AZIZAH MOHAMAD YUNUS DAH RESPON

Azizah Mohamad Yunus, 6 Sains 2, sudah menyahut dalam blog ini melalui komen dalam posting bertarikh 24hb April. Ini komennya:

Zah skrg berada di Kuala Terengganu. Sesiapa datang melancung ke sini bolehlah hubungi Zah - 09-6173371 / 013-9517802.

Selepas Zah masuk Maktab Perguruan Persekutuan, P.Pinang, Zah balik mengajar di Sek.Men. Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam selama tiga tahun ttp tak jumpa pun kawan-kawan SMMA. Mungkin masa itu masing-masing sibuk dengan membina kerjaya kut.

1983 - Zah berpindah ke Negeri Sembilan sbb bapa pencen polis. Masa itupun zah sudah berkahwin dan suami sambung belajar diUKM, Bangi. Bila suami habis belajar, Zah dah ada 3 anak, nak sambung belajar pula tak dapat sokongan suami jadi tak tercapailah cita-cita nak masuk U.

Skrg ini bagi peluang pada anak-anak sahajalah, Zah ada 6 orang anak:

- anak sulong skrg bertugas di TUDM, Kuantan sbgai Pegawai Logistik ( Sains Komputer)

- anak kedua perempuan Berkerja di Proton Tanjung Malim ( Kejuteraan Mekanikal),

- anak ketiga lelaki masih di UITM, Shah Alam ( Kejuteraan ELetrik dan Eletronik),

- anak keempat lelaki belajar diUIAM, Kuantan ambil bidang Farmasi,

- anak ke lima masih di Sek. Teknik Kuala Terengganu ( tkn 4 )

- yang bongsu perempuan berada di tkn. 2 sekarang.

Catatan ringkas perjalanan hidup:

1980-1982 - di Sek.Men. Agama Sultan Muhammad , Batu Berendam.

1983 - di Sek. Men. Bahau.

1984-1988- di Sek. Teknik Juasseh,Kuala Pilah

1989- 2002 - di Sek. Men.Keb. Datuk Mansor, Bahau

2003 - pindah ke Terengganu ikut suami pulang ke kampungnya sehinggalah sekarang.

Zah pernah bercakap dengan senior SMMA 76 (kawan-kawan Kakak Hamidah) minta mereka tubuhkan alumi SMMA, Zah tak tahu yang SMMA78 ada blog dah, nasib baiklah Hayati dapat hubungi Zah dan nyatakan tentang blog ini.

Macamanalah agaknya bila berjumpa kawan yang telah lama tidak bertemu? tak boleh nak bayangkan gembiranya, ttp Zah yang bersedih kerana tak dapat join bersama, next time cubalah arrange masa cuti sekolah.

Selamat berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Satu lapuran yang penuh. Dr Majezan dan Yahaya Ghani pun belum bagi report penuh. Ha ha.

Gambar: Berdiri berdiri dari kiri: Salmah Taib, Noraini Rebo, tak tau, Raduan Mohamad, Kavari Kavandan, Mat Sirat Abu, Fauzi, Mohd Nor Salleh, Lee Guat Hoon, Rashidah Mat Dawi, Azizah Yunus.

Duduk dari kiri: Norlaila Dewa, Jamaliah Mohd Yusof, Hamidah Daud, Mokhtar Salleh, Cikgu Law Wai Yee, Hamdan, tak tau, tak tau, Hawa.

3 comments:

zolkaply yunus said...

Ada dua lagi kawan-kawan yang tak tau tu! Mari kita cari. Hai budak-budak 6Sains2 tu, buat homework lah sikit.

ALI MAIDIN said...

3 bib

mastura said...

Yang saya masih ingat sebelah Hawa tu namanya Junainah dia budak jasin.. Razak K tak kan tak kenal.Dia satu dorm dengan saya kitaorang pangil dia june