ESOK HI TEA DI RUMAH SHAMSUDIN

Esok jumpa geng 14 Munshi 78 di rumah Hj Shamsudin Yusof, 6 Sastera 2. Semuanya saya sudah jumpa sejak berpisah dengan mereka pada tahun 1978 dulu kecuali Maznah Asnawi. Entah saya kenal entahkan tidak.

Senang saja nak kenal Maznah esok. Muka mana yang saya tak kenal itulah Maznah kerana semua yang lain dah dikenali. Ha ha.

Maznah adalah orang yang cepat menjawab talipon jika kita menaliponnya. Saya suka orang macam ini, kerja dan objektif kita cepat tercapai. Kita bukan nak sembang lama-lama, menghabiskan bil aja. Apa yang terlintas di hati kita, mau disettlekan segera, maka kita menalipon untuk dapat jawapan segera. Hairan sungguh, dah umur 50 tahun , sukar sekali untuk menjawab yes or no. Saya suka mendapat jawapan segera walaupun saya tak suka dengan jawapan itu kerana kita mahu atur strategi lain pula. Fasal itulah saya berhenti kerja kerajaan kerana nak minta cuti tanpa gaji 3 bulan pun tak boleh. Ha ha ha, bukanlah nak sangat berniaga sekarang ini.

Esok, Maznah akan bawa koleksi gambar tahun 78. Kali ini gambar siapa pula yang akan kita ketawakan bersama-sama. Wooo

5 comments:

hayati said...

Ada kengkawan yg tak jawab panggilan tel sebab hp silent, dlm hbag & simpan dlm laci pulak tu. Bila tengok ada mcall tak reti nak trace sapa yg kol. Kalau terima sms tak reti nak reply, sebab nak tekan huruf a dpt no 2. Nak buka blog ni pun kena ada yg standby kat sebelah. Saya nak buka satu table masa reunion, nak ajar mana yg tak tau lagi. Tapi ade ke yg nak mengaku tak reti pada hari tu nanti walaupun pembelajaran FOC?

ALI MAIDIN said...

Ada lagi makhluk macam tu lagi ke. Penat YB Mat Sirat buat cyberjaya. ha ha ha.

mansor said...

Tak pe kekawan, pelan-pelan... takut nanti kalau semua dah pandai berblog, tak terlayan pulak 'blog master' nak manage blog kita ni...

ALI MAIDIN said...

Hari ini jumpa kawan yang langsung tak mahu pakai HP lak. ha ha

Anonymous said...

Sabarlah wahai yati jadi pengurus memang lah susah , lebih2 lagi yang da longar urat2 kepala, ingatan dan mata pun da kabur.. Bengal dan pelupa.. Jangan harat yang hebat2 dari reunion ni yang penting pertemuan bukannya yang lain .. Seadanya...