JEJAK PERJALANAN MANSOR KASIM 6 SAINS 1

Baru hari ini sahabat kita Mansor Kasim, 6 Sains 1, SMMA, mengemelkan gambar familinya. Ada seorang puterinya tidak ada dalam gambar ini kerana sedang belajar di Peranchis.

Ini sebahagian catatan hidup beliau selepas membebaskan diri dari Munshi pada 1978:

1979 - 1980 - memasuki Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. (sama maktab ngan Aziz Yasin)
1981 - 1990 - mengajar di SMJK Slim River, Perak.
1991 - 1996 - mengajar di SM Simpang Bekoh, Asahan, Melaka. (sama ngan Kavari)
1996 - 1999 - USM (Buat Ijazah Pertama)
1999 - 2004 - Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah. (sama ngan Razali Baharom)
2005 - 2006 - UKM (Buat Master dalam Pendidikan Sains)
2006 - hingga kini di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu,
Melaka. (nama baru bagi MPPM).

Selain Zolkaply, Mansor adalah antara geng sains yang aktif menjayakan program reunion kita ini. TQ Brother. Nanti saya belanja rokok daun. Ha ha ha.

12 comments:

zolkaply yunus said...

Mansor ni diam-diam rupanya banyak anak dara. Meriahlah kampung aku ni nanti di Bukit Apit.

basir said...

Kawan2, Aziz Yasin dah pandai komen/proaktif serta dia merayu supaya mazlan Ahmad datang(rujuk)artikel - Mazlan Ahmad pusing Malaya. Si Mazlan ni kalau kau tak datang juga kita kena hantar ASP Adam/ASP Raduan/ASP Baharudin tangkap/Gari naik Black Maria terus ke Majlis REUNION 10 Mei 09. Ikut cara aku guna 'Blanket Party'.

ALI MAIDIN said...

Aziz antara sahabat Munshi yang ramping, senyum and coll....

majezan said...

Pada geng2 munshi78,ini ada formula untok kegunaan kita,sbb ramai yang risau ttg berat badan masing2,jan mara!!!!!!!
Biasanya kalau jumpa dr atau ahli pemakanan,mereka akan cakap pasal B.M.I yg kadang2 mereka pun tak faham apa gunanya,kita lagi pening,sori!!!!

jadinya,ini ada formula yg boleh membantu kita
untok mengetahui berat badan idaman,

2
E=MC {Einstein belum jumpa lg formula ni}

E-expected body weight,the weight that u dream
M-MUNSHI constant,nilainya 23
C-tinggi,utk bdn kita ukurlah dlam meter

jadinya kalau tinggi kita 1.173m,maka expected body weight kita adalah

2
E=23x1.73
Expected body weight yg diidamkan 69kg

SELAMAT MENCUBA

majezan said...

sori,aku nak tulis E=MxCxC,Tapi jadi no 2 tu tknak dudok atas huruf C jadi toncet,Ali apa lagi,kau buatkan toncet 2 tu untok c.Yg ni anak aku belum ajar aku lagi.

hayati said...

Formula ni suai 10 tahun dulu, tak ikut perkembangan badan kita sekarang.

ALI MAIDIN said...

Ha ha ha formula saintifik pun tak laku ke?

Geng Fizik Kajang said...

Dulu E=mc kuasa 2 untuk buat bom atom, skrg ni untuk ukur saiz badan yang dah macam bom. E tu maknanya Emergency, mc tu makna ambik mc, kuasa 2 tu, "tak kuasa aku".

Anonymous said...

Gemok pun tak pe yati janji masih ada saiz untuk kita.. Rugi nak diet .. Semuanya lazat2 mana boleh ambik bau sahaja.. Kot2 bila kita gemok suami semakin sayang kat kita.. Dia kesian nak tinggalkan kita sebab gemok..Yang ramping2 tu semua kuat menggoda...

hayati said...

Dulu masa sain agreement depan tok iman, macam boleh buat sup je, sekarang boleh buat rendang. Baik punya baja kita dapat. Roy & Jamaliah jangan jelus le.

mansor said...

Kalau boleh buat rendang tak pe jugak. Ni kalau boleh masak asam pedas tetel aje nak buat ape...

hayati said...

Asam pedas tetel le yg paling sedap. Kalau tulang masak sup, larat ke nak mamah tulang je dgn gigi yg mula kurang. Minum le alpha lipid kalau nak kurangkan tetel kat badan. Maznah, saya promote produk awk. Ha..ha..