SAMPAI DI SINI SAHAJA

Sampai di sini sahaja usaha kita memburu rakan Munshi yang hilang. Tetapi jika terjumpa sesiapa di mana-mana, sila buat lapuran ke blog ini.

Sah sudah 80 orang yang akan hadir ke Majlis Reunion Munshi 78 pada 10 Mei di Air Keroh Country Resort, jam 10 pagi. Pendaftaran mulai jam 9.30 pagi. Tetamu khas yang pasti ialah Cikgu Rashid dan Cikgu Hassan Jaalam. Kita tengah mencari Cikgu Jaafar yang pemalu tu.

Bila sampai di hari reunion nanti, anda jeritlah nama anda sendiri. Tak siapa nak marah. Tak payah kita sibuk bertanya. Kalau boleh Mokhtar umumkan melalui pembesar suara. Yang dah ada gambar dalam blog bolehlah kita kenal. Yang masih malu-malu dan tak reti hantar gambar ke blog ini, mampus kita tak kenal jika terjumpa. Maklomlah sudah 30 tahun lebih.

Yang bawa suami atau isteri perkenalkan suami dan isteri anda itu. Yang pasti anda tidak berpeluang melihat wajah isterinya Mohamad Amin. Beliau berpurdah. Namanya Mashita. So, jika jumpa nanti, terus menyapa wanita ini "Khaifa ya ukhitie". Ha ha.

Suami dan isteri bekas pelajar Munshi bersedialah dengan histeria yang akan melanda suami dan isteri anda itu. Biarkan mereka gila sebentar. Ha ha ha.

Sahara bertanya "mengapa engkau begitu terpanggil membuat reunion budak Tingkatan Enam ini Ali oi, walhal engkau ada ramai rakan-rakan di U dulu". Payah untuk saya menjawabnya. Hanya hati saya sahaja yang tau menjawabnya dan tak mampu diungkapkan dengan kata-kata atau tulisan. Saya akan cuba lafazkan pada 10 Mei nanti. Biar misteri mengapa reunion ini diadakan.

Dan soalan saya kepada anda "apa, selepas reunion ini". Fikir-fikirkanlah.

Sementara menunggu 10 Mei, dengar lagu ini.

12 comments:

hayati said...

Saya akan buat jemputan rasmi dgn sms kat kawan2 79 org, termasuk 4 org yg tak bayar lagi tu. Siap sedia le apa yg patut utk reunion ni.

zolkaply yunus said...

Syabas dan tahniah anda sekalian (Ali, Mokhtar, Basir, Hayati, Marhamah, Zakaria, Mansor, Abdullah-Abdullah, Md Jadi, Karim, Kamaruddin, Jaamat, Johari, Shaari....

zolkaply yunus said...

Ali/ Hayati Yusof Che Mat dan Moktar Salleh confirm datang, saya dah telefon Yusof dan jumpa Mokhtar di Masjid Tanah. Radhuan pula kata InsyaAllah, sebab 11 hb Mei dia nak hantar anak ke Matrikulasi Kedah. Razalli pula tak jawab call aku.

basir said...

Kwan2 pompuan ada slot Vedio Klip Tinggal kenangan,Kou orang jangan menangis tau. tunggu........

mansor said...

Rasa-rasanya dengan kehadiran yang dijangka seramai 75 orang yang akan berkumpul selepas 31 tahun; ianya merupakan satu kejayaan yang rasanya tak mungkin akan berulang. Tahniah diatas usaha tanpa mengenal jemu, melalui sms, email blog dan lain-lain medium untuk menerang, mengajak, memujuk kekawan untuk berkumpul. Kepada Ali, yati, basir, suhdi, zol, karim, amin, mastura, hasnah dan lain-lain yang tak dinamakan tahniah dan syabas diucapkan. Rasanya sukar untuk kita mengulangi kejayaan dan peratusan penyertaan yang tinggi dalam reunion kita yang akan datang tanpa semangat jitu yang ada pada mereka dikekalkan. Kekawan semua, terutama moderator utama saudara LensaPR, semoga usaha ikhlas saudara akan diberkati Allah swt.

mastura said...

Terharu saya membaca semua ini. Ubat yang paling mujarap ialah apabila derita kita di dengar dan dikongsi oleh seorang sahabat.. Persahabatan adalah lebih hebat dari perasaan cinta.. Buat kata Razak Kanapiah reunion ni bukan makan yang di utamakan tapi pertemuan..Semoga Allah pertemukan kita semua.Ali pernah mencabar saya bila saya cadangkan reunion ini selepas reunion 1feb di rumah Rohana, Cari 5O baru boleh buat..Ali We can do it.. Geng2 di melaka Tahniah..

mansor said...

Tahniah juga kepada semua kekawan kita tak kira dimana berada, samada geng KL, geng Melaka dan geng2 yang berjaya mengesan jejak bekas-bekas pelajar tingkatan 6 tahun 78. Rasanya untuk mengumpulkan sekian ramai bekas pelajar bukan satu usaha yang mudah. Dan sebenarnya niat kita semua yang ikhlas untuk merapatkan silaturrahim telah dipermudahkan oleh Allah SWT.

basir said...

Kehadiran keramat 78 orang sama tarikh keramat MUNSHI78.Itulah ketentuanya.

Orang Gurun said...

Ye betul tu Basir. Macam di rancang. Ha inilah ketentuannya. Da tak tau lagi apa nak cakap .Kita doalah sama-sama semuga ari tu nanti adalah permulaan yg baik untuk kita rancang sesuatu yg baik. Ha AJK mka apa kata you all sediakan borang soal selidik . Minta pd Yati maca borang penilaian kursus Peserta. Jadi AJK tau sejauh mana berjayanya reunionni. Itu pendpat saya kalau setuju. Ali apa pdpt.?

mastura said...

Alah orang gurun ni tak payah lah nak soal selidik. Pertemuan ini santai dan tak ada protokol pun.. Kita semua jadi tuan rumah .. Ini majlis kita.. Biarlah ia mudah dengan izin Allah..Kita banyak sangat majlis resmi dan skema.. Kali ini kita borak2 dan ketawa2 je.. Tak payah nak nilai2..Tak gitu

Razak Kanapiah said...

Apa? Bo..rang? Ada, jangan bimbang. Cukup! Mansor tak payah bawak mesin fotostat.

kaum hawa said...

Hai Mansor dan Razak jangan nak mengisi borang, di sumpah dek kaum hawa angin amar sebelah pinggang ke kaki . Ape pun tak guna. Jangan lupa razak Doa orang perempuan lebih makbul dari lelaki.. Buatlah sunnah2 yang lain selain dari mengisi borang tu..He he he