salleh (019 6279443). Dia sekarang ni mengajar di Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau. Dia berjanji akan datang ke reunion kita nanti. Jom kita serang dia ramai-ramai. Basir, kau cuba dengan M16 dulu. Kalau dia mengganas, suruh Adam lepaskan gas pemedih mata. Dan kalau dia bertahan, tanggungjawab majezan pulak untuk hantarkan anthrax. Amacam.... ok tak....