APA CERITA IBRAHIM JANTAN

Takkan Ibrahim Jantan kita tu tak menyahut. Takkan dah lupa negeri asal. Saya orang sempadan kat Batang Melaka pun ingat perigi Hang Tuah tu.

Minta Dr Majezan, Yahaya dan Sharifah Nuri kejutkan dia.

Banyak perangkaan yang kita nak complain ketika hari reunion nanti. Ha ha ha.

No HPnya 019- 2707027.

ATUR CARA REUNION

Atas titah Cikgu Maria Ibrahim, maka dicatatkan agenda program reunion yang akan berlangsung pada 10 Mei ini nanti

9.30 - 1o pagi - Pendaftaran sambil berpelukan mana yang sempat.

10 - 10.10 pagi - Alu-aluan Pengerusi Majlis Dan Doa Selamat - Mokhtar Ahmad dan Cikgu Zolkaply Yunus

10.10 - 10.20 pagi - Ucapan Pemanis oleh Moderator Munshi Abdullah78.blogspot.com dan bacaan sajak di Muara Pertemuan oleh Cikgu Rani Embi.

10.20 - 12.00 - Tayangan Pelbagai Slide - nostalgia lama dan baru serta diselang seli dengan cabutan hadiah bertuah. Jaga perut jangan terpecah. Juga ucapan wakil pelajar terpilih.

12 - 1 petang - Ucapan Guru, bacaan sajak, cabutan hadiah bertuah dan bergambar ikut kelas berdasarkan kedudukan seperti pada tahun 78.

1 - 2 petang - Makan, bermesra dan salam berpisah

Jangan lupa bawa hadiah untuk cabutan bertuah nanti ye. Lagi banyak lagi bagus. Ha ha.

10 HARI LAGI REUNION

Tinggal 10 hari lagi reunion kita. 6 orang guru termasuk Cikgu Mohamad Daud dan Guru yang mengajar 6 Sains akan hadir. 82 orang bekas pelajar telah bersetuju hadir termasuklah Anuar Mohamad 6 Sastera 1. Hayati dan Jaamat berjaya menghambatnya. Ha ha. Jumlah kesemua peserta reunion kita termasuk suami isteri dan anak-anak ialah 170 orang. Meriah sakan kata orang Kedah.

Semua persiapan telah dibuat. Hanya kain rentang atau banner sahaja belum ditempah. Ianya memerlukan tajaan anda. Sila beri wang tajaan anda terus ke akaun Hayati. Harap Dr Majezan dan Yahya Ghani akaunkan terus wangnya. Ini bukan cobaan tau. Betul-betul ni.

Yang rapat dengan YB Datuk Mat Sirat, tolong sound sikit kepadanya.

JEJAK PERJALANAN YAHAYA GHANI 6 SAINS


Ini emel Yahaya Ghani yang mencatatkan perjalanan jejak hidupnya selepas keluar Munshi pada 1978:

Salam sahabatku

Seperti yg ku janjikan dibawah catatan ringkas perjalanan hidupku. He he he

- 1979 - ke UKM ambik BSc (Hons).

- Tahun 2 di UKM aku di tawarkan biasiswa Petronas. Masa tu aku perasan macam org kaya le pasal biasiswa besau tapi sebenaunya aku org semekin. Ha ha ha.

- Lepas dapat ijazah BSc (Hons) aku terus di arah bertugas di bhg teknikal & latihan Petronas KL


1985 - aku berpindah ke Bhg Makmal jadi Ahli Kimia


1991-1993 - Petronas sponsor aku buat MSc dalam bidang Lubricant Chemistry selama dua tahun.

1997 - aku berpindah ke Bangi di Bhg penyelidikan R&D jadi Senior Researcher / penyelidik Kanan (Scientist kot ) . Di sini aku terlibat secara direct dalam Petronas lubricant product development . Aku terlibat dalam formulation of F1, Syntium, Mach5, Racing 2T GP, Hydraulic, Gear, Compressor, Turbine etc. Makna kata kalu ada sahabat2 yg berminat nak bikin lubricant saya bisa jadi consultant nya. He he he

1986 - berkahwin dgn Zaharah orang JB. Masa kami berkahwin, isteri cuma Diploma Holder (Computer Science ) tapi aku galakan dia belajar sampai MSc ( Comp. Sc ). Dengaunya dia nak sambung PhD (Comp. Sc). Kini beliau sebagai Pengarah di Suruhanjaya Multimedia dan Kominikasi di Cyberjaya. Aku sentiasa berikan galakan walaupun udah le tua. Ha ha ha
Anak 4 org:

1. Anak sulong, perempuan- 22 tahun, masih menuntut dalam bidang perubatan di Uni Dublin Ireland. Tiada dlm gambar - tiap tahun dia bercuti balik Msia pada June - Sept.

2. Lelaki- 21 tahun, masih menuntut dalam bidang perubatan di Malaysia.

3. Perempuan-14 tahun - Sek Men Jln 4, Bandar Baru Bangi

4. Perempuan- 12 tahun -UPSR this year.

Rumah di Sec 8 Bandar Baru Bangi. Kepada sesiapa yg lalu di Bangi sila singgah le.

Gambar photo tu aku ambik di pangkal pokok di halaman rumah mertuaku di JB ketika hari raya lepas . Ho ho ho.

Gitulah janji aku telah tertunai sudah. Jom kita pekena pengat ubi kayu.

MOHD NOR SALLEH


Ha ha, baru sekejap tadi cerita hal Mohd Nor Salleh, beliau telah dikejar oleh Zolkaply dan Saari Mat Jelas. Apa lagi pekena teh tarik juga lee...

AZIZAH MOHAMAD YUNUS DAH RESPON

Azizah Mohamad Yunus, 6 Sains 2, sudah menyahut dalam blog ini melalui komen dalam posting bertarikh 24hb April. Ini komennya:

Zah skrg berada di Kuala Terengganu. Sesiapa datang melancung ke sini bolehlah hubungi Zah - 09-6173371 / 013-9517802.

Selepas Zah masuk Maktab Perguruan Persekutuan, P.Pinang, Zah balik mengajar di Sek.Men. Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam selama tiga tahun ttp tak jumpa pun kawan-kawan SMMA. Mungkin masa itu masing-masing sibuk dengan membina kerjaya kut.

1983 - Zah berpindah ke Negeri Sembilan sbb bapa pencen polis. Masa itupun zah sudah berkahwin dan suami sambung belajar diUKM, Bangi. Bila suami habis belajar, Zah dah ada 3 anak, nak sambung belajar pula tak dapat sokongan suami jadi tak tercapailah cita-cita nak masuk U.

Skrg ini bagi peluang pada anak-anak sahajalah, Zah ada 6 orang anak:

- anak sulong skrg bertugas di TUDM, Kuantan sbgai Pegawai Logistik ( Sains Komputer)

- anak kedua perempuan Berkerja di Proton Tanjung Malim ( Kejuteraan Mekanikal),

- anak ketiga lelaki masih di UITM, Shah Alam ( Kejuteraan ELetrik dan Eletronik),

- anak keempat lelaki belajar diUIAM, Kuantan ambil bidang Farmasi,

- anak ke lima masih di Sek. Teknik Kuala Terengganu ( tkn 4 )

- yang bongsu perempuan berada di tkn. 2 sekarang.

