JEJAK PERJALANAN YAHAYA GHANI 6 SAINS


Ini emel Yahaya Ghani yang mencatatkan perjalanan jejak hidupnya selepas keluar Munshi pada 1978:

Salam sahabatku

Seperti yg ku janjikan dibawah catatan ringkas perjalanan hidupku. He he he

- 1979 - ke UKM ambik BSc (Hons).

- Tahun 2 di UKM aku di tawarkan biasiswa Petronas. Masa tu aku perasan macam org kaya le pasal biasiswa besau tapi sebenaunya aku org semekin. Ha ha ha.

- Lepas dapat ijazah BSc (Hons) aku terus di arah bertugas di bhg teknikal & latihan Petronas KL


1985 - aku berpindah ke Bhg Makmal jadi Ahli Kimia


1991-1993 - Petronas sponsor aku buat MSc dalam bidang Lubricant Chemistry selama dua tahun.

1997 - aku berpindah ke Bangi di Bhg penyelidikan R&D jadi Senior Researcher / penyelidik Kanan (Scientist kot ) . Di sini aku terlibat secara direct dalam Petronas lubricant product development . Aku terlibat dalam formulation of F1, Syntium, Mach5, Racing 2T GP, Hydraulic, Gear, Compressor, Turbine etc. Makna kata kalu ada sahabat2 yg berminat nak bikin lubricant saya bisa jadi consultant nya. He he he

1986 - berkahwin dgn Zaharah orang JB. Masa kami berkahwin, isteri cuma Diploma Holder (Computer Science ) tapi aku galakan dia belajar sampai MSc ( Comp. Sc ). Dengaunya dia nak sambung PhD (Comp. Sc). Kini beliau sebagai Pengarah di Suruhanjaya Multimedia dan Kominikasi di Cyberjaya. Aku sentiasa berikan galakan walaupun udah le tua. Ha ha ha
Anak 4 org:

1. Anak sulong, perempuan- 22 tahun, masih menuntut dalam bidang perubatan di Uni Dublin Ireland. Tiada dlm gambar - tiap tahun dia bercuti balik Msia pada June - Sept.

2. Lelaki- 21 tahun, masih menuntut dalam bidang perubatan di Malaysia.

3. Perempuan-14 tahun - Sek Men Jln 4, Bandar Baru Bangi

4. Perempuan- 12 tahun -UPSR this year.

Rumah di Sec 8 Bandar Baru Bangi. Kepada sesiapa yg lalu di Bangi sila singgah le.

Gambar photo tu aku ambik di pangkal pokok di halaman rumah mertuaku di JB ketika hari raya lepas . Ho ho ho.

Gitulah janji aku telah tertunai sudah. Jom kita pekena pengat ubi kayu.

39 comments:

Sharifah Nuri said...

Salam,
Ali rupanya rumah En Yahya kita ni bersempadan dgn rumah saya.Puasle saya cuba kesan dia dulu.Rumah saya di Sg Ramal Dalam Persiaran Teratai 5 dekat-dekat dengan rumah Adnan Abu Hasan dan Azlina Aziz,tp yang pastinya jgn tanya profail artis2 tsb sb.mereka jrg kami nampak.Kalau makan di Nim Little Island singgahlah di rumah saya sb rumah saya dkt situ aje.

zolkaply yunus said...

Alhamdulillah, syukur di atas kejayaan anak-anak dan keluarga

basir said...

YAG 10 Mei bawa hadiah minyak sythium banyak2.

yahaya_bangi said...

Basir, gamaknya kalu Hassan Marecan nampak kau tulis Sythium tentu dia sedih gulana pasai depa penat2 cari nama cantik punya SYNTIUM ...hohoho

yahaya_bangi said...

Syarifah, hang duduk kat gumah Prof Dr Azizah ngajau kat UTM ke???? nak gi gumah Azizah kena lalu nim little island dulu tau ..... la kat sg ramal tu jalan ke lorong teratai hehehe

I ni sec 8 kalu dari tol kajang ngala ke bangi jumpa station esso>shell>petronas>mobil>restoran gearbox>lepas tu jumpa semi_D I dekat2 situ le hehehe

Sharifah Nuri said...

Yahya'
Salam kembali,rumah Prof Azizah tu sebarisan dengan rumah i.Kalau nak gi rumah dia kena lalu rumah i dulu.Rumah i setentang dengan rumah tauke Nim tu. Rumah i no.2 dari jalan Perisaran Teratai 5.Mana u kena Prof Azizah tu.I selalu lalu kat rumah u tu. Tp jgn risau insyaallah manele tau kalau u pekena pengat ubi lg i ajak Mas & Razak Kanapiah join sama.

