3 PAK CIK 6 SASTERA 1 TAK HADIR

Hanya 3 orang Pak Cik 6 Sastera 1 yang dijangka tak dapat hadir ke majlis reunion Munshi 78. Mereka ialah:

1. Zakaria Jaafar kerana ada kenduri kahwin di rumah iparnya.

2. Mazlan Ahmad yang terlalu sibuk dengan kerja luar, mengalahkan Menteri Penerangan.

3. Anuar Mohamad yang sukar dihubungi.

Harapnya Rani atau Karim mengheret Anuar Mohamad ke Air Keroh nanti. Manakala Basir dan Adam kena gunakan trak FRU untuk mengepung dan mengangkut Mazlan. Tidak ada pilihan lain. Malulah saya dengan Zainudin yang sanggup datang dari Baling tu...

Mak Cik 6 Sastera 1, tertaklok dengan program suami atau keluarga masing-masing, payahlah nak adjust dengan program kita ini. Apakan dayaku....

11 comments:

Zolkaply Yunus said...

Aku setuju Mazlan diangkut dengan Trak FRU. Trak tu tompeknya lueh. Raduan, Adam dan Baharuddin boleh uruskan.

Basir said...

Aku cadangkan rembatan/gesaan terakhir ini diuruskan oleh KETUA KELAS 6 Sastera 2 YAAKUB OTHMAN. Sahabat kita ni senyap sunyi selepas kali terakhir menghantar email pada 12 dan 14 Feb 09. Agaknya guru Besau SK Air Keruh ni sibuk sangat kot.Kita soalsiasat dia 10 Mei nanti.

hayati said...

Saya dpt kontek Anuar Mohamad. Tel pejabat Risda 06-2834611. Mungkin dia hadir reunion ni. Mazlan memang tak leh dtg, kena uruskan majlis rasmi di KL hari tu.

Anonymous said...

hari minggu pun mazlan ada keja juga. Kena buat aduan pejabat buruh ni. Zalim....

Ab.Karim said...

Saya pergi rumah Datuk Anuar di Bukit Lintang,Datuk Rani,Datuk Mohd Khan,Datin Maria boleh membantu sama kerana mereka ini tinggal berdekatan.Jaamat dan saya ada hubungi dirumah tapi iteri nya angkat telipon.Kenapa Anuar tak beri no talipon tangan nya.

hayati said...

Anuar tak pakai hp, sebab tak nak gangguan macam ni le. Tel pejabat dia je esok.

hasnah said...

yati..kalau tak silap aku le ..si anuar ni masa sekolah dulu dia ni smart'kan. Geng naik bas dengan kau kan..teruna tampan masa tu, jalannya bersopan je.. tapi aku rasa Ali masa tu lagi manchooooo......

hayati said...

Wpun tak sekelas, saya memang cam mereka, tapi diaorg memang tak cam saya. Sayakan low profile, tak glamor, sapa le yg kenal. Lainlah si teruna tampan & yg macho tu, serata alam kenal mereka. Hehehe.

mansor said...

Sebentar tadi dapat bercakap dengan Mat noor Salleh @ Mat Noor Tongkoi. Dia berjanji akan datang hari reunion kita. Nombor telefonnya dapat dari Yusof Che Mat. Lepas ni kerja kau pulak Yati untuk kutip duit. Kerja aku kira selesai....ha ha ha
no tel mat noor 019 6279443

saari md. jelas said...

salam...gua tabik spring kat u Mansor..aku dah lama nak cari Md. Nor ni...Md. Jadi, Imam Zol bila kita nak belasah Md. Nor ni....untuk Yusuf Che Mat terima kasih banyak2.

ALI MAIDIN said...

Hangpa budak sains duduk satu gua pun tak pernah terjumpa antara satu sama lain. Muka dah berubah baru nak cari. ha ha ha.