Catatan ringkas perjalanan hidup:

1980-1982 - di Sek.Men. Agama Sultan Muhammad , Batu Berendam.

1983 - di Sek. Men. Bahau.

1984-1988- di Sek. Teknik Juasseh,Kuala Pilah

1989- 2002 - di Sek. Men.Keb. Datuk Mansor, Bahau

2003 - pindah ke Terengganu ikut suami pulang ke kampungnya sehinggalah sekarang.

Zah pernah bercakap dengan senior SMMA 76 (kawan-kawan Kakak Hamidah) minta mereka tubuhkan alumi SMMA, Zah tak tahu yang SMMA78 ada blog dah, nasib baiklah Hayati dapat hubungi Zah dan nyatakan tentang blog ini.

Macamanalah agaknya bila berjumpa kawan yang telah lama tidak bertemu? tak boleh nak bayangkan gembiranya, ttp Zah yang bersedih kerana tak dapat join bersama, next time cubalah arrange masa cuti sekolah.

Selamat berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Satu lapuran yang penuh. Dr Majezan dan Yahaya Ghani pun belum bagi report penuh. Ha ha.

Gambar: Berdiri berdiri dari kiri: Salmah Taib, Noraini Rebo, tak tau, Raduan Mohamad, Kavari Kavandan, Mat Sirat Abu, Fauzi, Mohd Nor Salleh, Lee Guat Hoon, Rashidah Mat Dawi, Azizah Yunus.

Duduk dari kiri: Norlaila Dewa, Jamaliah Mohd Yusof, Hamidah Daud, Mokhtar Salleh, Cikgu Law Wai Yee, Hamdan, tak tau, tak tau, Hawa.

MOHD NOR SALLEH 6 SAINS 2 DIKESAN

Mansor Kasim berjaya mengesan baki pelajar 6 Sains 1978. Kali ini tanpa menggunakan gari seperti Basir beliau berjaya menangkap Mohd Nor Salleh atau Mat Nor Tongkoi, seperti digelar oleh Md Jadi Larut.

No HPnya 019- 6279443.

Kini beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau. Beliau bukanlah menghilang jauh pun dari Melaka. Belakang dapur aja tu.

Dia berjanji akan datang ke majlis reunion kita nanti. Nampak gaya jumlah kehadiran reunion kita kini ialah 80 orang termasuk Razali Baharom.

Mohd Nor no 4 dari kanan - berdiri, di gambar.

ADA PENGINTIP OI

Ini lapuran terbaru dari Norlida Baba melalui emelnya pada malam tadi:

Salam kawan2.

Siang tadi saya menerima panggilan dari adik kita yang paling junior. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Fauziah Nikmat yang ketika itu berada di tingkatan 1 khas dan sedorm dengan saya. Saya ingat2 lupa maklumlah.......Tapi terus mengaku mengenalinya, beliau begitu teruja dan cemburu kerana rakan seangkatan kita 78, mempunyai blog dan bakal mengadakan reunion.

Katanya dia sering mengikuti blog kita,beliau juga membayangkan betapa kita tidak sabar untuk bertemu di reunion yang tentunya meriah.Beliau juga berharap rakan2 seangkatannya dapat mewujudkan blog agar dapat berkongsi cerita dan mengibau kembali indahnya zaman persekolahan.

Disini saya turunkan number telefon pejabatnya 0322821634 di bangsar. semoga dengan ini rakan2nya yang terbaca blog ini dapat menghubungi beliau dan seterusnya menjalinkan semula sillaturahim sesama mereka.Kita jumpa nanti di reunion 10 mei.. InsyAllah...

NORLIDA BT BABA


Tak sangka ada pengintip blog kita ni ya. Nasib adik junior kita. Moga-moga ramai lagi pelajar Munshi yang membuat blog rakan seangkatannya. Selepas itu kita boleh buat satu lagi HIMPUNAN BEKAS MUNSHI YANG TERBESAR PULAK. Ha ha.

3 PAK CIK 6 SASTERA 1 TAK HADIR

Hanya 3 orang Pak Cik 6 Sastera 1 yang dijangka tak dapat hadir ke majlis reunion Munshi 78. Mereka ialah:

1. Zakaria Jaafar kerana ada kenduri kahwin di rumah iparnya.

2. Mazlan Ahmad yang terlalu sibuk dengan kerja luar, mengalahkan Menteri Penerangan.

3. Anuar Mohamad yang sukar dihubungi.

Harapnya Rani atau Karim mengheret Anuar Mohamad ke Air Keroh nanti. Manakala Basir dan Adam kena gunakan trak FRU untuk mengepung dan mengangkut Mazlan. Tidak ada pilihan lain. Malulah saya dengan Zainudin yang sanggup datang dari Baling tu...

Mak Cik 6 Sastera 1, tertaklok dengan program suami atau keluarga masing-masing, payahlah nak adjust dengan program kita ini. Apakan dayaku....

MOKHTAR SALLEH 6 SAINS 2

Mokhtar Salleh (kiri) terserempak dengan Imam Zolkaply Yunus di pekan Masjid Tanah pada ahad lalu. Lantas mereka bergambar dan dipaksa oleh Zol untuk hadir ke majlis reunion nanti.

Saya yakin, tanpa gambar ini, Dr Majezan tidak akan kenal Mokhtar ini walaupun di x-ray tanpa baju. Ha ha.

Lihat gambar Mokhtar semasa 78 dengan klik di sini.

No HPnya - 019-2375958

MEREKA YANG TIDAK HADIR 6 SASTERA 2

Sedih juga mendengar lapuran rakan-rakan yang berhajat nak ke majlis reunion tetapi ada ahwal tersendiri. Menurut Hayati yang memantau pelajar 6 Sastera 2, mereka yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab berikut:

1. Faridah Ngah kat Perak- husband tak dpt ikut ' ada urusan, takkan dia nak dtg sorang2 - tak berani

2. Fauziah Ayub- husband tak sihat - mana boleh tinggalkan husband sorang2 kat rumah.

3. Lelee - kena pegi kenduri kahwin kat Johor. Apa kata suami dia kalau dia tak ikut sama.

4. Noor Kamariah - ada urusan yg tak boleh saya sebut disini, rahsia.

5. Rashidah - suruhlah Rohana Hashim pujuk.

Begitulah sukarnya menjadi orang perempuan yang telah bersuami. Gaya hidup dan ketaatannya kini beralih hanya dan untuk suami. Teringat saya akan satu dailog dalam filem Hindustan " jika ada tuhan lain, ianya ialah suami". Tu yang kekadang sedih benar tengok filem hindustan, yang menunjukkan pengorbanan seorang isteri. Saya pun dah lupa filemnya. Kau jangan tak percaya wahai Mastura. Ha ha ha. Hantam sajalah labu.

AMIN JUMPA MISS TAN

Mohamad Amin sudah berjumpa guru Ilmu Alam Munshi 78 bernama Miss Tan.

Tunggu laporan selanjutnya beserta gambar. Cerita beliau berhijrah ke Australia adalah bidaah belaka. Ha ha ha.

Masih teringat betapa "Melakanya" loghatnya bila beliau bertutur. Dan saya terasa beliau melayan kita sebagai kekawan dan bukan budak ingusan yang sedap ditampar-tampar. Ha ha.

KLIP VIDEO DI MAJLIS REUNION

Antara agenda utama dalam majlis reunion nanti ialah ialah persembahan klip video - Munshi: dulu dan kini. Basir dan Amin sedang berhempas pulas menyiapkannya kini.

