31 TAHUN PUNYA CERITA - 1

Betapa sibuknya kita selepas keluar Munshi 1978. Mengejar impian, cita-cita dan ada yang mencari cinta. Ha ha. Dalam perjalanan itu kita terabai dengan bekas sahabat lama kita di Munshi. Betapa tidak, dengar ini punya cerita...

- Saya, Md Jadi dan Rosnani Yus sekampong di Batang Melaka tak pernah terjumpa dan setakat merisik khabar dari jauh-jauh sahaja.

- Mokhtar Ahmad dan Saari Mat Jelas selalu berselisih jalan tetapi dah lupa dimana pernah bersua sehingga timbul gambar Saari dalam blog ini.

- Yahya Ghani 10 tahun di Wangsa Maju tetapi tak pernah rasa nak berjumpa dengan saya dan Dr Majezan.

- Jamilah Jamian di Kementah, Rohaya di HKL, Rohana Mat Jais di DBKL, Mazlan di Jabatan Penerangan Jalan Raja laut, Jamaliah Yusof di Taman Melati dan Shamsudin di Ampang tak bisa bertemu sesekali untuk minum teh kosong.

- Zakaria Osman, Norsir dan Karim Harun yang sebandar Melaka tak pernah minum ABC bersama.

- Rohana Hashim ada akaun bank di EON Bank Seremban, dimana Shamsudin pernah bertugas di situ tetapi meraka tak pernah perasan.

- Betapa ramai rakan kita di Melaka tu sebagai guru, satu profesyen tetapi tak sempat bersembang sama sambil makan nasi lemak sambal belacan.

- Saya tak ingat langsung Zaharah Ismail dan Yahya Ghani studi bersama di UKM dan tak tahu langsung ada budak bernama Majezan dari Munshi yang ambil kursus perubatan kerana ramai sekali kawan-kawan saya dalam jurusan perubatan semasa di UKM dulu.

- Ada kekawan yang tahu dimana kawannya tetapi tak berani menyapanya.

- Ada kekawan kita yang menghadapi kesihatan yang serius yang tak kita ketahui untuk paling kurang kita memanjatkan doa kepada Allah swt.

- Betapa ada rakan kita yang meninggal dunia tetapi tak sempat kita mengiringimya ke tempat bersemadi terakhir di dunia ini.

- Dan banyak lagi kesah sahabat-sahabat yang berlaga hidung tetapi tak kenal. Ha ha

Aduh, betapa sibuknya kita kan...Apakah blog ini bisa merapatkan kita kembali. Imam Syafie berkata '' kehilangan seorang sahabat pun sudah terlalu ramai bagiku"

Moga-moga MAJLIS REUNION MUNSHI 78 PADA 10 MEI INI SEBAGAI PENEBUS DOSA KEALPAAN KITA. Ha ha

Apakah sajak DI MUARA PERTEMUAN oleh Rani nanti akan mengungkap kenangan lama kita ini...Tunggu ye.

16 comments:

zakaria osman said...

rohana hashim mana pulak 6 sastera 2..laaaaa..6 sastera 1 laaaa....wow

zolkaply yunus said...

Semoga majlis kita nanti dapat merapatkan balik siraturrahim kita, insyaAllah

hasnah said...

Tangkap sahdu le LensPr. Ni baru dengar ceta tentang kekawan semua,saya pasti dihari Reunion nanti,bila bersua muka lagi terharu dibuatnya...Betul kata Imam Zol..semoga perjumpaan kita kelak dirahmati Allah hendaknya.

majezan said...

1.makan nasi lemak dgn sambal tumis,kalau makan ubi memang guna sambal belacan
2.saya dan yaya gani thun 1 dipj,haikhaik jumpa sbb satu rumah,lain fakulti,lg pun dia sebok punch komputer kuno
3.aku selalu lepak kat haslam pun tk jumpa kauorg.
4.dulu selalu aku menjala ikan dpn umah karim,tapi dah fana kawasan umah dia,pindah ditmn balqis katanya.

Razak Kanapiah said...

