DIMANA JAMALIAH YUSOF 6 SAINS

Rohana Hashim bertanya di mana Jamaliah Yusof, 6 Sains SMMA 78. Walaupun berlainan kelas dan aliran, mereka berdua sahabat rapat. Katanya satu asrama, satu dorm, satu Maktab Perguruan dan satu deret rumah sewa. Nasib tak satu boy freind dulu. Ha ha.

Jamaliah pernah datang ke rumah Rohana pada penguhujung 90an di Taman Tunku Jaafar, Seremban. Selepas itu putus hubungan. Pada ketika itu Jamaaliah tinggal di Taman Malawati, Kuala Lumpur.

Yang peliknya Rohana mengatakan saya pernah berbalas hujah hal tudung dengannya. Langsung saya tak ingat peristiwa itu dan nama Jamaliah itu pun tak ada dalam memori saya.

Ramai sangat nama Jamaliah dan Jamilah. Naik keliru dibuatnya ya.

Siapa yang boleh menjejak Jamaliah Yusof? Tolonglah Imam Zol.

2 comments:

zolkaply yunus said...

Dia sekampung dengan saya, tapi belum pernah berjumpa sejak sekolah. Insyallah kalau aku bertemu abang atau adiknya, aku akan minta no tel

zolkaply yunus said...

Jamaliah sekarang di SK Taman Melati. h/p 0133417740 rumah 0341077740.