JAWATANKUASA REUNION BERSIDANG

Geng Munshi 78 di Melaka bersidang mulai jam 3 hingga 5.30 petang hari ini untuk menyusun program reunion pada 10 Mei 2009.

Ketika mula-mula mereka berjumpa, terpaksalah membuat akuan bersumpah bahawa mereka sebenar-benarnya geng Munshi 78. Dah tak kenal dek suburnya badan masing-masing. Hanya suara sahaja yang masih mantain lagi. Ha ha ha. Kalau saya jumpa Johari Mohamad di mana-mana, wajib terlintas di hati "kaki pukul mana ni".

Teka siapa di gambar tu. Nak tengok Sahara boleh teka ke tidak. Klik gambar untuk lebih jelas.

20 comments:

mansor said...

Gambar diatas adalah ajk melaka yang mengadakan mesyuarat ptag tadi 4 April 09 di Hotel Naza, Melaka berkaitan persiapan reunion kita yang akan diadakan pada 10 Mei nanti. Hangat geng. Kalau tak caya tanya le pada pengerusinya si Mokhtar. nnti lah klu Ali masukkan gambar yang lain, mungkin kau orang akan dapat rasakan kehangatan persiapan yang kita orang kendalikan. Cuma yang musykil tadi ialah sapa yang pengerusikan mesyuarat...eh.. Sesekali macam brother Zack aje yang banyak cakap...walau apapun tahniah dan syabas kepada pengerusi (Mokhtar) kerana dapat kontrol si Zack dalam mesy tadi.

ALI MAIDIN said...

Zack memang kaki raging sejak azali lagi. Ketika aku masuk 6 Atas, dihadapnya aku sejam menanyakan mengapa kau datang ke Melaka. Kok belanja cendol bolehlah tahan sikit. Ha ha ha.

Anna said...

U ni ali asyik ingat cendol je...Kenapa ek..?

zolkaply yunus said...

Cikgu Abdullah (tukang urut profesional) macam YB. Next meeting, kita bergaya lagi. Nanti kita meeting di bawah pokok pulak.

ALI MAIDIN said...

Ana, sejak zaman kecik2 lagi, cendol mimuman special kita. Lainlah zaman la ni - macam2 dari Ameria.

murtad melaka said...

Masa 78, gambar ikut sapa tinggi. Sekarang kena ikut sapa lebar. he he he

basir said...

Banyak yang lebau bin besau je. he he

aku maintain said...

Aku risau kot bayar RM20 ni, masing2 dah lebar ni menu camaner eh?

razakhussin said...

Assalamualaikum semua,
Aku tiba-tiba aje rindukan acara sukan Merentas desa di Kampung Sungai Putat.Ada lagi ke Kampung tersebut, atau tinggal sungainya aje dan masih ade ke lagi Putatnya?

mastura said...

Razak kau tak rindu jirat cina ke? Gendang dia tak pernah kitaorang lupa.. Hiburan waktu dia lalu kat asputeri...Roy an Ana terlompat2

Anna said...

Mas,ana lupa gendang cina tu,yang ana ingat tiap pagi minggu ada ane jual rojak kat tepi pagar aspuri...Sedap,kan. teringat-ingat sampai sekarang...

orang gurun said...

Saya , klu tak teka kwn Pak

budak yg duduk Bkt Katil.LI tunjukkan gambau dia dan saya masa dekat Akedemik Daya dulu.....jauh berbeza. Tapi meeting ni rasanya ada student 2009 yg baru ke. Anyway tq yg dtg dgn sumber ilhamku. ha...ha Is3 tukan

hayati said...

Masa hari cuti, Basir dengan Suhdi pakai lesen L je, tak boleh drive sorang2.

Orang Gurun said...

Wahai cikgu Mas2ra, Jawab soalan saya tentang emas ni?. Apakah perkataan emas yg suka dek org lelaki klu diberi peluang Jawab jgn tak jawab lanjutan persoalan tentang warga emas.

mastura said...

xtau lah aku tak suka emas. Nama aku pun dah emas sebungkal...

hasnah said...

org lelaki paling suka bila dapat payung emas le..Betulkan Mas. Sebab ada kawan kita yg dah dpt, harap harap jangan pulak ada yang ikut .

orang gurun said...

apalah Mas ni , orang lelaki suka kalau sebut aku terima...... dengan mas.kawinnya........ Tak percaya tanya tuan Imam terutama yang baru dapat isteri. Itulah hakikatnya

mastura said...

Hasnah dan orang gurun , cuba tanya geng2 lelaki emas kawin dulu hutang dah habis bayar tak? Jawap Ali dan Basir?

ALI MAIDIN said...

Ada rahsia mas kahwin hutang tu, supaya terus terikat sampai mati. Ha ha. Hidup P Ramlee

basir said...

Sudi sampai le ni masih tak membalas lagi. Hei sudi hang jawab le apa yati tanya tu aku tak faham le pasal lesen L tu, atau hang buat2 tak tahu.Hasnah tolong ajar sudi buat komen ye.