Katanya Amin telah pergi ke Sekolah Menengah Munshi Abdullah untuk merakam pelbagai gambar termasuk tempat u orang "merendek" dulu. Ha ha.

Kita tunggu. Tolong bawa sapu tangan, ditakuti ada yang menangis nanti. Orang perempuan, tak boleh dipercayai dalam bab air mata. Mudah "bebenor" mengalirnya walau pun mengharungi detik-detik gembira - bak kata Sharifah Nuri, budak Munshi yang berasal dari Perak tu....

Wahai Dr Majezan, anta bila mahu hantar gambar terkini. Kok orang Melaka halau kau di Air Keroh nanti lantaran tidak kenal. Ha ha ha.

SALMAH TAIB 6 SAINS 2

Dari isteri Aziz Yassin, Hayati berjaya mengesan Salmah Taib, bekas pelajar 6 sains 2 SMMA.

No HPnya: 012-6016513
No Tel Rumah/Pejabat: 06-2814412.

Berdiri: Dari kiri: Yang pertama tu Salmah Taib.

Jika sudi datanglah ke reunion nanti.

JEJAK PERJALANAN MANSOR KASIM 6 SAINS 1

Baru hari ini sahabat kita Mansor Kasim, 6 Sains 1, SMMA, mengemelkan gambar familinya. Ada seorang puterinya tidak ada dalam gambar ini kerana sedang belajar di Peranchis.

Ini sebahagian catatan hidup beliau selepas membebaskan diri dari Munshi pada 1978:

1979 - 1980 - memasuki Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. (sama maktab ngan Aziz Yasin)
1981 - 1990 - mengajar di SMJK Slim River, Perak.
1991 - 1996 - mengajar di SM Simpang Bekoh, Asahan, Melaka. (sama ngan Kavari)
1996 - 1999 - USM (Buat Ijazah Pertama)
1999 - 2004 - Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah. (sama ngan Razali Baharom)
2005 - 2006 - UKM (Buat Master dalam Pendidikan Sains)
2006 - hingga kini di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu,
Melaka. (nama baru bagi MPPM).

Selain Zolkaply, Mansor adalah antara geng sains yang aktif menjayakan program reunion kita ini. TQ Brother. Nanti saya belanja rokok daun. Ha ha ha.

SAMPAI DI SINI SAHAJA

Sampai di sini sahaja usaha kita memburu rakan Munshi yang hilang. Tetapi jika terjumpa sesiapa di mana-mana, sila buat lapuran ke blog ini.

Sah sudah 80 orang yang akan hadir ke Majlis Reunion Munshi 78 pada 10 Mei di Air Keroh Country Resort, jam 10 pagi. Pendaftaran mulai jam 9.30 pagi. Tetamu khas yang pasti ialah Cikgu Rashid dan Cikgu Hassan Jaalam. Kita tengah mencari Cikgu Jaafar yang pemalu tu.

Bila sampai di hari reunion nanti, anda jeritlah nama anda sendiri. Tak siapa nak marah. Tak payah kita sibuk bertanya. Kalau boleh Mokhtar umumkan melalui pembesar suara. Yang dah ada gambar dalam blog bolehlah kita kenal. Yang masih malu-malu dan tak reti hantar gambar ke blog ini, mampus kita tak kenal jika terjumpa. Maklomlah sudah 30 tahun lebih.

Yang bawa suami atau isteri perkenalkan suami dan isteri anda itu. Yang pasti anda tidak berpeluang melihat wajah isterinya Mohamad Amin. Beliau berpurdah. Namanya Mashita. So, jika jumpa nanti, terus menyapa wanita ini "Khaifa ya ukhitie". Ha ha.

Suami dan isteri bekas pelajar Munshi bersedialah dengan histeria yang akan melanda suami dan isteri anda itu. Biarkan mereka gila sebentar. Ha ha ha.

Sahara bertanya "mengapa engkau begitu terpanggil membuat reunion budak Tingkatan Enam ini Ali oi, walhal engkau ada ramai rakan-rakan di U dulu". Payah untuk saya menjawabnya. Hanya hati saya sahaja yang tau menjawabnya dan tak mampu diungkapkan dengan kata-kata atau tulisan. Saya akan cuba lafazkan pada 10 Mei nanti. Biar misteri mengapa reunion ini diadakan.

Dan soalan saya kepada anda "apa, selepas reunion ini". Fikir-fikirkanlah.

Sementara menunggu 10 Mei, dengar lagu ini.

DI RUMAH BARU YB MAT SIRAT

Petang tadi geng Melaka berpakat ke majlis kesyukuran rumah baru YB Mat Sirat.

Aziz sahaja yang membawa isteri.

Yang lain nak berlagak bujang.

Kena klik gambar baru jelas.

Dari kiri: Karim, Johari, Basir, Jaamat, YB Mat Sirat, Zolkaply, Abdullah, Mohd Amin, Aziz dan isteri Aziz (sila teka siapa namanya)

Kesian Mastura tak dapat joint. Ha ha ha.

Sesungguhnya kelapangan masa untuk menziarahi sahabat juga satu anugerah Allah SWT. Bukan semua orang memperolehinya. Kalau tak ada mesyuarat tadi, saya angkut semua geng yang rumahnya di tepi high way KL- Melaka. Ha ha ha.

SUBRAMANIAM THOLASI 6 SAINS

Yahaya Ghani sudah berjaya bercakap dengan pemuda India tak berbaju, bekas pelajar 6 Sains SMMA seperti di dalam gambar sebelah.

Seperti info Hayati, Subramaniam Tholasi bertugas di Kastam Putrajaya.

Walaupun lulus nuclear physic di UKM, tetapi bertugas di Kastam. Apa punya turr daa.

Kini, Subraniam mempunyai 3 anak.

No HPnya 012-3812272.
Emelnya: subra@customs.gov.my

Ajaklah dia ke majlis reunion kita.

TINGKATAN ENAM SAINS 2 SMMA

Namakan insan dalam gambar ini mengikut:

Duduk dari kiri:

Berdiri dari kiri:

Jangan dok berkecoh masa menulis nama mereka ini. Yang tak tau tulis tak tau.

Gambar: Berdiri berdiri dari kiri: Salmah Taib, Noraini Rebo, tak tau, Raduan Mohamad, Kavari Kavandan, Mat Sirat Abu, Fauzi, Mohd Nor Salleh, Lee Guat Hoon, Rashidah Mat Dawi, Azizah Yunus.

Duduk dari kiri: Norlaila Dewa, Jamaliah Mohd Yusof, Hamidah Daud, Mokhtar Salleh, Cikgu Law Wai Yee, Hamdan, tak tau, tak tau, Hawa.

PERJALANAN DR MAJEZAN

Ini info ringkas Dr Majezan selepas keluar Munshi pada 1978:

- Belajar di UKM - kursus perubatan selama 6 tahun

- Bertugas di HUSM 2 tahun

- Bertugas di Pulau Pinang 2 tahun

- Bertugas di Klang 1 tahun

- Sambung pengajian lanjutan di UKM selama 3 tahun

- Bertugas di Brunai 2 tahun

- Kemudian ke Johor.

- Sekarang bertugas di Kl, tak tau dimana.