ALI MAIDIN said...

Yang buat pengat ubi tu ialah bibik yang kerja kat rumah Yahaya tu. Yahaya tau bikin minyak pelincir je.. ha ha ha

kharis said...

Yahya, aku nak pesan synthium 20 botol. Jual murah aje. apa salahnya bagi kat member 30 tahu sekali......

yahaya_bangi said...

kalu ramai yg mintak free aku ingat kita suruh tauke Md Jadi & tauke Johari bikin lubricant plant murah je 2Mil udah le boleh operate kot...
Aku tukang bagi formulasi nya hohoho
Mokhtar tukang marketing karut nya

Branded: HAHAHA ke YAYAYA ke SMMA ke?????hehehe

yahaya_bangi said...

Sharifah Nuri ni dulu kelas mana ye? I dah lupa pasai dah TUA dah.....

Kalu sesiapa yg tak minat bikin lubricant / minyak lumas / minyak pelicir / minyak engin ... I nak propose satu bisnes bagus yg jugak perlukan formulasi nya boleh success dgn cepat insyaallah....

yahaya_bangi said...

Syarifah ...... Azizah tu kawan baik my wife masa di UTM pulak tu anak dia Umairah pun study kat Kolej MARA Banting & Uni Dublin Ireland sama dgn anak I hahaha...

ALI MAIDIN said...

MInyak apa ya sheikh yang boleh kaya cepat?

yahaya said...

Ali, yg aku tau dah 2 org budak technicians petronas R&D resign pasai dah jadi jutawan bikin ladang serai wangi kat Pahang .....

ALI MAIDIN said...

Jangan bagi tau orang lain oi. Selepas aku buat 100 ekar baru bagi tau ye. Kok Shamsudin tau, tak dapt cari makan nanti. Ha ha

majezan said...

kau org nak tanam serai ke,nak buat minyak pelincir ke,nak buat tahi minyak ke,duitnya ada tak?kalau takda,nanti faxkan payslip kauorg diofis aku,insyAllah,kalau 100K tu boleh ler dpt,hehehehe.
yaya ni,pelat melaka teruk sangat!!!!aku taklah teruk,bini aku pun johor gak tp tak lah sepelat kau,sapu synthium kt lidah kau,hilang pelat.

mansor said...

Apa kata kalau cuba buat research utk hasilkan serai yang boleh gunakan minyak sbg baja. Nanti Yahya oleh jadi pembekal baja pada Ali.. ok tak..

ALI MAIDIN said...

Kat Tganu dan Sg Besi dah ada kilang minyak serai terbesar. Dah lewat kita.

Dr majezan, orang macam aku ni mana ada payslip. Ha ha.

Sharifah Nuri said...

Yahya,i 6 Atas Sastera 2 sebelah kelas 6 Sains,yang pastinya i kenal Md Jadi sebab dia selalu menebeng di kelas kami agaknya masa tu ada yang dia kenen2 kot.I macam Yati kata juga,kami low profile masa sekolah cuma Yati i rasa dah makin peramah sekarang ialah semenjak jd cikgu kastam.Lepas Munshi i terus masuk USM sama dengan Amin dan Ibrahim.
Ali i rasa Ibrahim macam dulu juga cool mungkin Dr Majezan dgn Yahya lebih sesuai pujuk dia dlm laman ni.

yahaya_bangi said...

Salam geng, I nak betolak gi kelong telok sengat kota tinggi johor ni. Kami ada 5 family petronas R&D jalan2 cari makan kat kelong tu nak makan ikan fresh pasai kat kelong tu ada ikan kerapu, kupang , lokan etc ..malam nanti kaum bapak2 akan naik bot ke laut nak mancing ikan tenggiri esok 10am balik ke bangi semula ... apa2 pun nanti I cerita cerinti ok....

Saja nak melelehkan air lior Basir hahaha

Kelong tu baru je adik ipar I beli dari tauke china 75K dia dah renovate buat surau, ada 28 bilik dia dah pagar maananya budak2 pun boleh lepak kat situ hehehe

Kalu OK nanti I warwarkan pada geng SMMA nanti mana tau kita geng SMMA sembang2 kat situ kot kekeke...

yahaya_bangi said...

Esok I akan guna skill business trust fund I(dah promoted jadi Agency Manager) utk convince Brahim Jantan ni utk tarik dia datang reunion insyaallah...

majezan said...

