JAMUAN KESYUKURAN YB MAT SIRAT

YB Datuk Mat Sirat, bekas Ketua Pengawas SMMA 1978, kini YB Bukit Katil menjemput kita ke jamuan kesyukuran rumah baru pada 24 hb April 2009, jam 2.30 petang hingga 9 malam di No 25, Jalan M14, Taman Merbok, Bukit Katil, Melaka.

Geng Melaka wajib hadir. Ha ha. Eloknya ditetapkan satu masa serentak, barulah riuh. Kenyang cerita dari kenyang makan agaknya. Dan jangan lupa perkenalkan diri kat tuan rumah. Sirat kita bukan kenal batang hidung kita lagi dah selepas 31 tahun tak jumpa. Ha ha. Zek, kau kena jadi pak nunggu le. Wooo.

No HP YB kita 019-6670007

4 comments:

mastura said...

Geng Kl kalau ada yang nak pergi saya nak tumpang satu tempat duduk, jangan bimbang saya ada touch n go.. Jawap lah wahai Ali n Basir .. Sharifah Nuri jom kita gi...

BASIR said...

Kali ini soh orang Melaka pula ambil oang Kl kerumah YB. Minta staf car YB ambil kau orang. Aku tak ada masa tu.

zolkaply yunus said...

Kita pergi sama-sama, jam 6.00 ptg. Tunggu didepan Seri Negeri......bukan nak tunjuk perasaan macam hari tu....Kita nak raikan kawan-kawan aje. Sila jawab jika nak per dalam comment di bawah

ALI MAIDIN said...

Saya ada mesyuarat penting pada hari berkenaan. Tak dapat le merasa asam pedas Melaka.