- Sekarang Naib Presiden PROKIM MALAYSIA

31 TAHUN PUNYA CERITA - 1

Betapa sibuknya kita selepas keluar Munshi 1978. Mengejar impian, cita-cita dan ada yang mencari cinta. Ha ha. Dalam perjalanan itu kita terabai dengan bekas sahabat lama kita di Munshi. Betapa tidak, dengar ini punya cerita...

- Saya, Md Jadi dan Rosnani Yus sekampong di Batang Melaka tak pernah terjumpa dan setakat merisik khabar dari jauh-jauh sahaja.

- Mokhtar Ahmad dan Saari Mat Jelas selalu berselisih jalan tetapi dah lupa dimana pernah bersua sehingga timbul gambar Saari dalam blog ini.

- Yahya Ghani 10 tahun di Wangsa Maju tetapi tak pernah rasa nak berjumpa dengan saya dan Dr Majezan.

- Jamilah Jamian di Kementah, Rohaya di HKL, Rohana Mat Jais di DBKL, Mazlan di Jabatan Penerangan Jalan Raja laut, Jamaliah Yusof di Taman Melati dan Shamsudin di Ampang tak bisa bertemu sesekali untuk minum teh kosong.

- Zakaria Osman, Norsir dan Karim Harun yang sebandar Melaka tak pernah minum ABC bersama.

- Rohana Hashim ada akaun bank di EON Bank Seremban, dimana Shamsudin pernah bertugas di situ tetapi meraka tak pernah perasan.

- Betapa ramai rakan kita di Melaka tu sebagai guru, satu profesyen tetapi tak sempat bersembang sama sambil makan nasi lemak sambal belacan.

- Saya tak ingat langsung Zaharah Ismail dan Yahya Ghani studi bersama di UKM dan tak tahu langsung ada budak bernama Majezan dari Munshi yang ambil kursus perubatan kerana ramai sekali kawan-kawan saya dalam jurusan perubatan semasa di UKM dulu.

- Ada kekawan yang tahu dimana kawannya tetapi tak berani menyapanya.

- Ada kekawan kita yang menghadapi kesihatan yang serius yang tak kita ketahui untuk paling kurang kita memanjatkan doa kepada Allah swt.

- Betapa ada rakan kita yang meninggal dunia tetapi tak sempat kita mengiringimya ke tempat bersemadi terakhir di dunia ini.

- Dan banyak lagi kesah sahabat-sahabat yang berlaga hidung tetapi tak kenal. Ha ha

Aduh, betapa sibuknya kita kan...Apakah blog ini bisa merapatkan kita kembali. Imam Syafie berkata '' kehilangan seorang sahabat pun sudah terlalu ramai bagiku"

Moga-moga MAJLIS REUNION MUNSHI 78 PADA 10 MEI INI SEBAGAI PENEBUS DOSA KEALPAAN KITA. Ha ha

Apakah sajak DI MUARA PERTEMUAN oleh Rani nanti akan mengungkap kenangan lama kita ini...Tunggu ye.

ADAM AHMAD DAN FAMILI

Selepas tamat Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, barulah rakan kita Adam Ahmad, 6 Sastera 2 dapat menghantar gambar familinya melalui emel sebentar tadi.

Isterinya Cikgu Haslina sama sekolah dengan Rohana Hashim, 6 Sastera 1. Pusing-pusing kat situ saja geng Munshi ini kan...

Adam akan hadir reuinion nanti. Tanpa beliau, Md Jadi, Basir, Mokhtar Ahmad , Redhuan tak dapat melepaskan gian - dengan ucapan TOMPEK LUEH. Ha ha ha.

Yang lain-lain bila lagi nak hantar gambar famili. Kok berlaga hidung, tak konal pulak nanti.

ZAKARIA JAAFAR JADI RAJA PASOLA

Akibat pemansuhan Kementerian Pembngunan Ushawan dan Koperasi, nasib Zakaria Jaafar, bekas 6 sastera 1 yang kini Pengarah Perancang dan Penilaian di MECD ibarat Raja Pasola dalam filem Laksamana Do RE MI. Ha ha ha.

Beliau ada jawatan tetapi tak tahu nak bertahta di Jabatan atau Kementerian mana. Lantaran itu sehingga kini beliau tak boleh sahkan kehadiran ke majlis reunion kita. Ha ha ha. Siapakah yang akan menjadi Laksamana Doremi untuk membantunya.

No Tel Zakaria 019-3386495

KEHADIRAN REUNION IKUT KELAS

Tingkatan 6 Sastera 1:
  1. Ali Maidin
  2. Juwita Hasan
  3. Rani Embi
  4. Rohana Hashim
  5. Maznah Asnawi
  6. Maimunah Baba
  7. Marhamah
  8. Abdullah Bachik
  9. Jaamat Alimat
  10. Karim Harun
  11. Mokhtar Ahmad
  12. Zakaria Osman
  13. Nyaros Alias
  14. Fauziah Hashim
  15. Jamilah Jamiaan
  16. Norhizam Mahtob
  17. Yaakob Othman
  18. Mat Aris Bakar
  19. Saari Mat Jelas
  20. Norjan Taj Mohamad
  21. Maria Ibrahim
  22. Mohamad Han
  23. Yahya
  24. Rosni Hashim
  25. Norsir Sarif - yahooo
  26. Anuar Mohamad - update 30 April
  27. Zaharah Ismail - update 1 Mei
  28. Dr Hanipah Husin - update 4 Mei
  29. Rosnah Mat Isa - update 8 Mei
Tingkatan Enam Sastera 2
  1. Hayati Haron
  2. Hasnah Mohd
  3. Zainuddin Hj Idris
  4. Basir Hj Amit
  5. Mohamad Amin
  6. Adam Ahmad
  7. Zaini Samani
  8. Shamsudin Hj Md Yusof
  9. Kamarudin Arshad
  10. Hidayah Bahari
  11. Norlida Baba
  12. Zainab Abu Bakar
  13. Rashid Ahmad
  14. Mastura Bachik
  15. Sahara Tawil
  16. Saripah Nuri
  17. Datuk Kamaludin
  18. Hanim Esa
  19. Haris Bahari
  20. Khatijah Kasim
  21. Razak Husin
  22. Norliah
  23. Rohana Mat Dali
  24. Rohaya Rahmat
  25. Datin Saudah
  26. Aziz Mat Yasin
  27. Rosnani Yus
  28. Hasnah Mahfiz
  29. Suhdi Abdullah
  30. Jamilah Hashim
  31. Umi Kalsom
Tingkatan Enam Sains

  1. Zolkaply Yunus
  2. Hamidah Daud
  3. Mansor Kasim
  4. Johari Mohamad
  5. Abdullah Wahid
  6. Razak Lajis
  7. YB Mat Sirat
  8. Alias Nayan
  9. Mulyati Idris
  10. Mohd Razak Kanapiah
  11. Yahya Ghani
  12. Jamaliah Yusof -
  13. Dr Majezan Yaakob
  14. Zakaria Semail
  15. Ramli Ahmad
  16. Md Jadi Larut
  17. Baharudin Baba
  18. Kavari Kavanda
  19. Tamaei Said
  20. Raduan Mohamad-update 26 April
  21. Mokhtar Salleh - update 26 April - dijamin oleh Zolkaply Yunus
  22. Yusof Che Mat - update 26 April
  23. Mohamad Nor Saleh - update 29 April - dijamin oleh Mansor
  24. Razali Baharom - update 29 April - dijamin oleh Mansor

KHAS DR MAJEZAN

Dr Majezan mengaku bekas sosialis. Artikel ini sesuai untuknya. Klik di sini.