Aku dengan Mohd Khan sama berkursus di Langkawi 1996, masa tu baru 18 thn pisah. Dia dari Melaka, aku dari Kajang, dari se flight, kemudian mendaftar sama di lobby hotel, kebetulan dapat sebilik, tapi haram jadah (guna bahasa Ali Maidin) tak kenal langsung. Berbual bodoh sejam dalam bilik, baru tahu akhirnya. Dia pulak rupanya suami anak buah aku, Maria Ibrahim, kawan engkau orang jugak lah! Itulah jadinya kita....

ALI MAIDIN said...

Anak Si Adam Tompek Lueh belajar di MRSM Jasin. Gurunya Mohamad Amin. Bayangkanlah kalau satu hari entah macam mana Amin melempang anak Adam dan Adam datang mengamuk bawak satu trak menyerang Amin. Alih-alih bila jumpa, Amin tu kawan sekelasnya. Kiamat dunia bib.

mastura said...

Aku punya ceta pulak 4 tahun anak si Norlida Daud Imran namanya duduk di asrama kajang hg scholl , haram tak pernah berjumpa sedangkan aku mengajar tusyen di asrama.. aku mngajar sejarah anaknya 4kejutraan.. Re union kat rumah Ana baru tahu Imran anak si Norlida.. Nasib saya tak maki hamun dia... rupanya dia nak kwn kita.. hu hu

mastura said...

Razak Kanapiah pula punya ceta , dia lebih kenal Arbahyah dari yang lain.. Bila dia mengajar sama dengan saya , "Adik kenal tak akak dulu kak sekolah munsyi.. ketawalah Razak.. Bila tanya Rohizan kg pulau .. lah rupanya dia sama baya rupanya ... tahun 59 .. Dia kenal lagu bunga tanjung sebab dia mengiringi penyanyi pujaan 6a1.. Anak Razak 2 orang sya mengajar semuanya otak gila2 dan berseni..Allah jadikan kita beraura..Pinjamkan nyawa kami semoga dapat bertemu di Reunion..Amin

Anna said...

Salam kawan-kawan,
sedih lak baca luahan hati siLensa PR tu. Tapi memang benar,kita leka dengan hal sendiri sehingga lupa dengan insan yang pernah bersama kita suatu masa dulu.Ana pun sebenarnya ada cerita yang boleh dikatakan kelakar juga.Ia berlaku tiga tahun yang lepas.Ana mengajar seorang murid,anak kepada rakan sejawat.Dipendekkan cerita pada hari Anugerah Cemerlang Ana sebagai juruacara majlis menjemput murid ini sebagai murid cemerlang tahun tersebut bersama bapanya,En.adam. Beberapa bulan kemudian Ana berbual kosong dengan Haslina Isteri En.Adam. Cerita punya cerita barulah Ana tahu En.Adam yang lalu depan Ana pada Hari Anugerah Cemerlang dulu rupanya rakan se munshi..Mengucap panjang Ana pada hari tersebut.Terkejut dan malu rasanya..ha ha.

majezan said...

ada sesiapa perasan dawam ahmad kelas 6 sastra 78 juga ke,harap razak lajis,razak khanapiag,datok mat sirat boleh pastikan,mana tau kot2 kita nak tubuh koperasi,boleh minta dia tunjukajar.dia ni geng baik johan kominis,rahmat bouncer tun mutahir.

ALI MAIDIN said...

Damam ahmad tak ada dalam 6 sastera 78.

Tapi Dawam Hassan, anak Melaka ada keja di SKM Msia. Tanya Suhdi utk lebih lanjut.

majezan said...

aha,ia lah tu dawam hassan,kau org sah bgtau dia ke?

norlida said...

pembetulan!
mastura..bukan daud imran..tapi mohamad noor imran..
terima kasih la mengajar anak saya.

Razak Kanapiah said...

Majezan, Dawam tu geng Johan, budak-budak Bkt Beruang. Masa d Tun Mutahir dulu dia orang di kelas 2B, 3B. Suhdi tolong dapatkan maklumat lanjut.

mastura said...

Hai Norlida baru nak pandai komen? Kita orang buka da naik kelas tapi da banyak kali katam , Imran tu budak baik macam ibunya.. Jaga lah dia saya dan rakan2 dia selalu ingat dia sejak dia bertukar sekolah...Jumpa di Reunion bawa lah im..

NORLIDA said...

Hai cikgu mastura..
bukannya awak tak tahu,saya dari dulu tak pandai sangat nk komen2 inipun baru nak belajar.