10 HARI LAGI REUNION

Tinggal 10 hari lagi reunion kita. 6 orang guru termasuk Cikgu Mohamad Daud dan Guru yang mengajar 6 Sains akan hadir. 82 orang bekas pelajar telah bersetuju hadir termasuklah Anuar Mohamad 6 Sastera 1. Hayati dan Jaamat berjaya menghambatnya. Ha ha. Jumlah kesemua peserta reunion kita termasuk suami isteri dan anak-anak ialah 170 orang. Meriah sakan kata orang Kedah.

Semua persiapan telah dibuat. Hanya kain rentang atau banner sahaja belum ditempah. Ianya memerlukan tajaan anda. Sila beri wang tajaan anda terus ke akaun Hayati. Harap Dr Majezan dan Yahya Ghani akaunkan terus wangnya. Ini bukan cobaan tau. Betul-betul ni.

Yang rapat dengan YB Datuk Mat Sirat, tolong sound sikit kepadanya.

9 comments:

hayati said...

Banner dah ada orang Melaka sponsor.

mansor said...

Caya lah Ti...Kau tengok tu Li, cakap ape aje nak... insyaallah, AJK Melaka terutama Yati; semua boleh diadakan. Satu cabaran kepada AJK untuk reunion yang akan datang.

ALI MAIDIN said...

Menurut Rani, Selepas 10 Mei ni lagi banyak reunion tau. Jika ada kenduri kahwin anak sahabat kita, berkumpullah kita beramai-ramai. ha ha ha.

Anonymous said...

Hai yati sibuknya mengalahkan nak mengkawinkan anak! Tahniah lah wahai sahabat di Melaka .. Kita orang yang luar Melaka turut rasa kemeriahannya.. Ini pertemuan luar biasa ..

hayati said...

Dr Majezan lah yg sponsor banner. Dia kan orang Melaka.

Budak sastera said...

Caya lah Doc ... Menjelma tak sia2 . Tak gitu bebudak sains?

majezan said...

satu nasihat utk semua,kalau respond blog,cubalah jgn menyamar dgn berbagai nama,org gurun,anonymous lah,budak sastra,lensa pakatan rakyat, dsbg.jgn takut,sini tiada MLM,PYRAMID SKIM,DIRECT SELLING,BINARY,LINTAH,IKAN KELI,CERAMIC,BLOGSTARZ,yg ada cuma EPF ,mee kuning dan Serai sikit2,halal lagi suci.

basir said...

Setuju, dah tua2 ni jangan dok menyamar lagi. Harap2 10 Mei penyamar tu serah diri pada kita semua.

Budak gemok said...

Basir mentang2 lah dia awet muda, yang menyamar ni hodoh2 hu hu . Gemok2 lebau2