Yang lain jangan baca, kok pocah kepalo. Ha ha ha

MAZLAN AHMAD PUSING MALAYA

Antara sahabat Munshi yang terlalu hampir pejabatnya dengan saya ialah Mazlan Ahmad, 6 Sastera 1. Pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Tetapi cukup susah nak jumpa dengan beliau. Setiap kali talipon, beliau berada di luar KL. Sekejap di Sabah. Sekejap di Bukit Gantang. Sekejap di Tangkak. Beliau sentiasa pusing Malaya. Tanpa beliau di hari reunion, tak syok le. Anak nelayan Sg Baru ini banyak menyimpan cerita best untuk kita dengar kembali.

Dan jangan tak tahu, Mazlan telah pun bercucu.

Harap Md Jadi tolong heret Mazlan ke majlis reunion kita nanti. Depa berdua geng kamcing dulu. Ha ha. Basir pun dah tak larat meligan Si Mazlan ini. Saya masih teringat lagi Md Jadi melapurkan kepada saya pada tahun 1979, bahawa Mazlan "mengamuk" di pejabat Sekolah Menengah Munshi Abdullah semasa mengambil result STP. Mengapa? Tunggu 10 Mei nanti.

Gambar: Mazlan berkain sarung tu..

MANA EMEL ANDA

Sesiapa yang belum bagi alamat emel, sila lapurkan dalam blog ini. Banyak info yang mahu dikongsi bersama.

Yang dah bagi alamat emelnya, rajin-rajinlah membuka peti emel anda.

Yahya Ghani dan Mokhtar Ahmad banyak rahsia yang mahu dikongsinya dengan kita. Ini belum lagi dari Dr Majezan, banyak rahsia "orang pelik" yang mahu diceritakan dengan kita secara eksklusif. Ha ha ha.

TAWARAN KHAS DARI MAZNAH ASNAWI

Mazah Asnawi menawarkan harga diskaun Alpha Lipid. Harga asal RM 180. Harga tawaran RM 150 sahaja.

Sila tel atau sms Maznah 016-2632809 untuk keterangan lanjut. Dia akan bawa produk yang ditempah pada hari reunion.

Kelebihan produk sila klik di sini.

Dr Majezan dilarang membaca posting ini. Ha ha ha.

ZAKARIA SEMAIL 6 SAINS 1

Lelaki terakhir 6 Sains 1 yang dapat dikesan ialah Zakaria Semail. Beliau sama-sama seasrama putera dengan saya. Beliau seorang pendiam. Kali terkahir saya terjumpa beliau ialah di hari pengebumian arwah Tajudin beberapa tahun lalu. Kami tak sempat bersembang panjang dan bertukar cerita kerana suasana terlalu hiba akan pemergian sahabat tercinta kita Tajuddin.

Zakaria kini tinggal di JA 867, Tmn Wira Tehel, Bemban, Melaka. Beliau mengajar di SK Air Molek. Sama dengan Maria ke?

No. Tel Rumah 06- 2686292

No HP 013- 6113942.

Dengan ini semua pelajar 6 Sains 1 telah berjaya dijejaki kecuali yang telah pulang ke alam barzakh iaitu saudara Rahmat.

Gambar: Zakaria - baris belakang kiri sekali.

LAGI 3 AKAN BAYAR FEE REUNION

20 HARI LAGI REUNION. Hanya3 orang lagi dijangka membayarnya sebelum tarikh tutup pada 25hb April 2009. Mereka ialah:

  1. Razali Baharom - 6 Sains 1 - mazhab slow, sibuk kat makmal lagi
  2. Mokhtar Salleh - 2 orang - 6 Sains - dah balik Umrah ke
  3. Yusof Che Mat - 6 Sains, TERBARU DIKESAN

MEE JUITA

"Mee Juita" di Pasaraya Mydin, Air Keroh, Melaka ialah mee buatan Juwita Hasan, 6 Sastera 1 SMMA.

Kekawan di Melaka, jangan lupa membelinya dan kempen orang lain untuk membelinya juga.

Yang ada kedai runcit macam Yahya Sharif eloklah menjadi agen jualannya.

Para guru, galakkan peniaga kantin menggunakan mee ini.

No HP Juwita 019-6695811

PESANAN INI DITAJA OLEH MOHAMAD AMIN, JASIN, MELAKA


YUSOF CHE MAT 6 SAINS 1

Semakin hampir hari reunion, ramai pula saki baki budak sains dijumpai. Imam Zolkaply berjaya menjejak Yusof Che Mat yang kini mengajar di SMK Datuk Hj Talib Karim. Mengikut Zol, Yusof akan hadir majlis reunion kita.

No HPnya 017- 692 3562.

Maka baki yang belum dijumpai ialah Zakaria Semail sahaja. Harapnya super agent kita tolong kesan ya...

Gambar: Berdiri dari kiri: Razali Baharum, Ramli Ahmad, Rohaizan, Baharudin Baba, Johari Mohamad, Darussalam, Yusof Che Mat, Md Jadi Larut, Tamaie Said, Rahmat (meninggal dunia), Mansor Kasim dan Zakaria Semail.

Duduk dari kiri: Majezan Yaakop, Zolkaply Yunus, Razak Kanapiah, Yahaya Ghani, Mulyati Idris, Cikgu Wahid Abd Rahman, Nor Rohaizah, Yahaya Sharif, Alias Nayan, Abdullah Wahid, Razak Lajis dan Ibrahim Jantan

MESYUARAT KE 2 PERSIAPAN REUNION - 3


Mak oi, nampak garang aje chairman kita tu. Ada pengiring lagi...

MESYUARAT KE 2 PERSIAPAN REUNION - 2

Hayati, Bendahari Majlis Reunion di kanan dan Marhmah: Mesyuarat kat pejabat lagi senang kan... semua cukup.

AKSI MESYUARAT 18 APRIL - 1

Kali ini mesyuarat lega, fasal tauke Md Jadi ada untuk settle duit minum. Ha ha.

KEPUTUSAN MENARIK JK REUNION

JK Reunion mengumumkan:

  • VCD gambar koleksi lama dan baru Munshi 78 akan dijual ketika pendaftaran bernilai RM 10 sahaja.
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun akan mendapat hadiah khas.
  • Anda digalakkan membawa hadiah lebih dari satu jika berkemampuan.
  • Akan ada orang yang dijemput untuk berkongsi pengalaman hidup
Gambar: Nasib Amin datang, kalau tak Yati juga kena hidang. ha ha.

MESYUARAT KE 2 PERSIAPAN REUNION

Petang kelmarin, mesyuarat reunion kali kedua berlangsung di restoran Subadiah, Air Keroh. Kali ini ada geng baru yang datang iaitu Mohamad Amin, Aziz Mat Yassin, Saari Mat Jelas dan Md Jadi Larut.

Ada satu tan gambar yang Mansor dan Basir emelkan kepada saya pada malam tadi sehingga tak tau gambar mana yang nak dimasukkan dalam blog ini. Ha ha. Apa pun kita masukkan gambar kekawan yang jarang dilihat satu persatu.

