DI RUMAH BARU YB MAT SIRAT

Petang tadi geng Melaka berpakat ke majlis kesyukuran rumah baru YB Mat Sirat.

Aziz sahaja yang membawa isteri.

Yang lain nak berlagak bujang.

Kena klik gambar baru jelas.

Dari kiri: Karim, Johari, Basir, Jaamat, YB Mat Sirat, Zolkaply, Abdullah, Mohd Amin, Aziz dan isteri Aziz (sila teka siapa namanya)

Kesian Mastura tak dapat joint. Ha ha ha.

Sesungguhnya kelapangan masa untuk menziarahi sahabat juga satu anugerah Allah SWT. Bukan semua orang memperolehinya. Kalau tak ada mesyuarat tadi, saya angkut semua geng yang rumahnya di tepi high way KL- Melaka. Ha ha ha.

11 comments:

ab.karim said...

Semua Jejaka Yang Sweet 50 begitu kacak.Datu Mat Sirat Macam ??????? aja .Terima kaseh pada Datuk atas undangan.

zolkaply yunus said...

Kawan-kawan, Johari Mohammad juga akan mengadakan kenduri kesyukuran rumah barunya di Nyalas tak lama lagi. Katanya, menu utama mungkin daging rusa masak ...., ayam hutan masak lemak cili padi... Basir sudah setuju menguruskan jemputan.... Jangan tak datang ke rumah jutawan Nyalas ni... Balik kenduri, kawan-kawan akan dapat buah tangan...anak-anak pokok..

Ab.Karim said...

Saya berharap kepada Datuk Mat Sirat keraplah melawat kawasan kerana maseh ramai orang kita yang memerlukan khidmat Datuk.

Ab. Karim said...

Taniah kepada YB Datuk kerana begitu berjaya dalam kerjaya.Taniah juga kepada semua rakan kerana dapat menghidupkan foram ini khasnya pada Saudara Ali,Puan Hayati,Tuan Bashir,Tuan Zakaria O,dan juga kepada semua rakan yang telah memberikan sokongan yang padu , tidak lupa juga kepada YB Datuk yang banyak memberikan kerjasama dalam perkara ini.

Jiran Nyalas said...

Johari offer rasuah baik punya - sup daging rusa oi. Mana rusa u angkat ha? Hujan ribut pun kita datang kalau daging rusa...

Sharifah Nuri said...

Salam,
geng pompuan Melaka tak pergike?.Mas maaf kalau tidak boleh kita pergi tapi semalam sampai rumah pun dah pukul 8.00 apa nak buat.Ali jejak kasih seterusnya akan saya sambung selepas 6 Mei insyaallah Zaiton Ahmad dalam masa terdekat ni.Azizah Yunus apa cerita, Yati dah buat follow up ke?.

hayati said...

Saya tak pegi sebab kursus kat KL. Sory tak beritau Pah. Ali tau saya kat KL bila dia kol saya. Sempatlah kami berlima makan tomyam kat Kg Baru, Ali yg belanja. Kekenyangan saya malam tu, sampai pagi esoknya saya tak boleh sarapan. Rugi kau Roy, Sarah, Mas.

Sharifah Nuri said...

Tak apa Yati sebab Ali ada telefon sebelum tu dan saya dah bagi tau saya sebok sbb jaga kaunter.Biasalah dekat 30 hb April ni tak duduk di pejabat macam salegirl kalau kat pejabat pun telefon berdering2 sampai kalah operator.Saya dengan Mas sebenarnya Ali dah bg ..........tst

mastura said...

Betul ke daging rusa? Ramai geng2 pompuan mengandung bongsu ni.. Terliur lah kalau tak dapat . Ali dan Basir kalau ke nyalas tak ajak aku dan pah putus saudara....

basir said...

Kata Johari menu tambahan jenis makanan exotic tempatan, BBQ/soup kijang/Rusa (Impot dari Sabah),landak/pelanduk goreng kicap (hutan Asahan), belut dll. Patutlah saiz Johari jadi XXL. Tarikh 2 minggu selepas REUNION.Semuga Allah murahkan rezekinya.

majezan said...

karim, stail tulisan kau dalam blog pun macam tulis nak buat ucapan perasmian,bgus,bgus.Kau ditugaskan jadi setiausaha jawatankuasa penaja persatuan munshi78 lepas10 mei ni.si Mat Sirat pulak jgn lupa,kau jadi pengerusi.nanti nak miting kena bajet,kena hulor jugak tu.