KENANGAN SILAM 6 SAINS 2

Dalam kelas 6 Sains 2, ada seorang gadis tionghua tetapi siapa namanya ya...

Ishh, walaupun ramai jejaka Melayu dalam kelas sains, tak dapat memikat sang gadis Cina ini ye. Ha ha ha

2 comments:

Anna said...

Memang ada seorang murid Cina se angkatan kita tapi dah lupa namanya. Dia tinggal di Paya Rumput. Rumahnya rumah kedai di tepi jalan besar pekan kecil Paya Rumput. Ana masih ingat dia kerana pernah berbual dengannya dalam bas masa Ana balik Tampin. Roy,Fauziah,Jamilah dan Arbaiyah takkan tak ingat kot..

Adzizah Mohd Yunus @ Yunus 6 Sains 2 ( 78 ) said...

gadis cina itu namanya Lee Guat Hon Budak Rumbia, tak silap saya (Adzizah ) yang mengambil gambar tersebut.
emel - adzizah1959@yahoo.com
saya keluar dari SMMA 78 kerana masuk ke Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang. sebelum sempat mengambil STP( 78)begitu juga dengan Lee Guat Hon( Maktab Perguruan Lembah Pantai) dan seorang lagi Rashidah Md Dawi( Batu Gajah, Jasin )juga memasuki Maktab Perguruan Persekutuan , Pulau Pinang.Kami bertiga dari Kelas 6 Atas Sains 2.Saya dan YB Mat Sirat merupakan pelajar SMMA sejak dari tahun 75.masa di tingkatan 4 & 5 satu kelas dengan Hayati Harun dan Sarifah Nuri Ahmad .Saya sekarang menetap di Kuala Ibai, Kuala Terengganu(2003 hingga sekarang )
Tamat latihan Perguruan saya mengajar di SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam (80-82),SMK Bahau (83)S.Teknik Juasseh, Kuala Pilah (84-88) SMK Datuk Mansur ,Bahau (89-02)pindah ke Terengganu mengikut suami, SK Chendering (03) SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang (04-06 )dan sekarang Di SK Sentol Patah,Marang.Akhir Tahun mohon pindah ke Kuala Terengganu sebab dah lama berulang jauh ke daerah lain.Semoga dapat balik mengajar di SK daerah Kuala Terengganu pulak.
Teringin juga nak join rakan di Melaka ttp 10 Mei adalah hari persekolahan di Terengganu. Kirim salam pada semua rakan-rakan yang sempat hadir pada hari tersebut.Kalau umur masih panjang mungkin kita dapat berjumpa nanti.Cubalah buat perjumpaan reunion pada musim cuti persekolahan.