Baris hadapan: Mohamad Amin, Saari Mat Jelas, Mokhtar Ahmad, Hayati, Marhamah, Isteri Suhdi, Suhdi.
Baris belakang: Zolkaply Yunus, Md Jadi Larut, Abdullah, Hj Hamsa- suami Hayati, Aziz Mat Yasin

MAIMUNAH BABA DAN FAMILI

Ini gambar famili Maimunah Baba, 6 Sastera 1.

Buat rumah dan bertugas di kampong sendiri, syoklah dia...

JAMUAN KESYUKURAN YB MAT SIRAT

YB Datuk Mat Sirat, bekas Ketua Pengawas SMMA 1978, kini YB Bukit Katil menjemput kita ke jamuan kesyukuran rumah baru pada 24 hb April 2009, jam 2.30 petang hingga 9 malam di No 25, Jalan M14, Taman Merbok, Bukit Katil, Melaka.

Geng Melaka wajib hadir. Ha ha. Eloknya ditetapkan satu masa serentak, barulah riuh. Kenyang cerita dari kenyang makan agaknya. Dan jangan lupa perkenalkan diri kat tuan rumah. Sirat kita bukan kenal batang hidung kita lagi dah selepas 31 tahun tak jumpa. Ha ha. Zek, kau kena jadi pak nunggu le. Wooo.

No HP YB kita 019-6670007

DR MAJEZAN YAAKOB DI MANA DIKAU

Maria meng sms no HP Dr Majezan Yaakob kepada saya sebentar tadi. Adik Dr Majezan dan Maria mengajar di sekolah yang sama. Selepas berabad, baru Maria bertanyakan dimana Dr Majezan. Ha ha.

Ini no HPnya 012-9078511.

Harap geng sains dapatkan infonya. Segera.

Gambar: Majezan - duduk, kiri sekali.

JUWITA HASAN DAN CIKGU KAMISAH

Baik-baik shoping di mana-mana. Kini ramai spy Munshi berkeliaran. Pada 15 April lalu, Amin camera man Munshi sejak 1977 terjumpa Juwita di Pasaraya Mydin, Air Keroh, Melaka.

Maka inilah gambar Juwita Hasan terkini- kiri sekali. Jangan tak kenal apabila berselisih ketika di hari reunion nanti.

Sebelahnya ialah Cikgu Kamisah, guru Sejarah Dunia di Munshi 1978. Beliau telah bersara.

MAIMUNAH BABA 6 SASTERA 1

Melalui Haris Bahari, kita tahu Maimunah telah kembali ke Melaka dari Johor. Norsir Sarif berjaya menjejak Maimunah Baba di Melaka. Melalui Maimunah pula, kita menjejak Maznah Asnawi. Melalui Maznah kita menjejak Nyaros Alias pula. Kan berantai untuk menjejak kekawan 6 sastera 1.

Petang tadi saya dan Basir sempat minum kopi bersama Maimunah Baba kerana beliau berkursus di KL. Beliau membawa gambarnya dengan suami. Suami beliau sekampung dengannya. Ha ha.

Maimunah kembali sihat kini, walaupun beberapa tahun lalu mengalami kesihatan yang agak kritikal juga. Alhamdulillah. Maimunah sempat memberitahu nama seorang rakan lagi dalam kelas 6 sastera 1 yang gagal diingat oleh orang lain iaitu Rokiah. Maimunah akan berada di KL sehingga Sabtu ini.

KENANGAN SILAM 6 SASTERA 2

Aksi silam di kelas 6 Sastera 2, Cikgu Mohamad Daud sedang mencari mangsanya. Setakat yang dilapurkan, yang pernah menjadi mangsa ialah Shamsudin Yusof, Rashid Ahmad dan Hidayah Bahari. Si Razak Husin, sikit lagi menyondolnya dari bawah kerusi. Ha ha.

Tunggu nostalgia ceritanya pada 10 Mei ini nanti

Tulislah nama dalam gambar tu ye...

CIKGU RASHID DAN CIKGU HASAN HADIR REUNION

2 orang bekas guru Tingkatan Enam Atas SMMA 1978 akan hadir ke majlis reunon Munshi 78. Rani Embi telah berjaya menempah mereka. Gerenti mereka tak ingat kita semua, kecuali Shamsudin Yusof sahaja kerana Shamsudin telah bergambar dengan Cikgu Rashid seperti di sebelah. Ha ha ha.

Sham, kau kena bawa gambar ini untuk buktikan kepada cikgu Rashid. Bawalah bunga sebesar Melaka le. Yahooo.

76 ORANG SAH HADIR REUNION

Menjelang 24 hari lagi Reunion Munshi Abdullah 78 pada 10 hb Mei 2009, Ahad, jam 10 pagi di Air Keroh Country Resort atau dulu dikenali sebagai Sri Warisan Resort, seramai 76 orang telah sah hadir dengan menjelaskan fee penyertaan.

Yang telah bayar :
  1. Ali Maidin - 3 org
  2. Suhdi Abdullah - 2 org
  3. Juwita Hasan - 1 org
  4. Hayati Haron - 7 org
  5. Baharudin Baba - 3 org
  6. Hasnah Mohd - 5 org
  7. Zainuddin Hj Idris - 4 org
  8. Basir Hj Amit - 1 org
  9. Md Jadi Larut - 2 org
  10. Rani Embi - 2 org
  11. Rohana Hashim - 1 org
  12. Adam Ahmad - 1 org
  13. Zolkeply Md Yunus - 2 org
  14. Zaini Samani - 3 org
  15. Shamsudin Hj Md Yusof - 4 orang
  16. Kavari Kavandan - 4 orang
  17. Umi Kalsom - 1 orang
  18. Maznah Asnawi - 1 orang
  19. Maimunah Baba- 1 orang.
  20. Hamidah Daud - 2 orang.
  21. Kamaruddin Arshad - 4 org
  22. Marhamah - 1 orang
  23. Abdullah Bachik - 2 org
  24. Jaamat Alimat - 2 org
  25. Karim Harun - 2 org
  26. Mokhtar Ahmad - 2 org
  27. Zakaria Osman - 1 org
  28. Mansor Kasim - 1 org
  29. Johari Mohamad - 2 org
  30. Abdullah Wahid - 1 org
  31. Hidayah Bahari - 1 orang
  32. Norlida Baba - 1 orang
  33. Razak Lajis - 2 orang
  34. YB Mat Sirat - 2 orang
  35. Alias Nayan - 1 orang
  36. Mulyati Idris - 1 orang
  37. Mohd Razak Kanapiah - 1 orang
  38. Zainab Abu Bakar - 2 orang
  39. Rashid Ahmad - 2 orang
  40. Yahya Ghani - 2 orang
  41. Nyaros Alias - 1 orang
  42. Fauziah Hashim - 2 orang
  43. Mastura Bachik - 1 orang
  44. Sahara Tawil - 2 orang
  45. Saripah Nuri - 1 orang
  46. Datuk Kamaludin - 2 orang
  47. Jamilah Jamiaan - 1 orang
  48. Jamaliah Yusof - 1 orang
  49. Hanim Esa - 1 orang
  50. Haris Bahari - 5 orang
  51. Khatijah Kasim - 1 orang
  52. Razak Husin - 1 orang
  53. Norhizan Mahtob - 1 orang
  54. Mohamad Amin - 8 ORANG - TERAMAI KRONINYA.
  55. Tamaei Said - 1 orang.
  56. Yaakob bin Othman - 2 orang
  57. Rohaya Rahmat - 1 orang
  58. Datin Saudah - 1 orang
  59. Aziz Mat Yasin - 6 ORANG - BIKIN KEJUTAN
  60. Mat Aris Bakar - 1 orang dan SPONSOR SEWA DEWAN
  61. Saari Mat Jelas - 2 orang
  62. Rohana Mat Dali - 4 orang
  63. Norjan - 2 orang
  64. Norlia - 3 orang
  65. Yahya 6 Sastera 1 - 1 orang
  66. Maria Ibrahim - 1 orang
  67. Mohd Han - 2 orang
  68. Dr Majezan Yaakob - 4 0rang
  69. Zakaria Semail - 1 orang - akan bayar ketika hari reunion, dijamin oleh Mansor
  70. Rosni Hashim - akan bayar ketika hari reunion - ditata jamin oleh Maznah.
  71. Rosnani Yus - 2 0rang
  72. Ramli Ahmad - 1 orang
  73. Hasnah Mahfiz - 1 orang
  74. Jamilah Hashim - 4 orang - update 22 April
  75. Norsir Sarif - 2 orang - update 23 April
  76. Raduan Mohamad - 4 0rang - update 26 April

