JAMALIAH YUSOF DIKESAN

Tak sampai 4 jam, Jamaliah Yusof telah diketahui kewujudannya.

Imam Zol berhempas pulas mencari Jamaliah kerana beliau sekampong. Zol menalipon ibunya di kampong. Kemudian ibunya mencari ayah Jamaliah bertanyakan di mana Jamliah. Nah, akhirnya Jamaliah berjaya dihubungi.

Nasib le zaman kini, hanya main talipon aja.

Wahai Rohana sila talipon kawan lama kau yang dah ghaib 10 tahun lalu. Kau kena belanja Imam Zol pasembor hadapan Sekolah Munshi tu. Ane tu hidup lagi tetapi dah jadi 'Appa" pula. Ha ha ha.

No HP Jamaliah 013-3417740 atau 03-41077740

Jamaliah di sebelah Guru Besar tu katanya. Zol yang dapatkan gambar ini.

13 comments:

mansor said...

Rasa-rasanya Zol ni boleh bagi pingat kerana deria kesannya begitu aktif berfungsi...Kalau gitu cuba kau kesan Zakaria Semail dan Usop Che Mat, dan lain-lain kekawan kita, Zol. Manalah tau deria kesan kau tu dapat trace mana dia orang bertapa... Kalau tak dapat cuba kau gunakan data 'emis', mungkin boleh tau dia kat sekolah mana... selamat mengesan.

ALI MAIDIN said...

Mansor, lotehlah imam itu kau kerjakan...

zolkaply yunus said...

Haa, itu tugas Si Mansor pulak.

Cucu Lambert said...

Tahniahlah bang. Jumpa juga anak sidang logo tu

Anna said...

Anna baru berbual dengan Jamaliah tadi.Terima kasih pada Zul yang berusaha mencari no telnya. Terperanjat dia ana call tadi. Macam biasalah,banyak peristiwa dan nama kawan-kawan yang dia lupa. Katanya dia akan bermenantu hujung tahun ni. Harap jemput kita dan ramai-ramai kita serang Taman Melati ye..Masa tu Ali boleh jadi ketua rombongan tunjuk jalan ye..Roy,takkan kau lupa Jamaliah,kan kita se dorm dulu..

ALI MAIDIN said...

Kasi gambau le. Kalau tak, siapa mak dara ni pun kita tak tau oi!!!

zolkaply yunus said...

Md Jadi ni ingat saja gelaran orang. Jangan main-main dengan orang kampung aku. Tuan Darussalam kat kampung juga ada gelaran. Kawan-kawan tanya dia.....

zolkaply yunus said...

Anna, tanya Jamaliah ada simpan gambar kelas 6 sains tak. Ramai yang aku dah lupa

mastura said...

Ali aku berani kerat jari Jamilah ni bayng dia pun kau tak kenal.. Ada ceta kelakar mengenai jamilah Yusof dari kampong Imam Zol ni. Tak silap aku pernah ke rumah dia kat air limau masjid tanah... Dia bersekolah di sek men Ghafar Baba sebelum ke munshi.. Ana ingat tak dia suka gigit jari..Dia cakap aden, aden, Dia banyak peminat hoi...

Anna said...

Mas,mana pulak jamaliah cakap aden,dia sebut diri dia ang,ang,kan. Peristiwa lucu yang ana masih ingat sampai sekarang ialah masa siap2 nak gi sekolah,kita letak bedak kat badan tapi dia letak bedak kat........Katanya "Adik ang pun nak wangi juga..he he.Satu dorm ketawa berderai Mal,ekau ingat lagi tak? Rindunya ana zaman itu...

budak bm said...

Budak pompuan sains seorang pun aku tak geng. ha ha ha.

mastura said...

Ye lah ang2. Aku lupa lah . Bila aku kata jamilah mari sembahyang dia kata " malaslah tak boleh ke kalau tak sembahyang . Ang malas lah.. " Kurang assam punya budak... Dia memang selamba tapi mengeli hati...Dia macam belangkas dengan ang seorang lagi Midah kecil tu.

basir said...

geng2 6 sains kena keje kuat lagi ramai lagi kengkawan yang hilang belum ditemui, kami USA 1 $ 2 boleh rest sekejap kami dah temui semuanya.