EMEL MOHAMAD AMIN

Pada pagi ini Mohamad Amin, 6 Sastera 2 menghantar emel yang penuh dengan gambar ketika rombongan ke Singapura selepas exam STP 1978 dulu. Saya akan terbitkan gambar dalam blog ini sedikit demi sedikit. Ha ha. Baca emelnya:

Assalamualaikum Ali,

1. Alhamdulillah, aku dah dapat kesan Ibrahim Jantan. Kami baru saja berbual tadi (8.45 pagi , 7 Apr). Dia kini jadi Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor. Tapi sayang, katanya masa reunion tu dia ada program di Port Dickson. Pengarahlah katakan, hari Minggu pun kerja. Cubalah kau telefon pulak. Kot dapat pujuk dia luangkan sedikit masa bersama kita (019-2707027).

2. Aku nak beri gambar lawatan ke Kota Singa anjuran Cikgu Rashid dulu. Kawan-kawan kita yang ke Singapura dulu ramai yang tak ada gambar ini. Kesian diorang sebab lepas tu dah habis sekolah.

3. Tak sabar rasanya nak tunggu hari reunion kita tu. Ali kena buat 'countdown' @ mengira hari dari sekarang. Barulah debarannya lebih terasa!

Wassalam.

2 comments:

hayati said...

Penat kira hari je, Amin datang sorang juga. Umur dah sebegini, dah tak berdebar lagi, rasa nak sergah orang adalah.

ALI MAIDIN said...

Si Aziz Yasin, sms pun tak reti ke. Dok kosong aje le bila membalas sms ke aku sejak bulan Febuari dulu. Tolong ajar sepupu kau tu Yati oi.