KENANGAN SILAM 6 SAINS 2

Dalam kelas 6 Sains 2, ada seorang gadis tionghua tetapi siapa namanya ya...

Ishh, walaupun ramai jejaka Melayu dalam kelas sains, tak dapat memikat sang gadis Cina ini ye. Ha ha ha

CIKGU HANAFIAH

Kenangan 6 Sastera 2 bersama Cikgu Hanafiah. Siapakah gerangan di dalam gambar ini.

AKSI SILAM 6 SASTERA 1

Nah, ini geng perempuan 6 Sastera 1 1978.

Menurut Ana Hashim:

Dari kiri duduk ialah Arbaeyah, Jamilah Jamian, Norjan dan Rohana Mat Jais

Dari kiri berdiri: Anna,Nyaros,Maznah,Rosnah M.Isa dan Zainab A.Bakar.Mungkin ni suasana pagi sebelum perhimpunan mingguan sebab lelaki kat belakang tu sibuk nak pakai tali leher...Yang pakai kot tu Rani kot...

6 SASTERA 1 DI PERPUSTAKAAN

Kali ini ditayangkan gambar geng perempuan 6 Sastera 1 berlakun studi di perpustakaan pula.

Dari kiri: Ana Hashim, Nyaros, Ramlah, Maznah Asnawi dan Norhizan Mahtob.

Maznah yang bagi gambar ini.

MAJALAH TAHUNAN MUNSHI 78

Norlida Baba tak percaya dirinya menjadi Ketua Pengarang Majalah Tahunan Munshi 1978 bernama PEMUKA. Cuba tengok gambar di sebelah ini. Klik gambar untuk lebih jelas.

Norlida, kau kena belanja Basir nasi biryani kambing kerana beliau telah bersusah payah pergi ke Jasin untuk mendapatkan majalah ini tau.

TINGKATAN 6 SAINS 2 SMMA

Menurut Kaveri, ini gambar 6 Sains 2. Sebelum ini ialah 6 Sains 1. Geng Sains sendiri tak tahu mereka kelas mana selepas 31 tahun tak menatap gambar kelas mereka sendiri.

Gambar ini diperolehi oleh Basir dari Kavari. Nasib Kavari menyimpannya. Ramainya bunga. Tolong berikan nama mereka. Kali ini tugas bebudak Sains lak ye.

TAHANAN JASIN DIIKAT JAMIN



BERITA TERGEMPAR:


Satu team khas Projek X telah berjaya menahan Aziz Mat Yasin dan Mohamad Amin ketika memberi ucapan berbau perkauman di KFC Jasin. Turut ditahan di lokasi yang sama ialah Kaveri Kavandan yang dikatakan memberi bantuan tak langsung kepada Aziz dan Mohd Amin dari Kumpulan JAMAAH MENUJU SYURGA.

Melalalui soal siasat, Aziz hanya mengenai Jamaliah Yusof dan Rohaya Rahmat. Manakala Mohd Amin, lupa segala-galanya.

Walaubagaimana pun Ketua Siastan Mejar Basir telah melepaskan mereka dengan ikat jamin sekotak besar ayam goreng KFC.

Ha ha ha, gurau aja kawan-kawan. Kau jangan tak datang Aziz. Makanlah Jus Mate 5.

BASIR SERANG JASIN

Hati-hati siapa yang degil tak menjawab dengan tegas mahu ke majlis reunion atau tidak. Pagi ini Basir menyerang hendap Jasin. Tiga mangsa berjaya ditangkap iaitu Aziz Mat Yasin, Mohamad Amin dan Kavari Kavandan.

Kita tunggu gambar baru pakcik-pakcik tersebut. Basir akan mengemel kepada saya sebaik sahaja sampai di rumah atau pejabatnya.

TUAN RUMAH HITEA

Baru dapat gambar Tuan Hj Shamsudin Yusof bersama isterinya sempena majlis high tea di rumahnya.

TQ Sham, kerana dikau geng Munshi di KL dapat berjumpa semula.

Alangkah meriahnya kalau Hanim, Jamilah, Redzuan dan 2 Razak pun dapat hadir juga.

AKSI DI RUMAH SHAM - 7

Tuan Hj Zakaria di kanan sempat singgah selepas bertugas di Temerloh, Pahang. Kalau nak datang, tetap berusaha juga kan...

AKSI DI RUMAH SHAM - 6


Entah apa agenda gempar yang sedang dirangka oleh geng ini pada majlis reunion nanti.

Dari kiri: Hasnah Mohamad, Hayati, Sahara dan Khatijah Kassim.

AKSI DI RUMAH SHAM - 5

Nor Kamariah dan suaminya, En Arif orang Bukit Baru Melaka.

Pasangan ini datang juga di saat akhir. Tak jadi nak black listkan Nor Kamariah. Ha ha.

AKSI DI RUMAH SHAM - 4


Dari kiri: Datuk Kamaludin Said, Mejar Basir dan Tauke Md Jadi Larut.

AKSI DI RUMAH SHAM - 3


Rohaya dengan cucu pertamanya dan Jamaliah Yusof. Jamaliah macam dulu juga.

AKSI DI RUMAH SHAM - 2


Hayati dan Saripah sempat "mengpau" Md Jadi. Md Jadi kena sign cek derma majlis reunion. Ha ha.

Moga Allah tambah rezeki Md Jadi ye...

AKSI DI RUMAH SHAM - 1

Di belakang - Mastura Bachik
Hadapan dari kiri: Jamaliah Yusof, Maznah Asnawi, Jamilah Jamiaan dan Saripah Nuri.

Saya dah mula ingat manusia bernama Jamaliah Yusof tu wahai Rohana Hashim oi.

BERITA GEMPAR!!!!!!

Wau, berita gempar!!!!!

Fauziah Hashim, bekas pelajar 6 Sastera 1 yang paling ceria telah dijumpai.

Berdasarkan info Super Agent Saripah Nuri, saya meminta Rohana Hashim menalipon no talipon rumah atau pejabat atas nama suaminya Fauziah, bernama Anuar. Tetapi suami Fauziah, telah meninggal dunia pada tahun 2007.

