MESYUARAT KE 2 PERSIAPAN REUNION

Petang kelmarin, mesyuarat reunion kali kedua berlangsung di restoran Subadiah, Air Keroh. Kali ini ada geng baru yang datang iaitu Mohamad Amin, Aziz Mat Yassin, Saari Mat Jelas dan Md Jadi Larut.

Ada satu tan gambar yang Mansor dan Basir emelkan kepada saya pada malam tadi sehingga tak tau gambar mana yang nak dimasukkan dalam blog ini. Ha ha. Apa pun kita masukkan gambar kekawan yang jarang dilihat satu persatu.

Baris hadapan: Mohamad Amin, Saari Mat Jelas, Mokhtar Ahmad, Hayati, Marhamah, Isteri Suhdi, Suhdi.
Baris belakang: Zolkaply Yunus, Md Jadi Larut, Abdullah, Hj Hamsa- suami Hayati, Aziz Mat Yasin

11 comments:

zolkaply yunus said...

Bakal EXCO Melaka tahun......? Entahlah

Anonymous said...

Kau orang jangan lupa selain dari bakal exco yang ada dalam gambar ni, ada dua orang bakal speaker yang ada didepan yang tengah sibuk ambil gambar. Kesian Basir dan Mansor. Biasalah tugas jurugambar.

hasnah said...

Ralat: yang sebelah Suhdi tu,bukan saya le.. En lensaPR ..tu isteri Suhdi. Saya tak dpt hadir pada perjumpaan tersebut dan dah maklumi pada Yati.Utk Aziz dan Amin.. hasrat hati nak jumpa kalian berdua tapi belum diizinkan lagi..insyaAllah 11 MEI kot...

mansor said...

Kok tarikh reunion pun kau dah lupa Senah. Kan ke dah ditetapkan tarikhnya 10 Mei dan bukannya 11 Mei. kot-kot kau orang dah buat janji susulan untuk berjumpa pada 11 Mei nanti. Kalau camtu Aziz dan Amin kena renew lesen. Tambah 1 hari lagi...

Razak Kanapiah said...

Mansor masih dengan kamera TLRnya lagi. Pakai film saiz 20. Ingat tak Sor, kan engkau bawa kamera tu masa kita bertemasya 3 malam di Pulau Besau. Ambik gambau kamera letak atas pasir, eyeview dari atas. Dulu-dulu nya digital hebat juga. Ada ke kau simpan gambar2nya lagi? Yang pada aku dah hantar ke Arkib Negara.

ALI MAIDIN said...

Hasnah, dah betulkan. Dalam gambar tak perasan. Ha ha ha.

Anonymous said...

LensaPR madang je salah orang.. Bertukar orang lah, bertukar bapa lah.. Itu lah wali sogo.. Padang lain nampak lain..

ALI MAIDIN said...

He he, jangan tersalah pogang bini orang sudah le

mansor said...

Kau orang jangan salahkan LensaPR. Cuba kau bayangkan lensa yang dah 50 tahun, tentunya lensanya pun dah tak brapa clear. sikit-sikit silap tu adatlah...

Anonymous said...

Kesian LensaPR.. Masuklah bertanding semula .. Sah akan menang.. Kot2 bertanding dengan Yb Sirat.. Kita orang semua akan memangkah Ali.. Apa kata bertanding di adun batu berendam tanah tumpah reunion78.. He he

ALI MAIDIN said...

ha ha ha, aku jadi tukang ceramah cukup le. 25 tahun dalam politik, kasi peluang anak muda yang kini semakin ramai. Masa aku dulu ada jin saja di depan bila berceramah...