Pak Ali,org kerajaan punya payslip boleh pinjam,org mcm kita memangler tak ada payslip,kita tak yah pinjam.
Pak Yag,kau nk jual trust fund????aku dah rugi 35 persent last year,kau jual kat ali jer.

Anonymous said...

Hai Yahya dan Sharifah Nuri jangan banyak cakap, pas reunion plan je belanja kitaorang yang dekat2 lembah kelang ni kat restoran nim lettle Island or Giarbox . Pahala berganda tau. Sampai bila nak makan bingka ubi.. Ali n Basir Jom kita serang gumah orang kaya2 kat Sg Ramal tu...

basir said...

Awat orang 50an ni dok sembang sakan macam dok rindu sangat tunggu 10 mei ye kwan2

mastura said...

Ye lah basir . Saya rasa tak sabau2 . Bukan tak biasa balik kampong tapi 10 mei ni tarikh keramat gak nya.. Mudah2an hasrat kita tercapai.. Kita orang pompuan datang awal , nak longgok ramai2 . Yati jangan lupa siap bok kita punya baglo . Biar bapak2 jelos...

Sharifah Nuri said...

Betui Mas tadi Nah baru telefon dia kata tukang pack goodies tak ada dan dia harap kita dr KL bantu.Lepas tu yang pompuan di Melaka cuma 3 orang so i dah janji dgn Nah yang kita akan dtg hari Sabtu.Yang pastinya bantuan SOS Sarah dan Hanim diperlukan.Yati dah tolong book penginapan ke?Malam tu sambil lepak tgn kena pakai jgn pagi esok kelam kabut cikgu2 dtg pun tak nampak.

mastura said...

Jan, Anah, Sarah, Hanim, Roy datang lah awal kita tolong budak Yati pe pe yang patut. Bukan selalu pun kau orang berkursus tu tinggal jugak bantal busyuk tu.. He he Hasnah da menjadi ke kau pujuk , selamat berjaya.. Banyakkan selawat masa memujuk tu...Aku terus guna Doa Kunot. Oranglelaki jangan baca komen ni ye

Anna said...

Kesian juga AJK Melaka kena buat packing.Susah-susah cuba minta tolong pekerja hotel tu packing kan.Kalau hotel kat Seremban ni ada khidmat bantuan tu..

Yahaya_bangi said...

Majezan, aku sedih bila dengau kau kabau dah rugi 35% >> kau punya trust fund consultant tak bagitau ke? .... market drop kita buy kalu market dah up / peak kalu ada saki-baki fund kat equity apa ke kita kena divert ke Bond le lepas tu tunggu global / local market ada indication nak up kita divert semula our investment to equity hehehe
Aku start kabau kat aku punya investor / downline agent buy back bila New York_DJSE @ 6,500pts (peak_>13,000pts) & KLSE @ 850pts (peak_>1,400pts) . Now depa semua kebanyakan dah dapat profit range 20-30% mende ni semua logic je. Samalah spt aku dah explain kat Ali/Basir macam mana aku dapat rekrut > 50 orang jadi agent under aku dlm masa < 1yr ... yg ni pun by calculation & logic hehehe
Apa pun group kami hanya berurusan dgn investment yg di benarkan oleh syariah je le maananya hanya boleh trade Public Islamic Trust Fund counter.....
Apa pun silalah visit www.formulaone.com.my

Yahaya_bangi said...

Salam Ali/basir,bila2lah lepas 10/5 kita ajak kawan2 sekitaran kita kita pekena gearbox sg ramal kot pasai aku respect bebenau tauke gearbox ni punya business dari cacak kemah sampai udah ada bangunan setegap sekarang ni....
Aku baru lepas sembang dgn tauke gearbox ni mcm mana dia berangan nak dirikan restoran gearbox secomel tu.......

majezan said...

Yaya,kau ni dah salah jalan,patutnya kau pi ler buat PhD.Investment ni biar la org mcm ali jer yg buat.
Aku nk beli DU bnyk2,simpan,mana tau bila perang nnti harga naik.
oohya,ttng pujuk pak berahim ni,kita mintak tolong Karim,dia punya ayat memang power.

Yahaya_bangi said...