Apa pun Rohana dan diikuti oleh saya selepas itu, sempat bercakap ringkas dengan Fauziah. Dengan tegas dan tak sabar, Fauziah akan datang ke majlis reunion kita. Saya bayar fee Fauziah wahai Hayati oi. Inilah antara orang yang saya cari. Ada satu cerita oleh beliau yang saya masih ingat lagi sehingga sekarang walaupun dia dah lupa. Ha ha.

Wahai Zakaria Osman, hanya nama kau sahaja yang dia ingat. Baiklah kau talipon dia segera. Betapa hebatnya kau Zek. Tanpa kau Munshi takkan diingati tau. Wooo.

No telepon rumah Fauziah 07-8911837.

(Gambar: Fauziah di kiri sekali, berambut tocang)

BASIR TURUN PANGKAT

Demi sahabat dan hendak meraikan majlis high tea di rumah Shamsudin jam 4 petang hari ini, Tuan Mejar Basir kita bersedia menjadi driver khas mengangkut Mokhtar, Hayati dan Hasnah dari Melaka ke Kuala Lumpur. Sampai hati geng Melaka mendera Basirku ye.

Tak apa Tuan Basir. Hari ini kau turun pangkat. Tetapi insyallah sehari dua lagi kau naik pangkat pula. Ha ha ha. Tabik tuan!!!!!!

Yahaya Ghani nak joint sama program hari ini tetapi terpaksa jadi "sura rumah" pula, lantaran isterinya out station. Kalau tak, mesti melompat dia datang ke Ampang petang ini. Tak apa wahai sahabat, minggu depan saya dan Basir akan ke Bandar Baru Bangi. 2 Razak kena joint le - Razak Kanapiah dan Razak Husin. Mastura dan geng pompuan jangan joint kerana ini bincang hal sulit yang orang pompuan tak suka. Ha ha, mau atur strategi terbaik tu.

ESOK HI TEA DI RUMAH SHAMSUDIN

Esok jumpa geng 14 Munshi 78 di rumah Hj Shamsudin Yusof, 6 Sastera 2. Semuanya saya sudah jumpa sejak berpisah dengan mereka pada tahun 1978 dulu kecuali Maznah Asnawi. Entah saya kenal entahkan tidak.

Senang saja nak kenal Maznah esok. Muka mana yang saya tak kenal itulah Maznah kerana semua yang lain dah dikenali. Ha ha.

Maznah adalah orang yang cepat menjawab talipon jika kita menaliponnya. Saya suka orang macam ini, kerja dan objektif kita cepat tercapai. Kita bukan nak sembang lama-lama, menghabiskan bil aja. Apa yang terlintas di hati kita, mau disettlekan segera, maka kita menalipon untuk dapat jawapan segera. Hairan sungguh, dah umur 50 tahun , sukar sekali untuk menjawab yes or no. Saya suka mendapat jawapan segera walaupun saya tak suka dengan jawapan itu kerana kita mahu atur strategi lain pula. Fasal itulah saya berhenti kerja kerajaan kerana nak minta cuti tanpa gaji 3 bulan pun tak boleh. Ha ha ha, bukanlah nak sangat berniaga sekarang ini.

Esok, Maznah akan bawa koleksi gambar tahun 78. Kali ini gambar siapa pula yang akan kita ketawakan bersama-sama. Wooo

BACA AKHBAR METRO HARI INI

Baca Metro, muka surat dua, gambar atas, kes di Subang Jaya.

Yang beruniform di tengah-tengah itu ialah ASP Redzuan Mohamad, rakan segurau senda, tompek lueh ASP Adam Ahmad. Ha ha ha.

REUNION DI AIR KEROH COUNTRY RESORT

Demi kelesaan kita, tempat majlis reunion kita bertukar ke Sri Warisan Resort atau kini dikenali sebagai Air Keroh Country Resort. Tarikh dan masa kita berkumpul tetap seperti asal.

Mudah sahaja nak cari tempat ini.

Selepas bayar tol masuk Air Keruh, berjumpa stesyen minyak Petronas di sebelah kiri. Selepas itu jumpa Hotel Sri Malaysia di sebelah kiri. Dari sini kira 3 tiang letrik sebelah kiri dan berjumpalah papan tanda Warisan Resort. Ikutlah arah papan tanda itu dan sampailah ke Air Keroh Country Resort. Ianya satu kawasan dengan Mini Malaysia.

Sesiapa hendak menginap pada malam 9hb Mei sila buat tempahan terus ke En Munir, nombor HPnya 012-6817776. Katakan untuk program reunion kita, tentu ada kosong. Segera buat tempahan.

Jika tempat itu sudah penuh, Hayati boleh uruskan penginapan di Apartment Kastam Melaka pula. Hanya RM 150 untuk 5 bilik. Sila hubungi Hayati terus.

Sessi pendaftaran bermula jam 9.30 pagi dan program bermula jam 10 pagi pada 10hb Mei. SELAMAT BERJUMPA KEMBALI, 30 HARI LAGI!!!

Masing-masing bawa satu hadiah untuk cabutan bertuah. Dengan itu kita akan tetap bawa balik hadiah dari sumbangan kekawan yang lain. Ha ha. Harap saya dapat hadiah yang disumbangkan oleh... teka le. Woo.

Yang belum bank in fee reunion, cepat le. Ha ha. Amin masih dok fikir nak bawa isteri ke tidak Yati oi. Ha ha ha. Saya tetap bawa bini lama juga. Woo.

WUJUDKAN EMEL MASING-MASING.

Alangkah indahnya jika semua sahabat Munshi 78 ada emel masing-masing. Taklah perlu menghabiskan duit dok sms dan menalipon kerap. ha ha.

Dan jika yang dah ada emel, bukalah sehari sekali. Kalau setahun baru buka emel, gantung diri di pokok tauge le. Wooo.

HJ IBRAHIM JANTAN 6 SAINS

Katanya Ibrahim Jantan bekas pelajar 6 Sains SMMA 1978, di hadapan sekali ketika Minggu Orientasi di USM tahun 1979.

Yang ini wajah Hj Ibrahim Jantan yang terbaru. Kini Pengarah di Jabatan Perangkaan Negeri Selangor.

Tentu syok jika berjumpa dengan beliau dan berbicara pelbagai metodologi penyelidikan. Subjek yang menyeronokan saya ketika belajar dahulu, yang menggunakan aplikasi matematik, statistik dan program SPSS. Berasap kepala bib.

Rani, kau jangan campur hal ini kerana langsung tak ada sajak dalam subjek ini. Ha ha.

Sila lawati di sini.

JEJAK TERAKHIR 6 SASTERA 1

Bekas pelajar perempuan 6 Sastera 1 yang masih belum dikesan ialah

  1. Fauziah Hashim - guru
  2. Zaleha Abu - guru
  3. Hawa Baharom
  4. Asmah bte Sameon
  5. Zainun bte tak tahu
  6. Ruslin bte tak tahu
  7. Rokiah bte tak tahu
Sesiapa yang sekampong tolonglah cari!!!! Jika gagal dijumpai sebelum 25 April 2009, maka kita menganggap kekawan kita ini telah hilang dari komuniti kita. Ha ha ha.

RENUNGAN PAGI INI

Sabda Rasulullah “Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) (salah satunya):

..dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah..”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

KENANGAN SEHARI DI SINGAPURA - 6


Shamsudin Hj Yusof di Singapura pada 1978. Nasib tak runtuh tiang tu. Ha ha ha.