20 HARI LAGI REUNION. Hanya3 orang lagi dijangka membayarnya sebelum tarikh tutup pada 25hb April 2009. Mereka ialah:
- Razali Baharom - 6 Sains 1 - mazhab slow, sibuk kat makmal lagi
- Mokhtar Salleh - 2 orang - 6 Sains - dah balik Umrah ke
- Yusof Che Mat - 6 Sains, TERBARU DIKESAN
12 comments:
Aku berani jamin, ini adalah antara reunion yang paling berjaya nanti, insyaallah. kerana semangat untuk berjumpa kekawan selepas 31 tahun berpisah begitu berkobar-kobar. Selepas ini aku rasa feelnya sedikit berkurang. Oleh itu bagi kekawan yang masih berkira-kira aku rasa masih boleh di motivasikan, bukannya dipujuk. Yang penting kita nak ujudkan suasana 1978. Tak perlu ada apa-apa perasaan rendah diri, bangga diri dan lain-lain perasaan yang menjadi penghalang kepada kekawan kita untuk datang kereunion nanti. Dan aku percaya pada komitmen kekawan seperti kau Ali, Mokhtar, Yati, Basir, Zol, Marhamah, Suhdi, Zek dan lain-lain yang tak larat aku nak namakan, yang bertungkus-lumus dalam menganjurkan majlis kita nanti. Kepada kalian semua aku tabik spring pada kau orang semua.
Mansor, tolong ingatkan geng Sains tentang maklumat terkini majlis
bgus juga kalau hadzir,tapi kalau tak nak hadzir pun tak apa,jgn kita berkecil hati dgn rakan2 yg tak hadzir.cuma saya terkilan tak sempat jumpa rahmat yunus selepas habis kita bersekolah,dia memang baik.bgus juga kalau balu dan anak2nya dia tau yg dia sahabat yg baik pada kita semua.
Ok Zol, sebentar tadi aku dah bercakap dengan Zakaria Semail. Insyaallah dia akan bersama kita masa reunion nanti. So, beres kerja aku.
Jangan bimbang kalau reunion besar ini berjaya , orang kl, bangi , serdang kajang akan urus untuk reunion tahun depan.. 2Razak, Ali, Mastura, Roy, Jan.. tunjukkan taring mu.. Kita buat di Kl pulak. Orang Melaka jangan tak nak turun pulak...
Hai kawan-kawan, sebelah pagi kita majlis reunion, apa kata sebelah petang kita lawan bolasepak antara kelas? Sudah tentu 6Sains1 menang.....
Wahai beburung, mintaklah balik sayap yang kamu pinjamkan pada tauke blog ini kerana tugasnya hampir selesai. Rupanya beberapa kawan lain juga pinjam sayap. Mansor pakai sayap kelicap. Yati pakai sayap pipit kedi. Zol pakai sayap bangau. Basir (laju dan jauh) pakai sayap Tomahawk. Ada lagi tu, yang pakai saya penguin pun ada. Tahniah semua anda.
aku selalu pi paya dalam,lalu dpn rumah kau,rumah kau dah tak da lgi disituke razak?
Kat situ nampakgayanya suai utk main Futsal je. Agak2nya ada tak geng mak-mak orang yang berani turun main sama...
Jangan ada yang rebah sakit jantung sudah le. Tak ada kojo cari kojo lak. ha ha ha
Majezan, aku duduk Kajang sekarang, kalau nak makan satay dengan aku bolehlah, tapi kau le bayau. Baru cantik.
Hasnah Mahfis & Ramli dah bayar. Ali, awak kena keluarkan nama dia org dari list tak bayar, nanti saya kena komplen lak.
Post a Comment