Kisah tidur & jalan2 cari makan di kelong teluk sengat ....perjalanannya begini pak

KL >> Bangi >> Kluang \ Kulai >> Kota Tinggi >> Teluk Sengat >>> Desaru

Kota Tinggi - Teluk Sengat ( 37km )

Adik Ipar baru beli kelong china tu 75K besar ada 28 bilik
Kami datang 5family serve macam hotel le makan seafood fresh
Mancing atas kelong pun dapat ikan talang, ikan cencaru, ikan merah hehehe
Charge per day (package): Dewasa - rm110 & kanak2 - rm45 ( termasuk makan pagi, lunch & dinner ) + bot mancing + roda2 pusing2 bot sampai border Spore, Desaru & teluk Romania OK UUUUUUUUUUUU
Sekali2 nak merasa duduk jadi orang rakit ke org laut ke OK kot.... pasai dah lama jadi orang bukit
Adik ipar Ir Johari ni dia takeover je kelong ni dia repair & renovate buat surau, dewan sebahyang jemaah etc. Baguslah pasai payah nak jumpa kelong melayu la ni.....
Keliling kelong ni dia buat pagar tak risau budak2 nak belari atas laut hehehe
Ada bela ikan dalam sangkar, ada bela belangkas, ada bela kupang etc pendek kata kaum2 ibu & anak2 pun suka. Standby ada 2 bot 18ft & 1 bot 25ft.
Johari beli je kelong ni owner cina kelong tu mati pasai dia dah tau nak mati dia cancer tu pasal dia jual cash bende ni hohoho
kepada yg berminat sila le hubungi Ir Johari tu

Basir said...

YAG setakad ni komen terbanyak adalah berkaitan artikel u ini. Memang laku trust Fund n Kelong u. Kwan2 bagi le 50% diskaun. Muga dimurahkan rezeki lagi

Yahaya_bangi said...

Salam Majezan, aku sebenaunya suka2 bikin busines trust fund etc ni coz aku dah berangan2 nak early retirement (50_end Dec 2009) financial freedom Tak mau lama2 jadi researcher takut kepala pusing...hahaha

Aku jugak nak ambik lesen remiser this year pasai aku dah lama berminat & terlibat dalam stock market....ready investor pun dah ramai yg menunggu nak register dgn aku ......hohoho

Yahaya_bangi said...

Majezan, aku sebenaunya kalu boring2 aku suka study stock market coz mula terlibat dalam stock market > 15yrs ... ramai kawan2 yg aku bagi tip byk dah profit aku seronok tengok depa semua happy dapat profit kekadang tu remiser pun mintak tip dari aku .... apa pun kita semua hanya berusaha semuanya rezki ALLAH yg tentukan.

majezan said...

Kau ni dulu patut masuk tkn 6 sastra,belajar ekonomi dgn cikgu Rashid,pas tu jadi remiser.Aku pun patut masuk 6 sastra,dan patut transfer biasiswa yg aku dpt dari Bank Bumi dulu pd kau masa dimunshi, sbb aku diarah bank ambil B&A lepas sekolah.
Sekarang kita dah jd pengikut ajaran songsang.
Kalau tidak,kau dah buka broker saham,aku pulak dah ambil alih BBMB dgn Tan Sri Khaled.

ALI MAIDIN said...

YAG dan DR Maj, kita takeover msia dah le. He he he. Had lain kasi orang lain ye..

Yahaya_bangi said...

Public Mutual to pay out RM80m for 2 funds

PUBLIC Bank's wholly-owned subsdiary Public Mutual has announced over RM80 million income distribution for two of its lslamic funds.

It declared a 1.25 sen gross distribution for its Public Islamic Dividend Fund, for the financial year ended April 30,2009.

It also declared a gross distribution of 0.25 sen for its other Islamic fund, the Public Islamic Asia dividend fund, the company said in a statement today.

Public Mutual is Malaysia's largest private unit trust company with 68 funds and a total net asset value of RM24.2 billion as at March 31.

The Public Islamic Dividend Fund, launched in 2006, is a local Islamic dividend fund that is open for the EPF Members Investment Scheme. -- Bernama

Anak petani Melaka said...

Tak faham langsung aku, kalau kau orang borak hal ni kat 10 Mei, melopong mulut aku masuk lalat. Akhirnya baru aku akan terfikir, "Ni kawan-kawan aku ke?" Pukul 10.59 pagi tu aku pun start kereta buruk aku, aku lambai kau orang buat kali terakhir.

yahaya_bangi said...

siapa gamaknya anak petani ni ..... aku teringat le pasal kami nak buat reunion Std 6 dulu hampir 40 berlalu ... ada kawan aku tu mengaji tak tinggi tapi now dia udah jadi usahawan NENAS kat parit sulong UUUUU